kerja

Merenung seketika ke alam pekerjaan. Pelbagai dimensi dan pelbagai cerita. Antara yang gigih bekerja dan jelitawan yang tampil di alam kerjaya yang mencabar.
Buat renungan hujung minggu...

Pekerja kilang Apple maut kerja lebih masa
Wartawan Sinar Harian
13 Mac 2015



SHANGHAI - CHINA. Seorang pekerja sebuah kilang membuat iPhone meninggal dunia selepas bekerja sehingga 12 jam setiap hari, tujuh hari seminggu, dakwa keluarganya.

Tian Fulei, 26, ditemui mati 3 Februari lalu di asrama pekerja kilang Pegatron. Pegatron adalah sebuah kilang yang bertanggungjawab dalam pembuatan barangan Apple termasuklah iPhone 6.

Sijl kematian menunjukkan Fulei diklafikasikan sebagai mati mengejut namun tiada bedah siasat dijalankan.

Menurut adiknya, Tian Zhoumei, 25, abangnya tidak mempunyai masalah kesihatan dan mendakwa punca kematian abangnya itu adalah kerana bekerja lebih masa.

"Kami mendengar banyak rungutan dari abangnya berkenaan kerja lebih masa. Dia adalah seorang lelaki sihat sebelum bekerja di sana dan dia lulus ujian kesihatan yang ditetapkan syarikat tersebut. Syarikat itu harus bertanggungjawab di atas kematian abangnya.

"Kali terakhir saya bercakap dengannya ialah pada 1 Februari lalu, dia tidak ada menyebut mengenai kesihatannya tetapi dia berkata dia bekerja lebih masa 2 hingga 2 jam setengah iaitu 12 jam waktu kerja setiap hari", katanya dipetik MailOnline.

Tambah Zhoumei, syarikat itu tidak membenarkannya menyimpan salinan rekod jam kerja abangnya.

Bagaimapaun, Pegatron menafikan kematian Fulei adalah berkaitan dengan persekitaran kerjanya.

Kematian ini sekali lagi mendatangkan kebimbangan terhadap pekerja bawahan dibayar untuk memenuhi pemintaan dunia untuk produk Apple. Lebih daripada 74.5 juta Iphone dijual di seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan.

Undang-undang China menetapkan bahawa pekerja kilang boleh mengambil maksimum 36 jam kerja lebih masa sebulan.

Garis panduan Apple menyatakan bahawa pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada 60 jam seminggu kecuali dalam 'kecemasan' atau keadaan 'luar biasa'.

Tahun lepas, Apple memberitahu BBC bahawa ia mendapati jumlah purata jam bekerja seminggu di kilang Pegatron ini berhampiran Shanghai adalah sekitar 55 jam.

Walau bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan bulan lepas oleh Badan Pemantau China (CLW) menunjukkan bahawa pada bulan September, Oktober dan November tahun lepas jumlah purata jam bekerja seminggu adalah lebih dari 60 jam.

"Pada bulan November 2014 pekerja Pegatron mengambil purata 95 jam kerja lebih masa sebulan lebih daripada dua kali ganda had undang-undang".

sinar harian


Juruterbang jet pejuang jelita tarik perhatian
Wartawan Sinar Harian
13 Mac 2015


EMPAT Juruterbang pesawat tempur wanita China menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini kerana gaya persis model.

Lebih mengujakan, empat wanita jelita ini akan mengadakan persembahan udara pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi ke 13 (Lima) yang akan berlangsung di Langkawi dari 17 hingga 21 Mac ini.

Menurut Jurucakap Tentera Udara China, Shen Jinke, keempat-empat juruterbang tersebut akan mengendalikan pesawat tempur J-10 pada persembahan di Malaysia.

Yu Xu, Tao Jiali, Sheng Yifei dan He Xioli adalah wanita China pertama yang akan beraksi dalam persembahan udara antarabangsa.

Memetik laporan CCTV.com, mereka mempunyai purata lebih 800 jam penerbangan dan pernah penyertai perarakan ketenteraan berprofil tinggi sempenan Ulang tahun China yang ke 60 pada tahun 2009.

Malah mereka juga pernah menyertai pertunjukan pada Pameran Antarabangsa Penerbangan Udara di Guangdong Province, China November lalu.

"Penyertaan Tentera Udara pasukan akrobatik dalam pertunjukan udara LIMA akan membantu mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, meningkatkan kerjasama politik, membina imej tentera China dan mempamerkan peralatan aeronautik milik China," kata Shen.

sinar harian

Comments