menarilah




menarilah

menarilah semahumu
dengan lagu dan muzik pilihan
dengan rentak dan dendang kehendakmu
menarilah dengan segala tingkah dan gerak
kau terlalu hebat dengan tarimu
menarilah kami ingin menyaksi
keasyikan dan temasya indah itu

menarilah
janganlah memijak kaki kerdil kami
tak mengapa, kami tak meronta
kami tak beraduh dan mengeluh
kerana di sini tanah luasmu
gelanggang kau menari
kami hanya menumpang menyaksi
dan kalau kau perlukan tanah luas lapang
kami akan pergi memberimu ruang
dan kami dari jauh menyaksi
bagaimana gamat meriah tari itu
debu dan habuk berterbangan
hebatnya tarian

menarilah
kami begitu kerdil
cukup sebagai penyaksi



Comments