Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah

 PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH 2015
KATEGORI DEKLAMASI SAJAK

foto hiasan

1. PENGENALAN

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan mula dianjurkan pada tahun 2012 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan Pertandingan Deklamasi Puisi Remaja Terbuka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada tahun 2012, setiap peserta perlu mendeklamasikan sajak dan menyampaikan syair. Mulai tahun 2013, dua kategori diwujudkan iaitu deklamasi sajak dan penyampaian syair disampaikan oleh dua orang peserta yang berbeza dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada lebih ramai murid menyerlahkah bakat mereka.

2. OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi sajak dan penyampaian puisi tradisional.
2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi.

3. PESERTA

3.1 Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan KECUALI MRSM.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

4.1 PERINGKAT DAERAH

4.1.1 Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah SEKIRANYA PERLU.
4.1.2 Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk kepada arahan Jabatan  Pendidikan Negeri.
4.1.3 Seorang peserta yang memenangi pertandingan pada peringkat ini akan mewakili daerah ke pertandingan di peringkat negeri.

4.2 PERINGKAT NEGERI

4.2.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan dan Wilayah.
4.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.
4.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.
4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
4.2.5 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil penyertaan oleh pihak DBP.
4.2.6 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan minum, sagu hati hakim dan hadiah akan diuruskan oleh pihak DBP (Cawangan dan Wilayah), kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

4.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ibu pejabat melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan DBP Cawangan dan Wilayah.
4.3.2 Enam belas (16) orang peserta yang merupakan juara peringkat negeri bagi setiap kategori akan bertanding mewakili negeri masing-masing pada pertandingan peringkat kebangsaan.
4.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing yang turut merangkap sebagai guru pengiring.
4.3.4 Sekiranya peserta yang menjuarai pertandingan peringkat negeri menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang boleh diberikan kepada naib juara, seterusnya pemenang tempat ketiga, dengan syarat penarikan diri peserta dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan akhir.
4.3.5 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu hati hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan diuruskan oleh DBP ibu pejabat.

5. PEMILIHAN SAJAK
5.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan teks sajak yang akan dipilih oleh peserta.
5.2 Senarai sajak pilihan adalah seperti yang berikut:

Judul Sajak dan Penulis
1. Aduhai Anak Awang Abdullah
2. Bahasa Kita Abizai
3. Berjalan di Bumi Merdeka Ahmad Razali
4. Di Sini di Tanah Ini Zam Ismail
5. Hang Tuah Suhaimi Haji Muhammad
6. Keroncong Merdeka Gunawan Mahmood
7. Kita Telah Tinggalkan Jauh Di Dalam Sejarah Abdul Aziz H.M.
8. Tanah Airku Dharmawijaya
9. Namaku Inderaloka Djazlam Zainal
10. Negeri Ini, Anak Marsli N.O.
11. Pada Setiap Kau Tiba, Ogos Kemala
12. Pagi Jamaluddin D
13. Perkebunan Tanah Air Rahimidin Zahari
14. Pilihan Kami Ahmad Sarju
15. Suara Anak Merdeka Zaidin Abadi
16. www.sibermerdeka.com Abdul Ghafar Ibrahim
17. Genta Cinta Lim Swee Tin
18. Bahasa Kita Biarlah Bahasa Cinta Peter Augustine Goh
19. Catatan Buat Serikandi Bahasa Chai Loon Guan
20. Doa Anak Merdeka Sha’ari Awang Besar
21. Sebuah Istana Empat Belas Balai Moh Azam Rezali
22. Sajak dari Menara Langit Abdul Aziz Mahmood
23. Lestari Ghazali Lateh
24. Pohon Ilmu A. Ghani Abdullah
25. Bahtera Merdeka Mohd Shahriza Mohd Tahir
26. Menggarap Mimpi Kelak Hanipah Nokman
27. Di Bawah Rimbun Merdeka Saadin Abdullah
28. Warisan Ibunda Nazri Hussein
29. Suara Generasi Aminudin Mansor
30. Sumpah Anak Bangsa Yusmiyani Yusof

5.3 Peserta bebas memilih sajak yang telah disenaraikan oleh penganjur untuk
pertandingan peringkat daerah / negeri.
5.4 Penyampaian sajak selain daripada sajak yang disenaraikan akan menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
5.5 Pihak penganjur akan menetapkan satu sajak yang telah disenaraikan kepada peserta yang menjadi johan peringkat negeri untuk pertandingan peringkat kebangsaan. Setiap peserta akan mendeklamasikan sajak yang berlainan seperti ditetapkan oleh pihak penganjur.
5.6 Teks sajak di atas akan dimasukkan dalam laman web DBP (dbp.gov.my).

