mengalirlah


mengalirlah

mengalirlah 
bawakan cerita kejauhan
gerakkan tarimu menyusun jalan panjang
mencari muara

tak pernah ingin berhenti
mengumpul semangat dan harap
mengusung pengalaman jauh
mengalirlah
membawa zat alam 
membawa jiwa air
membelah dada daratan
kerana kau tahu
menunggumu di muara
ombak bergulung perlahan

mengalirlah
ke dalanm jasad dan jiwa
kekuatan sungai
meredah cabaran
tanpa pernah menyerah
tanpa perna beralah
 


Comments

Post a Comment