Sukarelawan Malaysia




Sukarelawan Suntik Wajah Baharu Di Jalan TAR Melalui Projek Batu Road
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini dijangka berwajah baharu Sabtu ini apabila kira-kira 10,000 sukarelawan dijangka menyertai program gotong-royong yang dikenali sebagai Projek Batu Road.

Program itu yang digerakkan oleh iM4U sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa, ialah yang terbesar antara program Sukarelawan Malaysia yang akan diadakan di 15 lokasi di seluruh negara pada hari yang sama, kata iM4U dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Venue lain ialah Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang, Pantai Rhu 10 Setiu Terengganu, Padang Astaka Kota Belud Sabah, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang, Hutan Bandar Taman Rekamas Johor, Pantai Saujana dan Pantai Bagan Pinang, Negeri Sembilan, kata kenyataan itu.

Di Perlis, ia akan berlangsung di Tasik Melati, dan juga di Lambir, Sarawak, Taman Ekstrem Shah Alam, Pantai Kelanang Kuala Langat, Selangor, Pangsapuri Seri Kepayang, Ipoh, Perak dan Kampung Selising, Kelantan, menurut kenyataan itu.

iM4U berkata program di Kuala Lumpur membabitkan program mengecat semula dan pengindahan bangunan lama, lintasan zebra, sekatan di tepi jalan dan bangku di sekitar jalan yang bersejarah itu.

"Sukarelawan juga akan membantu untuk mencantikkan kawasan itu dengan menanggalkan poster haram, lukisan mural, dan juga, menanam pokok," kata iM4U.

Program itu terbuka kepada semua secara percuma, katanya.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di www.im4u.my, kata kenyataan itu.

BERNAMA



HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA 

Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa, iM4U yang merupakan badan sukarelawan yang paling utama di Malaysia ingin menjemput semua warga Malaysia dan rakan-rakan untuk menyertai kami bagi meninggalkan impak yang positif kepada komuniti!

Daftar di www.iM4U.my

APA ITU HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA?

Hari Sukarelawan Antarabangsa telah ditetapkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu jatuh pada 5hb Disember sejak tahun 1985. Ia merupakan hari di mana kita meraikan semangat sukarelawan. Ia juga merupakan hari di mana sukarelawan, badan sukarelawan dan sebagainya dapat meningkatkan kesedaran terhadap aktiviti sukarelawanan.

Amalan sukarelawan boleh dilihat di setipa budaya, bahasa dan agama. Setiap tahun, berjuta-juta manusia meluangkan masa lapang mereka dengan melakukan aktiviti sukarelawan. Bila mereka melakukuan aktiviti sukarelawanan, mereka memperbaiki kehidupan orang lain dan mendekatkan mereka dengan komuniti.


 Sukarelawan iM4U sedang mengecat pembahagi jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman 
sempena Volunteer Malaysia 2014 seluruh negara. 




 

Bangku yang hampir siap dicat dengan kreatif oleh para sukarelawan iM4U 
di Jalan TAR, Kuala Lumpur
Arau, Perlis



Kampung Teluk Awak dan Kampung Teluk Bahang.

Comments

Post a Comment