foto hiasan

6. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1 Peserta mestilah berusia 13 hingga 17 tahun dan merupakan warganegara Malaysia.
6.2 Peserta perlu mendeklamasikan sajak yang disenaraikan oleh pihak penganjur. Pemilihan sajak yang tidak terdapat dalam senarai akan menyebabkan penyertaan peserta terbatal secara automatik.
6.3 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan atau alat-alat muzik termasuk pita rakaman semasa mendeklamasikan sajak.
6.4 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.
6.5 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema serta bentuk deklamasi.
6.6 Penganjur berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

7. HADIAH

7.1 PERINGKAT DAERAH

DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah.

7.2 PERINGKAT NEGERI

7.2.1 Hadiah di peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Cawangan dan Wilayah.
7.2.2 Semua peserta peringkat negeri juga akan menerima sijil penyertaan.

7.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

7.3.1 Hadiah untuk pertandingan di peringkat kebangsaan adalah seperti yang berikut:
         Johan: Wang Tunai RM600.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.
         Naib Johan: Wang Tunai RM500.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.
         Tempat Ketiga: Wang Tunai RM400.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.
         Sagu hati (13): Wang Tunai RM100.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.

7.3.2 Semua peserta peringkat kebangsaan juga akan menerima sijil penyertaan.

8. ASPEK PEMARKAHAN

8.1 Vokal / suara (40%)
8.2 Penghayatan (30%)
8.3 Kelancaran sebutan / kejelasan dan intonasi (20%)
8.4 Gaya dan kreativiti persembahan (10%)
(Catatan: Sila rujuk Borang Pemarkahan yang disediakan.)

9. HAKIM

9.1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah / negeri dan peringkat kebangsaan, termasuk Ketua Hakim.
9.2 Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru-guru dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah.
9.3 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru-guru dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri, Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera atau pegawai DBP.
9.4 Hakim pertandingan peringkat kebangsaan akan terdiri daripada pakar/aktivis sastera dari dalam DBP dan di luar DBP atau individu yang difikirkan layak.
9.5 Panel hakim perlu membuat keputusan secara kolektif.
9.6 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

foto hiasan

10. PANDUAN KEPADA PESERTA

10.1 Panel hakim tidak akan terpengaruh dengan reaksi emosi/ tepuk sorak penyokong.
10.2 Panel hakim tidak akan memilih peserta yang membaca nota/ teks, menyentuh isu sensitif, membuat perlakuan/menggunakan bahasa yang kurang sopan sebagai pemenang.
10.3 Panel hakim akan memerhatikan memek muka, sama ada peserta memaparkan wajah yang penuh yakin, atau dibuat-buat. Memek muka itu hendaklah bersesuaian dengan tema sajak. Jika sajak itu memuatkan perasaan marah, memek mukanya hendaklah berpadanan dengan perasaan itu. Sajak yang sinis pula tentulah menyebabkan mimik muka peserta berbeza. Mimik muka yang lembut, dengan senyuman sekadarnya, sesuai dengan sajak yang memaparkan rasa gembira.
10.4 Panel hakim juga akan memerhatikan mata peserta. Peserta yang yakin akan menumpukan matanya kepada penonton, manakala yang tidak yakin akan lari ke atas atau ke lantai pentas. Oleh itu, peserta perlu berani memandang wajah penonton.

10.5 Gaya
Gaya berkait rapat dengan keyakinan peserta. Terdapat tiga faktor yang menjadikan peserta gagal mempersembahkan puisi dengan gaya yang meyakinkan. Faktor yang pertama ialah peserta itu memang tidak cukup berani berhadapan dengan khalayak. Faktor yang kedua, walaupun dia berani berhadapan dengan khalayak, namun dia tidak tahu tentang seni pentas. Faktor yang ketiga pula, tingkat hafalannya tidak cukup. Ketiga-tiga faktor ini menghasilkan deklamasi yang tidak meyakinkan.

10.6 Nada
Nada yang dimaksudkan ialah nada yang ada dalam sajak. Jika sajak itu bernada marah, maka peserta hendaklah menerbitkan nada itu dalam deklamasinya. Demikian juga jika nada sajak itu sinis. Nada romantis hendaklah diterbitkan oleh peserta jika sajak itu tebal dengan keindahan atau harapan.

