biru langit itu

biru langit itu

biru langit itu
tenang tenteram menghadap duga waktu
bening jiwa tulus hati
adalah harga kebenaran
biarlah siang meronta bara
habuk-habuk dusta berpintalan
jelaga bergumpalan
di hadapanmu 
masih biru langit itu
kesabaranmu
ketulusan
menghadap segala gelincir dan serakah
himpit dan hasut manusia

biru langit itu
untu kau melangkah
di bawah terang dan tenang
bahawa segala yang terbaik
telah kau berikan
untuk sebuah
perjuangan





Comments