PBAKL 2015


NANTIKAN KEMUNCULANNYA di PBAKL 2015

Yusuf Islam atau Cat Stevens bukan sahaja dikenali sebagai komposer dan pendakwah, kini beliau telah menghasilkan buku berjudul "Why I Still Carry a Guitar". Nantikan karya terjemahan tersebut (bahasa Melayu) terbitan ITBM di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Pelanggan bertuah juga berpeluang mendapatkan autograf secara individu dengan beliau.

Tandakan kalendar anda 24 April hingga 3 Mei 2015 di Dewan Tun Razak 3, PWTC

 

sumber









Pesta Buku Antarabangsa 2015 tampil kelainan



IPOH - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2015, yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 24 April hingga 3 Mei depan, bakal menampilkan kelainan dengan kewujudan 'Rumah Mengaji'.

Pengerusi bersama PBAKL, Abdul Wahab Ibrahim berkata, ia merupakan ruang khusus untuk umat Islam belajar cara membaca al-Quran dengan betul.

Beliau berkata, PBAKL kali ke-34 itu akan turut mempromosi karya 'indie' yang ditulis golongan muda.

"Satu ruangan khas yang dipanggil Dunia Novel dan Komik yang memfokus kepada penulis indie juga akan diwujudkan.

"Tahun lepas (ruangan ini) ada tetapi (kita) tak fokus kepada golongan muda," katanya di pekarangan Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Datuk Shamsul Anuar Nasarah melepaskan konvoi motosikal berkuasa tinggi bagi mempromosi PBAKL di beberapa lokasi terpilih.

Beliau berkata pendekatan itu adalah sebahagian usaha bagi menarik penglibatan generasi muda ke PBAKL.

"Selain itu, kita berusaha mengembangkan industri buku dan membudayakan pembacaan kerana dapat melahirkan rakyat yang cerdik dan berilmu. Saya percaya jika kita dapat tanamkan budaya ini, ia dapat mempercepatkan proses (Malaysia) menjadi negara maju," katanya.

Sementara itu, Pengerusi bersama PBAKL Ishak Hamzah berkata antara penulis terkenal yang dijemput ialah Yusuf Islam atau Cat Stevens dan pendakwah terkemuka Datuk Mohamad Kazim Elias.

Lebih 900 gerai akan dibuka di PBAKL 2015, anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia serta Kementerian Pendidikan bersama Majlis Industri Buku Malaysia, disertai 214 pempamer tempatan dan luar negara.

Antara negara yang mengambil bahagian ialah Singapura, Indonesia, Arab Saudi, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. - Bernama

sinar harian

Comments