10.7 Intonasi
Intonasi bermaksud turun naik dan tinggi rendah suara untuk dipadankan dengan maksud sajak. Terdapat peserta yang tidak menyedari perkembangan deklamasi kini, lalu mengucapkan sajak dengan menggunakan intonasi lama, iaitu intonasi yang sudah menjadi klise. Intonasi yang klise tidak menjanjikan kemajuan, apatah lagi kecemerlangan.

10.8 Vokal/Suara
10.8.1 Suara adalah pemberian Tuhan yang sukar diubah. Walaupun demikian, peserta yang bersemangat tinggi akan berusaha menerbitkan suara yang sesuai dengan sajak yang dideklamasikannya. Emosi yang ada dalam sajak dapat dipaparkan melalui permainan kualiti suara. Peserta hendaklah sedar bahawa suara boleh direndahkan, disederhanakan dan ditinggikan pada tempat-tempat yang sesuai.
10.8.2 Yang dimaksudkan dengan kualiti suara ialah penerbitan suara yang berbeza-beza itu, yang dalam bidang muzik disebut bas, tenor dan soprano. Intonasi tidak dimasukkan dalam bahagian suara, kerana ia berada di bahagian nada.
10.8.3 Penerbitan suara yang terasa dibuat-buat akan menyebabkan deklamasi kurang bermutu. Seseorang tidak boleh meniru suara orang lain kerana peniruan itu akan melahirkan kesan yang seperti dibuat-buat.
10.8.4 Selain itu, suara yang terlalu tinggi, iaitu suara soprano, akan terasa berlebih-lebihan jika dipadankan dengan sajak yang tidak memerlukan suara yang sedemikian. Ini tidak bermaksud bahawa peserta bersuara soprano tidak menjanjikan kemenangan, tetapi sekadar menyatakan bahawa peserta hendaklah benar-benar pasti bahawa sajak yang akan dideklamasikannya sesuai dengan penerbitan suara soprano.
10.8.5 Kejayaan peserta mengemukakan teknik, gaya, nada dan suara yang bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikannya, bererti kejayaannya menghayati sajak itu.

11. KELEMAHAN DAN PEMOTONGAN MARKAH

Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas akan muktamad jika tiada kelemahan dalam deklamasi. Markah akan dipotong jika terdapat kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

11.1 Ketersasulan
Tersalah perkataan berbeza daripada tersasul, kerana dalam hal tersalah perkataan, tiada pembetulan dibuat. Peserta mungkin tidak menyedari kesalahan itu, dan mungkin juga membiarkannya demi menjaga kelancaran. Pemotongan untuk kesalahan begini tertakluk kepada kesannya. Jika perkataan “telah” disebut “tidak”, maka makna keseluruhan sajak akan berubah. Jika perkataan “tidak” itu disebut “tiada”, makna keseluruhan sajak itu tidak akan berubah.
11.2 Tertinggal Bahagian Tertentu
Peserta yang kurang menghafal, atau yang gentar di hadapan khalayak, mungkin tertinggal baris tertentu. Ada yang tertinggal terus, dan ada yang teringat kemudian lalu disebutkan. Hal ini menyebabkan bentuk sajak itu berubah. Oleh sebab kesannya besar, maka markah yang dipotong akan tertakluk kepada jumlah baris yang tertinggal itu.
11.3 Perlakuan Negatif di Pentas
Perbuatan peserta yang menunjukkan sikap tidak profesional di atas pentas akan menyebabkan markah dipotong.
11.4 Membaca teks
Peserta yang membaca nota atau teks akan dipotong markah. Peserta yang membaca teks secara berterusan tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua peringkat pertandingan.

12. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

12.1 Peringkat Daerah / Negeri
a) Tarikh : Februari - Mei 2015.
b) Tempat : Ditentukan oleh JPN dan DBP Cawangan/Wilayah.
12.2 Peringkat Akhir
a) Tarikh : 15 - 17 Jun 2015.
(16 Jun 2015 tarikh pertandingan.)
b) Tempat : DBP, Kuala Lumpur.

13. JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

13.1 Jawatankuasa Induk Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, DBP Cawangan dan Wilayah, dan urus setia pusat, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.
13.2 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

14. AM

14.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk
kepada pertimbangan DBP.
14.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada
pihak penganjur.
14.3 Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:
         i. Encik Rusdi bin Abd Rahman,
            Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP
            (No. Tel.: 03-21479203 / 013-3607426)
        ii. Puan Hajah Zabidah bin Yahya,
             Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP
              (No. Tel.: 03-21479207)

foto hiasan

PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH MENENGAH 2015
KATEGORI PENYAMPAIAN SYAIR

1. PENGENALAN
Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan mula dianjurkan pada tahun 2012 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggantikan Pertandingan Deklamasi Puisi Remaja Terbuka anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pada tahun 2012, setiap peserta perlu mendeklamasikan sajak dan menyampaikan syair. Mulai tahun 2013, dua kategori diwujudkan iaitu deklamasi sajak dan penyampaian syair disampaikan oleh dua orang peserta yang berbeza dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada lebih ramai murid menyerlahkah bakat mereka.

2. OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi sajak dan penyampaian puisi tradisional.
2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya puisi.

3. PESERTA

3.1 Pertandingan ini dibuka kepada murid-murid Tingkatan 1 hingga 5 di Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan KECUALI MRSM.

4. PERINGKAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

4.1 PERINGKAT DAERAH
4.1.1 Pertandingan peringkat daerah akan dilaksanakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah SEKIRANYA PERLU.
4.1.2 Arahan untuk melaksanakan pertandingan peringkat daerah tertakluk kepada arahan Jabatan Pendidikan Negeri.
4.1.3 Seorang peserta yang memenangi pertandingan pada peringkat ini akan mewakili daerah ke pertandingan di peringkat negeri.

4.2 PERINGKAT NEGERI

4.2.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan dan Wilayah.
4.2.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.
4.2.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke pertandingan peringkat kebangsaan.
4.2.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
4.2.5 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil penyertaan oleh pihak DBP.
4.2.6 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan perbelanjaan makan minum, sagu hati hakim dan hadiah akan diuruskan oleh pihak DBP (Cawangan dan Wilayah), kecuali kos perjalanan pergi dan balik peserta dan guru pengiring ke tempat pertandingan.

4.3 PERINGKAT KEBANGSAAN

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ibu pejabat melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan DBP Cawangan dan Wilayah.
4.3.2 Enam belas (16) orang peserta yang merupakan juara peringkat negeri akan bertanding mewakili negeri masing-masing pada pertandingan peringkat akhir.
4.3.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing yang turut merangkap sebagai guru pengiring.
4.3.4 Sekiranya peserta yang menjuarai pertandingan peringkat negeri menarik diri daripada menyertai pertandingan peringkat kebangsaan, peluang boleh diberikan kepada naib juara, seterusnya pemenang tempat ketiga, dengan syarat penarikan diri peserta dimaklumkan kepada penganjur tidak kurang sebulan daripada tarikh pertandingan akhir.
4.3.5 Kos pelaksanaan pertandingan yang melibatkan makan minum, sagu hati hakim, hadiah dan penginapan peserta serta guru pengiring akan diuruskan oleh DBP ibu pejabat.

5. PEMILIHAN SYAIR

5.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan teks syair.
5.2 Syair yang disenaraikan merupakan syair yang sedang digunakan dalam komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS), seperti yang berikut:
i. Syair Kemangkatan Sultan Sulaiman
ii. Syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah
iii. Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
iv. Perang Saudara di Pahang
v. Syair Mendapat Gemala Naga
vi. Syair Li-Attar Ghib
vii. Syair Panduan untuk Remaja
viii. Syair Berbuat Jasa
ix. Syair Definisi Orang Berakal
x. Syair Siti Sianah
xi. Syair Makna Riak
xii. Syair Pemberontakan Patani
5.3 Syair yang akan disampaikan pada peringkat daerah/negeri dan kebangsaan hendaklah berdasarkan senarai syair yang telah disediakan.
5.4 Penyampaian syair selain daripada syair yang disenaraikan akan menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
5.5 Teks syair di atas akan dimasukkan dalam laman web DBP (dbp.gov.my).

foto hiasan

6. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

6.1 Peserta mestilah berusia 13 hingga 17 tahun dan merupakan warganegara Malaysia.
6.2 Peserta perlu menyampaikan syair yang disenaraikan oleh pihak penganjur. Pemilihan syair yang tidak terdapat dalam senarai akan menyebabkan penyertaan peserta terbatal secara automatik.
6.3 Peserta yang bertanding untuk kategori penyampaian syair tidak dibenarkan bertanding dalam kategori deklamasi sajak.
6.4 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-alat bantuan atau alat-alat muzik termasuk pita rakaman semasa menyampaikan syair.
6.5 Peserta diwajibkan menyampaikan 2 irama berbeza berdasarkan 2 teks / karya pilihan. Peserta hanya perlu menyampaikan 3 rangkap syair berdasarkan 2 teks / karya yang dipilih. Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:

(i) Irama Siti Zubaidah
(ii) Irama Narasi
(iii) Irama Mayang
(iv) Irama Batu Belah
(v) Irama Hiasan
(vi) Irama Perindu
(vii) Irama Dodoi
(viii) Irama Dandan Setia
6.6 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.
6.7 Peserta dibenarkan memakai busana yang bersesuaian dengan tema serta bentuk penyampaian syair.
6.8 Penganjur berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas.

