Duga Bencana

 I.
 Membaca catatan dalam entri facebook YB Datuk Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri Malaysia, ada sebak yang menusuk dada. Kesebakan atas segala gigih dan prihatin seorang menteri untuk mendekati rakyat dan melihat kepayahan dari duga becana di Kelantan. Sebak kerana masih belum ada tanda-tanda banjir akan pulih ....

Inilah entri terbaru YB Datuk Mustapha Mohamed :


Peristiwa tidak dapat saya lupakan, 10 kilometer 4 jam perjalanan dari Keroh ke pejabat DO Kuala Krai bersama Dato Mazlan, Ketua Polis dan Panglima 8 Briged, Dato Azmi.Kuala Krai paling teruk di Kelantan dilanda banjir. Paras air ditangga Bradley 33.45 meter lebih teruk 29.33 meter banjir besar 2004, banyak hubungan terputus terus termasuk 438 orang mangsa di SK Manek Urai Lama yang sudah naik ke tingkat 4 kerana air sudah berada di tingkat 3 separas paha. Alhamdulillah Panglima 8 Briged dan Ketua Polis telah merancang gerakan menyelamat malam ini. Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zul telah hantar EC 725 untuk ke lokasi. Tq Dato Ramzi ADUN Dabong dan saudara Nik Nor, Pemangku DO banyak bantu. Malam ini saya, KP dan Panglima bermalam di pejabat Kesedar, Kuala Krai. Kami semua sehelai sepinggang.

II.
 Lama saya merenung foto ini. Memberi segala rentap emosi. Begitu tindakan yang diambil oleh Adun Paloh YB Dato' Nozula Mat Diah yang sedang mengagihkan bekalan bantuan kepada penduduk terjejas banjir. Semakin keharuan menusuk. Begitu usaha dan tekad untuk membantu dalam bencana yang melanda ini. Segala ikhtiar diperlakukan demi menyelamat mereka yang memerlukan.


III
Membaca tajuk-tajuk akhbar ini terasa, begitu hebatnya kesukaran dari duga bencana kali ini :

Kelantan belum diisytihar darurat - MB
24 Disember 2014

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan Kelantan yang kini dilanda bah yang teruk, sehingga kini masih belum diisytihar darurat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau berkata, kerajaan negeri masih memberi jaminan bahawa bekalan makanan kepada mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan adalah mencukupi.

"Bekalan sudah disalurkan kepada 40 dapur rakyat yang akan bergerak dari pangkalan hadapan untuk turut membantu rakyat yang masih tidak berpindah," katanya.

Beliau turut meminta semua pihak sama ada kerajaan, swasta atau anggota sukarelawan dapat memindahkan mangsa yang masih terperangkap terutama di Kuala Krai sebelum maghrib hari ini kerana dijangka air akan naik lagi.

"Diharap juga kepada rakyat yang tinggal berhampiran tepi sungai supaya mengambil langkah cepat untuk berpindah segera memandangkan air semakin naik," katanya.

Beliau turut menyeru dermawan, termasuk ahli korporat dan individu yang ingin membantu mangsa banjir boleh menyalurkan bantuan kepada akaun BIMB Tabung Serambi Mekah: 03018010080024 dan apa saja keadaan yang mencemaskan, boleh terus menghubungi ke Pusat Kawalan Operasi Banjir Negeri di talian 09-7481180.


bh online


Air cecah tingkat 3, 500 mangsa di SMK Manek Urai dalam bahaya


KUALA KRAI: Seramai 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah.

Lokasi berkenaan yang dibuka untuk dijadikan pusat pemindahan awal pagi semalam, kini dilanda banjir teruk dan kesemua mangsa berada di tingkat empat bangunan sekolah itu.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan, ketika dihubungi berkata pasukan keselamatan buntu dan sehingga petang tadi kesemua mangsa tidak mampu dipindahkan kerana tiada lokasi selamat.

"Kami tidak tahu di mana mahu menempatkan kesemua 500 mangsa itu. Kita juga tidak menyangka pusat pemindahan berkenaan turut ditenggelami air.

"Kami hanya mampu menghantar anggota bomba untuk mententeramkan keadaan mangsa di sana supaya tidak panik," katanya.


SERAMAI 500 mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam bahaya apabila air sudah mencecah sehingga ke tingkat tiga bangunan sekolah. - Foto Ihsan

bh online



TNB Kelantan Henti Sementara Operasi 510 Pencawang Elektrik
24 Disember 2014


KOTA BAHARU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan menghentikan sementara operasi 510 pencawang elektrik utama di seluruh Kelantan berikutan banjir buruk di negeri ini.


Pengurus Besarnya Md Yuslan Md Yusof berkata sehingga pukul 6 petang ini, pencawang yang telah dimatikan sementara itu adalah sebanyak 232 di Gua Musang, Kuala Krai (215), Tanah Merah (24), Jeli (19), Machang (12) Tumpat (lima) dan Kota Baharu (tiga).

"Pencawang ini kita hentikan sementara tugas berikutan banjir dan akan disambung semula apabila keadaan kembali pulih," katanya kepada Bernama melalui aplikasi Whatsapp di sini, hari ini.

Keadaan banjir di sembilan jajahan di Kelantan pada malam ini terus buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 27,153 orang berbanding 26,547 orang pada sebelah petang.

mstar online

IV
Menatap foto-foto yang dimuat di dalam akhbar atau entri peribadi media sosial, terasa amat merisaukan. Begitu hebat kita diuji dengan becana begini.

Semoga Allah memberi kita kekuatan dan mampu untuk bertahan menghadapi dugaan besar ini. Amin.














Tiada lain kita menyerah
hanya kepada Allah
dengan berharap dan berdoa
agar duga bencaan ini  bernoktah.


Comments