28 Jun 2015

kau dan aku vii


 siapa sahabat terbaikmu
hati atau akal
kedua-duanya kekasih setia
cuma kamu jarang mencintainya


kau sering menyebut tentang luka
meskipun lama ia masih berbekas
mengapa kau lupakan 
bahagia juga berbekas
menyarung dirimu
mengapa sengaja kaubiarkan?


terlalu sukar untuk membuang keselesaan dan kebiasaan
ia persis lorong yang sering dilalui
tiada cabaran tiada apa-apa  yang dibimbangkan
cuba lorong itu dipadamkan
kau akan meraung kepayahan
dan merasa kehilangan
buangkanlah semua itu
sesekali perbuatkanlah lorong baru
dan arah baru
kau akan lebih merasa selesa dan biasa
dengan kejayaan baru pula





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena