Tahajjud Cinta Di Istana Budaya




‘Tahajjud Cinta’ bakal gegar pentas Istana Budaya


Antara artis tempatan yang akan terlibat dalam pementasan 'Tahajjud Cinta' adalah Datuk Siti Nurhaliza, Awie dan Amy Search.

KUALA LUMPUR, 30 Disember:

Selepas pementasan teater ‘Takhta 3 Ratu’ pada awal bulan lalu, Panggung Sari di Istana Budaya bakal bergegar lagi, apabila satu lagi pementasan berlangsung pada 3 hingga 6 Januari depan.

Pementasan ‘Tahajjud Cinta’ yang berkisar tentang sirah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W itu, diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul, pada 3 Januari nanti.

Turut diadakan sempena persembahan teater itu nanti ialah kutipan derma barangan keperluan untuk diserahkan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang terbabit dengan bencana itu.

Pengarah teater itu, Erma Fatima dalam satu kenyataan kepada The Rakyat Post berkata, ‘Tahajjud Cinta’ merupakan sebuah drama muzikal yang mengisahkan riwayat hidup Rasulullah S.A.W sejak lahir sehingga kewafatan baginda, diiringi selingan lagu-lagu kisah Nabi dan Selawat.

Katanya, teater itu adalah pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara, memaparkan sejarah hidup Nabi Muhammad S.A.W, sempena sambutan Maulidur Rasul.

Menurut Erma, skrip dan konsep persembahan teater berkenaan telah diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Selain membariskan nama-nama besar industri seni tempatan dan Indonesia, Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta menggabungkan 20 pelakon utama, 80 pelakon tambahan, 15 pemuzik yang akan bermain secara langsung bersama 6 penyanyi latar.

“Set dan props pentas drama ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri daripada 12 set pentas dan 20 jenis props,” katanya dalam kenyataan itu.

Tambahnya, antara artis tempatan yang akan terlibat dalam pementasan itu adalah Datuk Siti Nurhaliza, Awie dan Amy Search.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pementasan teater itu boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM53, RM103, RM153, RM203, RM253 dan RM403 yang dijual sejak Jumaat lalu.

Tempahan juga boleh dibuat secara dalam talian menerusi www.airasia,redtix.com.

the rakyat post


Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta di Istana Budaya 3 hingga 6 Januari ini

KUALA LUMPUR - Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, Amazon Entertainment Productions Sdn. Bhd. bakal mementaskan sebuah teater muzikal Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta pada 3 hingga 6 Januari ini.

Dalam satu kenyataan, teater berkenaan yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya itu membangkitkan semula Sirah Junjungan yang pernah dipentaskan pada tahun 2008 dan dan 2009.

“Ia merupakan sebuah teater muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu-lagu kisah nabi dan selawat.

“Teater ini juga merupakan satu-satunya pementasan teater Islam pertama di Asia Tenggara yang memaparkan sejarah hidup Rasulullah, malah skrip dan konsep persembahan telah diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” ujarnya.

Antara barisan artis yang bakal terlibat dalam teater berkenaan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Datin Seri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Datuk Rahim Razali, Shiha dan Sahronizam.

Selain membariskan nama-nama besar industri seni tempatan dan Indonesia, ia menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan enam orang penyanyi latar.

Bagi yang ingin menyaksikan pementasan teater berkenaan boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM403, RM253, RM203, RM153, RM103 dan RM53. - KOSMO!

kosmo




Pementasan amal


Prihatin terhadap mangsa banjir di pantai timur, Perak, Perlis dan Johor, artis yang terbabit dalam pementasan drama muzikal Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta menganjurkan program amal sumbangan buat mangsa banjir di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 7 Januari ini.

Pada hari itu, artis yang terbabit seperti Amy Search, Awie, Datuk Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Datin Paduka Umie Aida, Remy Ishak dan Beto Kusyairi mengalu-alukan orang ramai hadir ke Istana Budaya memberi sumbangan barang keperluan seperti makanan, selimut, pakaian serta wang tunai mulai jam 2 petang.

Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta akan dipentaskan mulai 2 hingga 6 Januari ini.

Pengarahnya, Erma Fatima berkata, pada 7 Januari pihaknya juga akan mengadakan pementasan amal di mana semua kutipan tiket pada hari itu akan disalurkan kepada mangsa banjir.

"Selain itu, untuk pementasan dari 3 hingga 6 Januari, sebahagian daripada kutipan tiket akan disalurkan kepada mangsa banjir," katanya.

Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta yang dipentaskan sempena Maulidur Rasul adalah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dari kelahiran hinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu-lagu kisah Nabi dan selawat.

Drama muzikal terbitan Amazon Entertainment dengan kerjasama Istana Budaya itu pernah dipentaskan di lokasi sama pada 2008 dan 2009.

Ia juga satu-satunya produksi pementasan teater Islam pertama di Asia Tenggara yang memaparkan sejarah hidup Rasulullah SAW sempena sambutan Maulidur Rasul.

Skrip dan konsep persembahannya juga diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Artis lain yang turut terbabit dalam pementasan ini ialah Datuk Rahim Razali, Ellie Suriati, Tegar, Shiha, Sahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi.

Tiket berharga RM50, RM100, RM150, RM200, RM250 dan RM400 sudah dijual sejak 26 Disember lalu.

myMetro



SINOPSIS SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy lahir bayi yang amat rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah.

Dalam masa yang cukup singkat, Baginda Berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.

Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Comments