Sayembara Sajak DBP Kategori Remaja

SAYEMBARA MENULIS SAJAK
DBP 2015
KATEGORI REMAJA


PENDAHULUAN

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan sukacitanya mengumumkan Sayembara Menulis Sajak DBP 2015 Kategori Remaja dan kini dibuka untuk penyertaan. Para pelajar sekolah menengah dipelawa menghantar karya untuk sayembara ini bagi meraih hadiah yang ditawarkan. Sayembara Menulis Sajak DBP 2015 diadakan untuk memupuk minat berkarya dan mencungkil bakat penulisan kreatif dalam kalangan pelajar. Sayembara ini juga diharap dapat memperkukuh jati diri bangsa melalui penciptaan karya sastera.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sayembara ini terbuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga 6 di Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara dan Sekolah Persendirian/Swasta.

2. Sajak yang dihasilkan hendaklah sesuai dengan perspektif dan pandangan hidup remaja serta sesuai untuk bacaan golongan remaja dalam lingkungan 13-19 tahun.

3. Tema sajak adalah bebas. Walau bagaimanapun penulis digalakkan untuk menampilkan unsur nilai-nilai murni dan jati diri bangsa.

4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar tidak lebih daripada tiga (3) sajak.

5. Karya yang dihantar hendaklah menggunakan kertas A4, jarak langkau 2 baris (double spacing), jenis tulisan Arial dan saiz fon 12.

6. Panjang sajak adalah antara 15-20 baris sahaja.

7. Karya hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan. Karya yang dihantar mestilah asli (bukan ciplak, saduran, adaptasi atau penyesuaian yang membawa pengertian bukan karya asli) dan belum pernah tersiar/ diterbitkan oleh mana-mana pihak.

8. Karya yang dihantar mestilah mendapat pengesahan daripada pihak sekolah bahawa karya tersebut adalah hasil ciptaan pelajar berkenaan. Penyertaan yang tiada pengesahan pihak sekolah tidak akan dinilai.
9. Karya yang dihantar tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihatkan untuk membuat salinan karya tersebut sebelum menghantarnya kepada Urus Setia Sayembara.
10. Borang peraduan ini boleh difotostat. Borang peraduan boleh diperolehi melalui laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my/ .
11. Karya pemenang akan dipertimbangkan untuk disiarkan dalam majalah terbitan DBP atau dalam bentuk buku sebagai karya kompilasi.
12. Pemenang juga berpeluang mengikuti kursus penulisan anjuran DBP.
13. Peraduan ini bermula 1 April 2015 hingga 31 Julai 2015. Karya hendaklah sampai kepada urus setia pada atau sebelum 31 Julai 2015

TARIKH TUTUP PENYERTAAN 31 JULAI 2015

Alamat Urus Setia Sayembara:
Urus Setia,
Sayembara Menulis Sajak DBP 2015
Kategori Remaja,
Aras 22, Bahagian Pengembangan
Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja,
Menara Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Zeti Aktar Jaffar
No. Telefon : 03-2147 9208
No. Faks : 03- 2417 9614
E-mel: zeti@dbp.gov.my

HADIAH PEMENANG

Tempat Pertama
Wang Tunai RM400.00
dan Sijil Penyertaan

Tempat Kedua
Wang Tunai RM350.00
dan Sijil Penyertaan

Tempat Ketiga
Wang Tunai RM300.00
dan Sijil Penyertaan

Hadiah Sagu Hati (25)
Wang Tunai RM100.00 dan Sijil Penyertaan

dapatkan borang penyertaan di laman DBP



Comments

Post a Comment