7. HADIAH

7.1 PERINGKAT DAERAH

DBP tidak menyediakan hadiah untuk pertandingan peringkat daerah.

7.2 PERINGKAT NEGERI
i. Hadiah di peringkat negeri akan ditentukan oleh DBP Cawangan dan Wilayah.
ii. Semua peserta peringkat negeri juga akan menerima sijil penyertaan.

7.3 PERINGKAT KEBANGSAAN
Hadiah untuk pertandingan di peringkat kebangsaan adalah seperti yang berikut:
Johan : Wang Tunai RM600.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.
Naib Johan : Wang Tunai RM500.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM400.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.
Sagu hati (13) : Wang Tunai RM100.00, buku terbitan DBP dan sijil penghargaan.

Semua peserta peringkat kebangsaan juga akan menerima sijil penyertaan.
8. ASPEK PEMARKAHAN

i. Irama (Patah Lagu / Nada / Tempo) - 30%
ii. Suara (Vokal / Intonasi) - 30%
iii. Kelancaran dan kejelasan sebutan - 20%
iv. Gaya dan Kreativiti persembahan - 20%
(Catatan: Sila rujuk Borang Pemarkahan yang disediakan.)

foto hiasan

9. HAKIM

9. 1 Tiga orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah, negeri dan pertandingan peringkat kebangsaan, termasuk Ketua Hakim.
9. 2 Hakim pertandingan peringkat daerah boleh terdiri daripada guru-guru dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah.
9.3 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru-guru dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri, Munsyi Dewan (Sastera), penggiat sastera atau pegawai DBP.
9.5 Hakim pertandingan peringkat kebangsaan akan terdiri daripada pakar/aktivis sastera dari dalam DBP dan di luar DBP atau individu yang difikirkan layak.
9.6 Panel hakim perlu membuat keputusan secara kolektif.
9.7 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

10. PANDUAN KEPADA PESERTA

Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas adalah muktamad jika tiada kelemahan dalam penyampaian syair. Markah akan dipotong jika terdapat kelemahan-kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah yang akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.

10.1 Membaca teks - Peserta yang membaca teks secara berterusan tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua peringkat pertandingan walaupun mampu menyampaikan syair dengan baik.
10.2 Mengubah teks syair lain daripada teks asalnya.
10.3 Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam bait syair.
10.4 Tertinggal perkataan tertentu dalam syair.
10.5 Mengulang bait-bait yang sama dalam rangkapan syair.
10.6 Mengulang rangkap syair yang sama.
10.7 Membuat perlakuan negatif di atas pentas. Antara perlakuan negatif ialah:
a. Ketawa dan tidak serius semasa menyampaikan syair.
b. Berkata-kata (selain teks syair) semasa menyampaikan syair
c. Pergerakan yang keterlaluan.
d. Membelakangi hakim dan khalayak semasa menyampaikan syair.


11. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

11.1 Peringkat Daerah / Negeri
Tarikh : Februari - Mei 2015.
Tempat : Ditentukan oleh JPN dan DBP Cawangan / Wilayah.
11.2 Peringkat Akhir
Tarikh : 15 - 17 Jun 2015.
(16 Jun 2015 tarikh pertandingan.)
Tempat : DBP, Kuala Lumpur.

12. JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

11.1 Jawatankuasa Induk Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, DBP. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, DBP Cawangan dan Wilayah, dan urus setia pusat, Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

11.2 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

13. AM

13.1 Sebarang pindaan dan perubahan terhadap konsep pertandingan ini tertakluk kepada pertimbangan DBP.
13.2 Sebarang tafsiran terhadap konsep pertandingan ini hendaklah dirujuk kepada pihak penganjur.
13.3 Sebarang pertanyaan dan rujukan bolehlah merujuk kepada:
i. Encik Rusdi bin Abd Rahman,
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP
(No. Tel.: 03-21479203 / 013-3607426)
ii. Puan Hajah Zabidah binti Yahya ,
Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP
(No. Tel.: 03-21479207)


dbp

Comments