Tok Meliah : Perginya Bersama Cinta

"Kalau boleh nak jaga dia sampai bila bila" - Tok Meliah


Tok Meliah sudah tiada
Oleh Syahid Sokri


Padang Terap: Seorang ibu tunggal yang cekal menjaga anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) sejak dilahirkan kira-kira 63 tahun lalu meninggal dunia di rumahnya di Kampung Nako Nambua, Kuala Nerang, dekat sini, awal pagi tadi.

Allahyarham Meliah Mat Diah, 101, menghembuskan nafas terakhir 3.30 pagi di hadapan ahli keluarga lain termasuk anak lelakinya yang OKU, Abd Rahman Saud.

Anak saudaranya, Siti Jaleha Yunus, 59, berkata, Tok Meliah sebelum itu hanya mengadu sesak dada dan sukar untuk bernafas tanpa menyangka ia menjadi petanda arwah akan pergi buat selama-lamanya.

"Kami sekeluarga kemudian membawa dia dan anaknya (Abdul Rahman) ke rumah saya kira-kira jam 9 malam semalam untuk memudahkan memantau keadaan kesihatannya.

"Tok Meliah sebelum ini tidak pernah mengidap sebarang penyakit kronik, tetapi hanya demam dan batuk biasa. Saya meletakkannya di atas katil di ruang tamu tetapi kira-kira 3.30 pagi tadi, tetapi nafasnya semakin perlahan sebelum meninggal dunia di hadapan ahli keluarga," katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, mereka sekeluarga berasa sedih dengan pemergian Tok Meliah yang bimbang dengan keadaan Abdul Rahman kerana tiada orang akan menjaga anak istimewa yang begitu disayanginya.

"Sehingga pagi ini, Abdul Rahman belum menjamah sebarang makanan kerana kebiasaannya Tok Meliah akan menyuap sendiri makanan ke mulut anaknya itu," katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Nako Nambua, Kuala Nerang, di sini, selepas solat Jumaat.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Tok Meliah yang kematian suami sejak 20 tahun lalu, terpaksa mengambil alih menjaga anaknya walaupun kudratnya tidak kuat.

Wanita berkenaan sebelum ini turut bertekad untuk menjaga anak lelakinya yang tidak boleh bercakap, berjalan dan bergerak secara normal sejak dilahirkan hingga ke akhir hayatnya.

myMetro

The greatness of mother's love
By JOHN TIONG

KUALA NERANG: It is a real life story, and one that shows the greatness of mother's love.
At a little Bukit Nambua near here is a 100 year-old-woman, Meliah Md Diah, who has spent all her life looking after her mentally and physically disabled son, Abdul Rahman Saud, 62.

With a deformed body especially his four torsos, Abdul Rahman can not walk and talk properly, forcing him to spend most of his life sprawled on the floor.

Things were even more challenging for Meliah after her husband and their three other children, had passed away, leaving her all alone to look after Abdul Rahman.

Meliah's plight had touched state exco member and Kuala Nerang assemblyman Badrul Hisham Hashim.

Badrul Hisham, who visited the family recently, was moved to help to build a more comfortable living space below their house.

The house requires too much of strength of the octogenarian as she needs to climb the staircase, besides the strenuous task of looking after Abdul Rahman.

Meliah and Abdul Rahman surviving on monthly allowance from the Welfare Department (JKM) as well as zakat (tithe) but Badrul Hisham said the amount was not enough for the family to sustain their life.

As such, Badrul Hisham urged well wishers to step in to ease their burden.

"The family also needs a sophisticated wheelchair to enable Abdul Rahman to move around," he said.

Badrul Hisham had also took the effort to help Meliah and her son to renew their identity cards with the National Registration Department.

Badrul Hisham said Meliah reminded her of the greatness of a mother's love.

"Her sacrifices should reminded Malaysians about the sacred love of a mother," he said.

Meliah said her daily routine starts as early as 7am to tend to her son.

Distant nephew Mohd Sufian A. Rahman, 34, had been helping the family whenever he can particularly buying them foods and moving Abdul Rahman around the house.

"Tok (Meliah) would clean the son before helping to move him to the verandah in the morning and he would stay there till dusk," said Mohd Sufian.

nst


 KASIH IBU...Warga emas berusia 101 tahun Meliah Md Diah (kanan) mencium anaknya Abd Rahman Saud, 63, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Nambua hari ini. Ibu tunggal yang kehilangan suaminya lebih 20 tahun lalu bertekat untuk menjaga anaknya yang tidak boleh bercakap, berjalan dan bergerak secara normal sejak lahir itu hingga ke akhir hayatnya. Foto: Mohd Khairul Fikri Osman/Bernama

Bernama 

Ibu usia 101 tahun tabah jaga anak OKU
10 Mei 2015

Warga emas berusia 101 tahun Meliah Md Diah (kanan) menyuapkan makanan kepada anaknya Abd Rahman Saud, 63, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang. - Foto Bernama

KUALA NERANG - Usianya kini mencecah 101 tahun, namun naluri sebagai ibu menyebabkan dia tidak pernah mengeluh atau patah semangat untuk terus memelihara anak lelaki bongsunya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 63 tahun lalu.

Malah, warga emas Meliah Md Diah dari Kampung Bukit Nambua di sini bertekad untuk terus menjaga anaknya Abdul Rahman Saud, 63, yang tidak boleh bercakap, berjalan dan bergerak secara normal sehingga ke penghujung nyawanya.

"Tak rasa beban nak jaga dia (Abd Rahman). Dari dulu lagi mandi, makan, pakai baju semua tok (Meliah) buat. Kalau boleh nak jaga dia sampai bila-bila. Sayang dekat dialah... tak mau pi (pergi) mana-mana nak dok (duduk) dengan dia sajalah," katanya kepada Bernama hari ini.

Doa sentiasa dipanjatkannya kepada Allah S.W.T supaya terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur supaya berkemampuan untuk menjaga sendiri anak kesayangannya itu.

Menurut Meliah, sebagai seorang ibu, dia tidak pernah menyesali nasib yang menimpanya dalam menjaga anaknya yang tidak sempurna seperti orang lain, sebaliknya tetap bersyukur dengan kurniaan dan dugaan yang melanda.

Cucu saudara Meliah, Siti Jaleha Yunus, 59, berkata kisah hidup nenek saudaranya itu perlu dijadikan teladan kepada masyarakat supaya mereka tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu.

Katanya walaupun tahap ingatan nenek saudaranya itu semakin lemah disebabkan faktor usia, dia tidak pernah lupa nama anaknya serta aktiviti rutin harian yang dilakukan bersama anaknya itu.

"Kalau masa hendak makan dia akan panggil anaknya makan pada waktu pagi, tengah hari dan malam. Sama juga waktu mandi dia akan bawa anaknya mandi. Dia tak pernah lupa anaknya," katanya.

Siti Jaleha berkata dia bersama saudara yang lain sering memantau Meliah dalam pelbagai perkara termasuk menguruskan Abdul Rahman, serta menyediakan makanan kepadanya kerana Meliah tidak lagi memasak seperti sebelum ini.

Dia berkata suami Meliah bernama Saud, meninggal dunia lebih 20 tahun lepas, manakala tiga anaknya iaitu dua lelaki dan seorang perempuan pula meninggal dunia pada usia muda.

Beliau berkata nenek saudaranya itu tidak mempunyai sebarang pendapatan dan bergantung kepada bantuan bulanan RM450 daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah dan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Bernama

sinar harian

Al-Fatihah


Comments