sepi akan tiba

sepi akan tiba

sepi akan tiba
ketika dulang rindumu terapung
bermain awan dan desir angin
sepi akan tiba
setelah hujan berhenti
alam begitu diam
sepi akan tiba
sesudah kau melangkah
meninggalkan bangku dan buku-buku
dan kau berada
antara bingkai waktu memasuki hidup baru
sepi akan tiba
suara dan canda teman-teman
hanya menjadi bayang-bayang
berkecai bersama surut matahari
sepi akan tiba
ketika hanya kaudengar suaramu
bergema dalam senyap yang lama

rebutlah kembali keriuhan
kerana detik akan tiba
dengan wajah dan warna berbeza
belajarlah mengerti
bagaimana semua itu
hanya seketika
dan akan kembali
ke dalam sepi

 
 

Comments

Post a Comment