Generasi Muda dan Kemerdekaan



 
Tahniah saya ucapkan kepada 6 penerima Anugerah Merdeka 2014 iaitu Datuk Mohammed Nor Khalid, atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat, Datuk Dr Choo Yuen May, Mohd Khan Momin Khan, Prof Dr Abdul Latif Ahmad, Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail dan Datuk Seri Gathorn. Kesemua penerima ini telah menjiwai nilai-nilai 1Malaysia dalam kehidupan mereka dan adalah contoh dan teladan kepada generasi pasca merdeka
- Perdana Menteri  Malaysia

Generasi muda perlu ambil peranan bentuk negara – Sultan Nazrin
09 Disember 2014

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama penerima Anugerah Merdeka, Mohd. Nor Khalid (tiga dari kiri), Mohd. Khan Momin Khan (dua dari kiri), Dr. Choo Yuen May (empat dari kiri), Dr. Abdul Latif Ahmad, Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Gathorne (kiri) dalam majlis penyampaian anugerah tersebut di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut sama, Shamsul Azhar Abbas (kanan).
 – Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Keperluan bagi generasi muda untuk bangkit dan mengambil peranan dalam membentuk negara ini semakin penting kerana Malaysia kini menghampiri negara berpendapatan tinggi.

Sehubungan itu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, Anugerah Merdeka menawarkan geran jangka pendek untuk membolehkan warganegara berusia 22 hingga 35 tahun terlibat dalam usahasama dengan institusi bertaraf dunia.

“Di sini, kita mencipta peluang bagi penerima untuk membina hubungan dengan pakar-pakar lain dalam bidang masing-masing serta berkongsi maklumat, seterusnya menyumbang kepada negara,” titahnya dalam majlis Anugerah Merdeka 2014 di Menara Berkembar Petronas di sini malam ini.

Yang turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas.

Pada majlis tersebut, kartunis terkemuka, Datuk Mohd. Nor Khalid, 63, atau Lat muncul antara enam penerima Anugerah Merdeka 2014 atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dan komuniti.

Selain Lat, lima individu lain ialah Mohd. Khan Momin Khan, Datuk Dr. Choo Yuen May, Prof. Dr. Abdul Latif Ahmad, Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dan Datuk Seri Gathorne Earl of Cranbrook yang dipilih berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Lat menerima anugerah tersebut berdasarkan sumbangannya memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia menerusi lakaran kartun manakala Mohd. Khan, 79, melalui penyelidikan dan pemeliharaan hidupan liar di negara ini.

Di samping itu, Choo Yuen, 59, yang aktif dalam bidang kesihatan, sains dan teknologi serta melalui usaha beliau melakukan penyelidikan berasaskan industri kelapa sawit.

Dua lagi individu dipilih menerima anugerah itu bagi kategori pencapaian ilmiah ialah Abdul Latif, 47, dan Ahmad Fauzi, 48.

Bagi anugerah atas sumbangan kepada rakyat Malaysia pula, pemilihan Gathorne, 81, dibuat berikutan usahanya dalam pemeliharaan biodiversiti hutan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Fisiologi, Perdana Universiti-Kolej Perubatan Diraja Ireland, Dr. Kamalan Jeevaratnam dan Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Lim Hong Ngee dipilih sebagai penerima geran Anugerah Merdeka 2014 bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang masing-masing di luar negara.

utusan online


Enam individu cemerlang terima anugerah Merdeka 2014


KUALA LUMPUR, 9 Disember: Kartunis terkenal Malaysia Datuk Mohammed Nor Khalid, lebih dikenali sebagai Lat adalah antara enam individu cemerlang yang menerima Anugerah Merdeka 2014 berprestij malam ini.

Lat, 63, menerima anugerah dalam kategori pendidikan dan komuniti kerana sumbangan terkemukanya terhadap promosi dan pluralisme identiti budaya Malaysia menerusi penggunaan kartun.

Lima penerima lain ialah Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Choo Yuen May; bekas ketua pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara Malaysia Mohd Khan Momin Khan; Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Abdul Latif Ahmad; Dekan Penyelidikan bagi Bahan dan Manufacturing Research Alliance, Universiti Teknologi Malaysia Prof Dr Ahmad Fauzi Ismail dan Datuk Seri Gathorne, Earl of Cranbrook.

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Penaung Diraja Amanah Anugerah Merdeka menyampaikan kepada setiap penerima trofi Anugerah Merdeka, karya seni Merdeka ciptaan pelukis tempatan Latiff Mohidin, dan RM500,000 di Dewan Filarmonik Malaysia.

the rakyat post

Comments