10 Jul 2015

Jalan Berbeza




Jalan Berbeza

Pada suatu hari, seorang pemuda pergi berburu ke hutan. Dalam perjalanan menuju hutan si pemuda berhadapan dengan satu  persimpangan. 

Si Pemuda berhenti sejenak dan berfikir jalan mana yang akan diambil. Pada jalan bahagian kanannya  ditumbuhi rumput tebal. Manakala jalan satu lagi terdapat banyak jejak kaki manusia dan tapak kaki kuda, ranting-ranting pohon di sekitarnya pun banyak yang patah. Si pemuda yakin bahawa jalan ini sering dilalui orang. Dia merenung jauh  ke jalan tersebut. Dia berfikir di mana agaknya jalan ini akan berakhir?  Si Pemuda mendapat idea  di mana jalan itu berakhir.
"Jalan ini pasti menuju suatu tempat yang telah dikunjungi banyak orang," bisik si pemuda kepada dirinya sendiri.


Kemudian si pemuda menatap ke arah jalan yang satu lagi. Keadaan jalan ini jauh berbeza dengan jalan tadi. Terlihat embun pagi masih mekelat pada  rerumputan dan ranting-ranting pohon yang berada di sekitar jalan tersebut.

"Pasti belum banyak orang yang melalui jalan ini," pikir si pemuda.

Dia tidak terlalu yakin ke mana jalan ini akan menuju. Dia pun bingung memilih jalan mana yang akan diambil. Setelah berfikir dan berfikir, akhirnya si pemuda memutuskan untuk mengambil jalan yang ada di sebelah kanannya, yakni jalan yang belum banyak dilalui orang.

Dalam perjalanan si pemuda berpikir, seandainya dia memilih jalan yang ada di sebelah kiri, dia pasti akan bertanya-tanya tentang apa yang ada di jalan sebelah kanan. Kini dia sendiri temui apa yang ada di situ tanpa banyak persoalan dalam kepalanya. 

Sementara itu masih ada satu hal yang memenuhi fikiran si pemuda, ke mana jalan ini akan membawanya pergi? Namun apapun yang akan terjadi dalam perjalanannya, si pemuda harus menghadapinya dengan tabah, kerana pemuda tadi sudah tidak berkesempatan  untuk kembali ke jalan asal. Dia perlu semakin yakin dengan  pilihan sendiri.

Apa yang dapat disimpulkan dari cerita di atas adalah kehidupan kita berbeza dengan orang lain. Jalan kejayaan yang dilalui oleh seseorang itu berbeza antara satu sama lain. Jaganlah terlalu berkecendrungan untuk memilih jalan kejayaan sama sebagaimana orang lain lalui. Mungkin jalan ittu terbaik bagi dirinya dan dia berjaya. Jangan anggap semua kejayaan bersandar pada peta perjuangan yang sama.


Berani memilih jalan sendiri. Barangkali ia berbeza  dengan orang lain dan ia boleh membawa kegagalan. Kita harus yakin dan sedar kebolehan dan kemampuan kita. Jalan kejayaan berbeza antara manusia. Kita harus berani memilih jalan yang kita yakini membawa kita kejayaan. Jangan  berpegang pada satu pilihan semata. Kita perlu mencuba barangkali berbeza dari yang lain, tetapi itu jalan terbaik pilihanmu teruskanlah....




1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena