Nilai Insan


Nilai Insan itulah tajuk antologi bagi genre Kesusasteraan Melayu Tradisional yang meliputi puisi dan prosa tradisional. Teks inidigunakan di peringkat Tingkatan 4 dan 5 bermula pada tahun 2015.
Teks ini akan menggantikan penggunaan teks sedia ada yang akan digunakan buat kali terakhir bagi pelajar SPM 2014.

Genre Puisi Tradisional mengandungi :

1. Resam Hidup Manusia (Pantun Dua Kerat)
2. Kasih Jualan (Pantun Empat Kerat)
3. Nilai Insan (Pantun Enam Kerat)
4. Seloka Boros dan Jimat
5. Seloka Kehilangan Adat Melayu
6. Seloka Tak Berikhtiar Sendiri
7. Gurindam 12 (Fasal Ketiga dan Kelima)
8. Gurindam Beberapa Petua Hidup
9. Syair Seratus Siti
10. Syair Bidasari

Prosa Tradisional pula mengandungi

1. Sastera Panji
2. Sastera Epik
3. Sastera Hikayat

Nilai Insan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ia hanya mengandungi sebanyak 88 halaman. Ia merupakan suatu naskah yang amat sederhana untuk dinikmati oleh pelajar di tingkatan 4 dan 5 mulai tahun ini. Dengan halaman yang nipis ini, pastinya amat mudah bagi pelajar untuk menikmati teks dan dapat dihabiskan dalam jangka masa yang singkat.

Begitu juga kandungan prosa tradisional yang memuatkan tiga genre Kesusasteraan Melayu Tradisional yang begitu popular iaitu  sastera panji. sastera epik dan sastera hikayat. Bagi sastera panji pelajar akan mengkaji petikan daripada Hikayat Panji Semirang. Manakala Sastera epik petikan daripada Hikayat Hang Tuah dan sastera hikayat dari Hijkayar Parang Puting.



Comments

Post a Comment