Cappadocia

Kembara belon panas di Cappadocia
23 Oktober 2014

LANGIT yang cerah dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup di Cappadocia pada 17 September 2014 menjadi penanda aras bagi sekumpulan pelancong Malaysia yang dalam lawatan ke Turki untuk menikmati pengembaraan pertama mereka menaiki belon udara panas.

Pada hari itu, cuacanya sangat baik dan paling sesuai untuk menerokai dan menjiwai Cappadocia, yang dikenali sebagai sebuah daripada tempat yang paling sesuai untuk aktiviti belon udara panas.

Daripada 40 anggota rombongan, 14 termasuklah penulis, mengambil langkah berani untuk menikmati pengembaraan di dalam belon udara panas yang dimiliki oleh Kaya Balloons.

Muka bumi daerah Cappadocia di Nevsehir, yang terletak dalam wilayah tengah Anatolia, dipenuhi dengan formasi batu-batuan yang disebut sebagai "fairy chimneys" serta gua-gua dan warisan sejarah yang unik.

Ia sangat terkenal dengan lanskap yang seakan-akan muka bumi bulan yang unik, bandar-bandar bawah tanah, gereja-gereja dan rumah-rumah yang diukir daripada gua-gua di situ.

Rombongan pelancong Malaysia ini dalam rangka lawatan "Istanbul Kami Datang" selama 10 hari di Turki dari 12 September sehingga 21 September, yang dianjurkan oleh Persatuan Wanita dan Isteri-isteri Kakitangan Bernama (Benita) dan Vreka Travel and Tours Sdn Bhd.

Belon panas untuk yang lemah semangat

Pengalaman rombongan dari Malaysia ini juga membuktikan yang belon udara panas ini juga boleh dinaiki oleh mereka yang lemah semangat. Daripada 14 orang yang bersedia untuk menikmati perjalanan dalam belon udara panas, seorang daripadanya mempunyai masalah akrofobia, atau gayat, tetapi bersetuju untuk mencuba pengalaman ini selepas dipujuk oleh pemandu pelancong, Melih Tunali.

Bagi Pengurus Kanan Pusat Kecemerlangan Bernama, Syed Khedher Syed Ismail, idea untuk menaiki belon begitu tinggi di ruang udara, menyebabkan rasa menggelodak seperti gelombang adrenalin menerpa ke dalam tubuhnya.

"Satu malam saya tidak dapat melelapkan mata apabila isteri saya memberitahu yang dia mahu mencuba menaiki belon udara panas. Saya berbelah bahagi, sama ada menyertai keluarga saya atau tinggal sahaja di bilik hotel", kata Syed Khedher, yang turut membawa anak perempuan tunggal dan anak saudaranya bersama.

Atas pujukan Melih yang berkata: "Apa yang nak ditakutkan, saya sudah lapan kali menaikinya", Syed Khedher akhirnya bersetuju untuk menyertai kumpulan yang mahu menaiki belon udara panas keesokan harinya.

"Saya berasa sangat gementar pada mulanya, tetapi perlahan-lahan saya dapat mengatasi kegayatan ini terutama selepas melihat budak berusia empat tahun dari sebuah rombongan lain yang dibawa oleh Vreka, turut menyertai kami dan menikmati pengembaraan menaiki belon".

Detik-detik manis

"Menyaksikan lanskap yang cantik dan gunung-ganang dari udara adalah sesuatu yang menakjubkan. Terapung setinggi 700 meter di udara tanpa enjin bersama-sama keluarga adalah detik-detik yang akan saya ingati sampai bila-bila", ujar Syed Khedher.

Detik-detik manis ini dirakamkan apabila belon yang dinaiki berhenti sebentar selang beberapa jarak di sepanjang perjalanan.

"Apabila belon yang kami naiki berhenti seketika untuk beberapa minit dalam persekitaran yang sangat aman, ketika itulah kami menyaksikan keagungan Sang Pencipta. Subhanallah. Majlis ringkas dan penyampaian sijil setelah mendarat juga sesuatu yang tidak dapat dilupakan", kata Syed Khedher.

Pada waktu pagi sebelum berlepas menaiki belon, kakitangan Kaya Balloons mengambil anggota rombongan di hotel sebelum subuh dan menuju ke pejabat tapak Kaya Balloons di bandar Gerome bagi menikmati bufet sarapan yang ringkas. Sebaik habis sarapan, rombongan ini menuju ke tapak pelepasan dan menghabiskan masa kira-kira 20 minit menyaksikan proses mengisi udara panas ke dalam belon.

Pemandangan banyaknya belon-belon udara panas bersiap sedia untuk berlepas juga satu pemandangan yang mengagumkan.

Pemandangan luar biasa

Kumpulan ini, termasuk presiden Benita Rohana Mustaffa, menyertai lima yang lain - sepasang suami isteri (dari rombongan lain yang dibawa Vreka) bersama-sama anak perempuan mereka berusia empat tahun, Dina dan pasangan pelancong asing.

