Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2015



ANUGERAH TOKOH AKADEMIK BAHASA MELAYU 2015

PENGENALAN

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) merupakan salah satu inisiatif strategik yang terkandung dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011 hingga 2015 di bawah Strategi 3 iaitu ‘Meningkatkan Pengiktirafan Akademia Bahasa Melayu dalam Pelbagai Disiplin Ilmu’. ATABM merupakan anugerah terunggul dan berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu daripada golongan akademik dalam memartabatkan bahasa Melayu di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anugerah ini juga merupakan acara tahunan sempena Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan. Majlis penganugerahan tokoh ini akan disampaikan semasa Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sektor Pendidikan Tahun 2015 yang dijadualkan bulan Oktober 2015.

Penganjuran Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu telah bermula sejak tahun 2012. Dalam tempoh tersebut, tiga orang telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Bahasa Melayu iaitu:

i. YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Md. Salleh bin Yaapar (2012)
Professor Kesusasteraan dan Ombudsman
Universiti Sains Malaysia

ii. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Hj. Othman (2013)
Professor Fizik
Universiti Kebangsaan Malaysia

iii. YBhg. Prof. Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin (2014)
Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia
SYARAT UMUM

Permohonan ATABM dibuka hanya kepada warganegara Malaysia;
Permohonan ATABM terbuka kepada semua ahli akademik yang berkhidmat sepenuh masa di Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Institusi Pendidikan Guru, Institusi Aminuddin Baki, Politeknik, Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti dan Kolej Vokasional sepanjang tahun atau sebahagian dari tahun yang dinilai; dan Permohonan ATABM terbuka kepada semua ahli akademik yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun secara kumulatif sepanjang tempoh perkhidmatan.

PERATURAN

Permohonan hendaklah menggunakan format borang permohonan yang telah disediakan. Sebarang permohonan yang tidak menggunakan borang yang disediakan tidak akan dinilai.
Maklumat lengkap dan borang permohonan ATABM boleh dicapai melalui pautan http://www.moe.gov.my/v/atabm.

Permohonan hendaklah diperakukan oleh ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif atau wakil yang menjalankan tugasnya atau pemangkunya. Sekiranya borang permohonan ditandatangani oleh wakil/pemangku Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif, surat penurunan kuasa daripada Naib Canselor/Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif perlu disertakan.
Sekiranya pemohon adalah ketua tertinggi organisasi berkenaan, seperti Naib Canselor atau Rektor/Ketua Pengarah/Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif menjadi calon, maka borang pencalonan hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU)/Presiden/Ketua Setiausaha II/ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia/Pengerusi Lembaga Pengarah organisasi.
Semua borang permohonan mestilah diisi dan disertakan dengan maklumat dan bukti yang sah serta lengkap. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.

Ahli Jawatankuasa Induk, Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Penerima ATABM tidak boleh memohon.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat palsu, Kementerian Pendidikan Malaysia berhak untuk menarik balik anugerah.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2015 (Selasa). Semua permohonan perlu sampai sebelum 5.00 petang pada tarikh tutup. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
Permohonan dalam bentuk salinan keras hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 13, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA
(u.p. Urus Setia Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu)

Keputusan penganugerahan adalah muktamad.

KRITERIA PENILAIAN

Menjalankan penyelidikan ilmiah yang berwibawa dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana.
Menghasilkan penerbitan daripada penyelidikan dalam bentuk bahan-bahan berwasit yang berimpak tinggi dalam bahasa Melayu.

buku atau e-buku (sebagai penulis utama);
buku atau e-buku (sebagai penyunting);
bab dalam buku atau e-buku (sebagai penulis utama);
makalah jurnal (sebagai penulis utama);
laporan teknikal; dan
penerbitan-penerbitan lain (majalah, akhbar dan buletin)

Penyeliaan tesis atau projek tahun akhir dalam bahasa Melayu (sebagai penyelia utama).
Pengajaran dalam disiplin ilmunya menggunakan bahasa Melayu.
Khidmat perundingan dan hasilan inovasi dalam bahasa Melayu.
Pengiktirafan dan sanjungan berasaskan sumbangannya dalam memartabatkan bahasa Melayu.
Jawatan Pentadbiran Akademik dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).
Khidmat ikhtisas dan khidmat masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan mengenai ATABM 2015 boleh diajukan kepada:

Urus Setia ATABM
Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Penyelarasan Dasar
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 13, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5
62200 PUTRAJAYA
Tel : 03-8870 5096 / 5083 / 5118 / 5100
Faks : 03-8870 6809 / 6810
E-mel : atbm@moe.gov.my

KPM 

Comments