Filem Kapsul




Pelakon Utama

Faizal Hussein Zohri Ibrahim


Penampilan Khas

Dato’ Rahim Razali Dato’ Johan Dato’ Ahmad Tarmimi Dato’ Najmi Irfan Khairi Wan Ikmal Adlin Aman Ramli Hang Tuah


Pelakon Pembantu

Shaharuddin Tambi Dato’ Rosli Haeriyanto Hassan Tun Dr. Mahathir Fadilah Mansor Tun Dr. Siti Hasmah Zila Bakarin Datin Zarina Zamarul Hisham Kassim Selamat Elly Mazlein Rahimah Ucop Cecupak Darus Manan Sulaiman Tun Abd. Razak Engku Ahmad Rizal Najib Tun Abd Razak Zaidi Omar Pak Hamid Normah Damanhuri Mak Leha Ahmad Hamdan Tunku abdul Rahman Aman Graseka Malik Mubarak Majid Abu Bakar Kenji Sawahi Chen Tien Sahronizam Noor Osman Zamri GK Sarjan Zamri Ann Yusof Salmah Ahya Ulumuddin Koperal Ramli Mior Hashim Manap Pak Yaakob Dato’ T.S Jeffry Lt. Jen. Mutagui Adam Corie Lee Lt. Junjiro Kodomo Jue Aziz Fatimah Joey Daud Prebet Daud Qazim Nor Prebet Naim Pizi Jihat Sarjan Hassan Fathil Dani Tok Imam Adik Fazli Daniel Atan Adik Maisarra Syazreen Hasnah


Produksi

Pengarah Allahyarham Martias Ali Pengarah Visual Kesan Khas Hj Amru Najmi Hj Osman Penerbit Eksekutif Hjh Hida Zubaidah Ahmad Nordin Hjh Aizatul Arbayaah Kamsan Penerbit Penyelaras Misnin Mohd Ehsan Pengarah Fotografi Mohd Shaufe A Wahib Penolong Pengarah 1 Pizi Jihat Penolong Pengarah 2 Fairoz Admi Penolong Pengarah 3 Rozisham Haron Pengurus Produksi Noor Ismaliza Mohamed Ismail Pengurus Akaun Hazniera Romli Pengarah Seni Surias Ma’rif Sajatino Kesinambungan Wan Suriya Wan Deraman Juru Rias Zaimaliza Zainal Penyelaras Pakaian Nor Juwita Rosli Koordinator Produksi Ahmad Sufian Ismail 



Produser

Two Tones Sdn Bhd

Two Tones Sdn. Bhd Two Tones Sdn. Bhd ditubuhkan pada tahun 2001, bersama-sama dengan kebangkitan alaf dunia pengeluaran kreatif yang berorientasikan ke arah Multimedia dan Teknologi serta Maklumat & Komunikasi. Two Tones Sdn. Bhd menyediakan perkhidmatan kreatif dalam audio dan video, fotografi video, iklan, grafik, visual kesan khas, animasi dan ditambah aerial shot untuk memenuhi keperluan korporat hari ini.

Memiliki peralatan berteknologi tinggi yang terkini adalah aset utama kami dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti agar dapat memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan. Misi Two Tones Sdn. Bhd adalah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, kreatif, berkualiti tinggi dan inovatif dengan harapan untuk menjadi antara pemangkin dunia teknologi Multimedia.

Kini Two Tones Sdn. Bhd melangkah ke hadapan lagi dengan penglibatan di dalam pembikinan dan penerbitan filem. Filem KAPSUL merupakan filem pertama terbitannya yang memaparkan watak utama kembali ke zaman dahulu serta melalui rentetan masa dan melangkaui akal fikirannya. Elemen teknik dan visual kesan khas yang melebihi 50% telah digunakan di dalam filem KAPSUL ini agar dapat memberi lebih impak seiring dengan teras Two Tones Sdn. Bhd.


Sinopsis

Sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan membawa Zohri kembali ke zaman silam.

Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa Melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan.

Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa.

Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawa pulang ke zamannya kecuali dirinya sendiri.

Saksikan di pawagam berdekatan anda pada 17.9.2015.


trailer filem kapsul

fb kapsul the movie


Galeri Filem Kapsul










Tun M berlakon filem
 July 22, 2015




PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi bintang filem apabila beliau bakal muncul dalam lima babak menerusi filem berjudul `Kapsul’.
Filem tersebut yang akan ditayangkan di pawangam-pawagam seluruh negara pada 17 September depan akan menggandingkan bekas Perdana Menteri Keempat itu dengan pelakon utama Faizal Hussein.

Penerbit filem berkenaan, Amru Najmi Osman berkata, penampilan Dr Mahathir dalam filem itu tiada kaitan dengan keadaan politik semasa.
Katanya, kemunculan bekas pemimpin yang pernah menerajui negara selama 22 tahun itu melengkapkan jalan cerita filem tersebut.

“Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro Online.

Menurut Amru lagi, Dr Mahathir bersetuju membintangi filem itu disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Filem tersebut diterbitkan menerusi syarikat produksi Two Tones Sdn. Bhd.
Filem yang menjalani penggambaran pada tahun lepas itu adalah hasil intepretasi Allahyarham Martis Mohd Ali.

Jalan cerita filem tersebut adalah mengesahkan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat mengenai amanat Dr Mahathir menjelang tahun 2020.
Dalam filem itu, Dr. Mahathir terbabit dalam lima babak termasuk dia berdialog dengan pelakon Faizal Hussein.

FMT

Comments