Menunggu Super Hero



Menunggu Super Hero

Para penerbit filem Hollywood telah memberi fokus dan strategi khusus dalam menerbitkan filem-filem aksi super hero.  Hollywood telah merancang untuk menerbitkan kira-kira 30 buah filem sehingga tahun 2019. Ia melibatkan penerbit dari Disney, Warner Bros., Fox dan Sony Pictures. Secara purata sebanyak enam buah filem dalam setahun selama lima tahun menjelang.

Keutamaan filem-filem super hero disebabkan sambutan yang luar biasa dari para peminat filem. Tema filem yang membawa semua peringkat umur penonton ke pawagam adalah tema super hero.

Sambutan peminat bermakna keuntungan berlipat ganda bagi penerbit filem. Marvel setelah dibeli Walt Disney dengan nilai US $ 4 triliun pada tahun 2008, telah melonjak keuntungannya sehingga a US $ 7 triliun. Tiada faktor lain yang membawa keuntungan besar ini ialah karakter super hero dari komik yang pernah diterbitkan. Manakala Warner Bros. pemilik hak menerbitkan filem  DC Comics, sedang merancang untuk menerbitkan 10 buah superhero. Mulai dari Batman v Superman: Dawn of Justice tahun depan, Suicide Squad dan Flash.

Faktor kedua keistimewaan super hero selain dari watak yang memiliki pelbagai keluar biasaan, dan tak teralahkan itu adalah semua karakter ini bermula dari lakaran kartun pelukis seperti  Jack Kirby, Stece Ditko, dan Stan Lee. Watak-watak ini telah lama dikenali dalam dunia komik dan diadaptasi ke filem dengan segala kekaguman yang begitu menakjubkan.

Bukan itu saja watak super hero telah melahirkan jutawan baru dalam kalangan pelakon yang memainkan peranan super hero. Robert Downey Jr yang memegang watak Iron Man telah meraih pendapatan sebanyak US75 juta melalui siri-siri Iron Man. Dwayne Johnson melalui Hercules meraih sebanyak US$52 juta. Begitu juga dengan  Bradley Cooper menerusi filem  Guardians of the Galaxy memperolehi US$46 juta.

Begitulah pengaruh super hero dalam kerancakan penerbitan filem-filem Hollywood.

Pastinya dalam tahun-tahun mendatang ini super hero akan tiba dengan segala keajaiban dan keluar biasaan watak masing-masing seperti :


Antman
17 Julai  2015
 Antman berksar pada watak Scott Edward Harris Lang yang mempunyai kemampuan mengecilkan tubuh sekecil semut. Scott Lang berusaha untuk menyelamatkan mentornya, Dr. Hank Pym dan melindungi dunia. Paul Rudd melakonkan watak Antman dan Michael Douglas muncul sebagai Hank Pym.

Doctor Strange
6 November 2016
Dr. Stephen Strange pakar pembedahan yang berbakar besar. Hidupnya berubah apabila  tangan kirinya cedera dalam kemalangan,. Ia mencuba pelbagai cara menyembuhkan diri sehingga mendapat bantuan Ancient One di Tibet. Ia terpaksa menyelamatkan dunia dan berdepan dengan pengkhianatan dan kematian.  Benedict Cumberbatch memainkan peranan sebagai Dr Strange.


Black Panther
3 November 2017

Black Panther adalah filem aksi superhero yang memperlihatkan hubungan antara otak dan kekuatan. Black Panther atau T'Challa merupakan pewaris takhta dari Wakanda, sebuah kerajaan Afrika yang menjadi pusat kemajuan teknologi di dunia. Ibunya meninggal ketika melahirkann dan ayahnya dibunuh oleh Ulysses Klaw.  T'Challa sewaktu kecil belajar di Amerika dan Eropah. Ia kembali ke Wakanda untuk mengikuti pertandingan untuk menjadi seorang Black Panther seperti ayahnya. Ia berjaya mengalahkan  S'yan dan berupaya memiliki kekuatan superhero.

Senarai Super Hero yang bakal beraksi di pawagam :

2016:
12 Februari : Deadpool (Fox)
25 Mac : Batman V Superman: Dawn Of Justice
27 Mei : X-Men: Apocalypse (Fox)
5 Ogos : Suicide Squad
11  November : Sinister Six (Sony)

2017:
3 Mac : Untitled Wolverine sequel (Fox)
5 Mei : Guardians of the Galaxy 2
23 Jun : Wonder Woman
14 Julai : Fantastic Four 2 (Fox)
28 Julai : Thor: Ragnarok
3 November : Black Panther 
17 November 17: Justice League, Part 1


2018:
23 Mac : The Flash
4 Mei : Avengers: Infinity War, Part 1 
6 Julai : Captain Marvel 
27 Julai : Aquaman
2 November : Inhumans

2019:
5 April : Shazam
3 Mei : Avengers: Infinity War, Part 2 
14 Jun : Justice League, Part 2

2020:
2 April : Cyborg
19 Jun : Green Lantern

Comments