2 Jun 2015

biarlah waktu

biarlah waktu

biarlah waktu
akan terasing oleh batas ruang
akan berdiri bingkai kejauhan
dan aku memilih untuk berada
pada siang berbeza
dan malam berladung bintang
matahari berlainan panasnya
angin berbeza hembusnya

bukan untuk pergi
tetapi kita harus sesekali
membasuh pengalaman
dengan warna dan sudut baru
memerhati gerak alam
menatap bingkas dan tidur semesta
biarlah waktu
terjaring dalam keasingan
 seketika


3 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena