Si Jelita Membalas Budi

Tuah gelandangan bantu gadis manis
19 Disember 2014

LANCASHIRE (England): Seorang lelaki gelandangan yang sanggup menawarkan wang dikumpul sepanjang hari kepada seorang wanita yang tidak cukup wang bagi membayar tambang teksi di bandar Preston, di sini, pada malam 4 Disember lalu, menerima ‘pulangan’ sehingga lebih£21,000 (RM114,383) selepas wanita itu membalas budi dengan mencari dana untuk membantunya.

Gelandangan dikenali sebagai Robbie itu menawarkan £3 (RM16) kepada penuntut Universiti Lancashire, Dominique Harrison-Bentzen, 22, selepas wanita terbabit tidak cukup wang untuk membayar tambang teksi kerana beg duitnya hilang.

Robbie turut bimbang dengan keselamatan wanita itu sehingga sanggup memberi wang supaya Dominique dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Bagaimanapun, Dominique enggan menerima wang berkenaan sebelum dijemput ibunya, tetapi terharu dengan kemurahan hati Robbie menyebabkan dia nekad membantunya.

Wanita itu memuat naik status di Facebook dan Twitternya untuk mendapatkan sokongan orang ramai sehingga menjadi viral di seluruh dunia, malah turut tidur semalaman di tepi jalan di Bandar Preston Selasa lalu untuk mencari wang membantu Robbie.

Hasilnya, lebih £21,000 (RM114,383) berjaya dikutip dan Dominique turut melancarkan laman web untuk mencari dana bagi membantu Robbie membayar deposit rumah flat. The Telegraph




Dominique membalas budi gelandangan. FOTO The Telegraph


Laman Facebook Khas Untuk Membantu Robbie

Dominique menggunakan laman facebook untuk melakukan kempen kesedaran untuk membantu Robbie. Baginya tindakan Robbie yang memberikannya £3 (RM16)agar ia dapat pulang dengan selamat adalah tindakan seorang insan yang begitu bermurah hati

Langkah yang diambil adalah untuk membantu Robbie. Beliau mahu Robbie memiliki rumah dan tidak lagi menjadi gelandangan.

" Sudah tujuh bulan  dia hidup tanpa rumah dan dia tidak  mendapat pekerjaan kerana tiada alamat tetap." Jelas Dominique penuh simpati





foto : mirror

Dalam entri faceboooknya beliau menulis ....

Help Robbie, Preston's Homeless Hero
Community · 16,438 Likes
· December 16 at 6:45am ·

Ladies & Gentlemen, well this is pretty amazing.. We have reached a grand total of £2,731!!!

I am literally amazed that this all started just under 1 week ago and together we have exceeded not 1, not 2 but 5 targets! Unbelievable.

Thank you to each and every one of you who has made this happen, it really is encouraging & inspiring to see how many of you care and I cannot thank you enough for all of your kind messages.

For those messages aimed at Robbie, I have promised him to print them off so he can sit and read them in his new home

Thank you again to each of you who have changed a man's life, this is the best Christmas gift we could have given.

I'm looking forward to spending 24 hours tomorrow on the streets of Preston to see what everyday life has been like for Robbie and the homeless in Preston.. & looking forward to meeting many of you 

Dan inilah entri terbaru Dominique beberapa jam yang lalu dan beliau merasakan usahanya untuk membantu Robbie berhasil....


Exciting update! Robbie's new life is within reach, for those concerned about Robbie, I can confirm he is safe, in shelter and warm whilst waiting to move into his new permanent accommodation. How amazing is that?

One man is off the streets tonight, thanks to you 

 Dan kita pun harus banyak belajar dari Robbie dan Dominique

Comments

Post a Comment