Mereka menaiki bakul belon itu ketika matahari mula menampakkan wajah. Pemanas ditarik bagi menghidupkan api dan menolak udara panas ke dalam belon yang kemudian melonjakkan belon ke udara.

Sebaik sahaja berlepas, mereka yang menaiki belon udara panas ini seolah-olah terpukau dan mulai selesa semasa belon ini terapung-apung di
sepanjang keindahan pemandangan yang magis. Rombongan ini tidak sedar yang belon mereka telah berlepas dan menyertai belon lain yang bentuknya seperti titisan air mata yang terbalik membayangi ruang udara.

Penerbangan menaiki belon udara itu aman dan lancar, walaupun ketika berada di altitud yang tinggi, hasil kepakaran juruterbang Kaya Balloons, Ersin Has yang berjaya mengendalikan belon tersebut melalui pergunungan di Cappadocia.

Dengan berhati-hati, Ersin mengendalikan belon itu untuk terbang rendah ke Lembah Cinta, mengelilingi batu-batuan berbentuk aneh dan ada ketikanya belon itu dibiarkan terapung-apung hanya beberapa meter dari tanah. Di sinilah tiang-tiang batu yang kelihatan seolah-olah seperti cendawan, kon dan piramid dapat dilihat, yang terbentuk secara semulajadi disebabkan hakisan batu-batuan
gunung berapi.

Terapung-apung setinggi 2,296 kaki (700 meter) di udara, mendekati awan gemawan, terasa tenteram dan aman sementara di bawahnya bumi perlahan-lahan meninggalkan belon dan berputar-putar.

Belon dibawa angin

"Setakat ini sahaja kita boleh pergi kerana belon ini mengikut angin. Kita hanya boleh naik setinggi 700 meter", kata Ersin.

Belon tidak boleh dipandu secara langsung memandangkan ia mengikut tiupan angin. Juruterbang akan menggunakan arah angin yang pelbagai pada altitud yang berbeza-beza untuk mengendalikan belon semasa penerbangan belon udara panas ini.

Ersin bukan sahaja seorang juruterbang yang berkeyakinan dan selamat, beliau juga sangat menghiburkan. Walaupun semasa penerbangan beliau berlawak jenaka, beliau tetap mampu menumpukan perhatian terhadap belon berkenaan.

Bakul yang membawa penumpang dibahagikan kepada empat bahagian, setiap satu bahagiannya boleh memuatkan sehingga enam orang. Ersin berada di bahagian tengah bagi mengemudi belon.

Dalam kalangan rombongan ini, Hazlinda Hamzah, seorang penerbit dokumentari Bernama TV, "1001 Destinasi: Malaysiaku", bertubi-tubi bertanyakan soalan kepada Ersin, termasuklah mengapa Ersin menyalakan pemanas belon itu.

"Saja suka-suka", jawab Ersin berjenaka. Beliau kemudian menjelaskan yang beliau perlu menyalakan pemanas itu mengikut selang masanya di sepanjang penerbangan bagi memastikan belon dalam keadaan stabil.

Belon yang berwarna-warni

Semua penumpang berasa selesa dalam bakul anyaman mereka semasa Ersin mengemudinya perlahan-lahan melintasi dan menyeberangi formasi-formasi batu dan kemudian terapung-apung di atas gaung yang beralun.

Pada satu ketika, beberapa orang penumpang cuba memecahkan kesunyian dengan bertanya "Awak ok, Syed?" yang ketika itu kelihatan terpesona dengan panorama Cappadocia yang menakjubkan. Syed Khedher melemparkan senyuman sambil mengangkat tangan bagi memberikan isyarat ok.

Sesetengah penumpang pula kelihatan lebih teruja menyaksikan belon-belon yang pelbagai warna yang memenuhi ruang udara dengan muka bumi yang dipenuhi batu-batuan yang cantik dengan bentuk yang aneh dan ada yang lebih teruja kerana dapat terapung 700 meter dari tanah di dalam sebuah belon.

"Injap Payung Terjun" yang terletak di bahagian paling atas belon tersebut digunakan bagi membawa belon turun. Juruterbang akan menariknya jika beliau mahu menurunkan belon itu. Penyejukan udara ini menyebabkan belon memperlahankan kadar penurunannya.

Ersin telah memaklumkan kakitangan di darat mengenai lokasi pendaratan rombongan ini. Beliau dengan mahir dan berhati-hati merendahkan bakul balik ke belakang treler.

Ia adalah penerbangan selama sejam yang lancar dan berjaya. Ersin menyerahkan sijil kepada 19 penumpang. Dina yang berusia empat tahun dan Syed Khedher mendapat tepukan paling gemuruh.

Tumpuan pengeluar filem

Cappadocia, atau Kapadokya dalam bahasa Turki, juga dikenali sebagai "Dunia Yang Hilang" dan "Bumi Lanskap Bulan". Keajaiban semulajadinya menjadi tarikan kepada penerbit televisyen dan filem termasuk dari Malaysia.

Selain daripada filem-filem Turki, filem yang dibintangi oleh bintang filem Perancis Jean Reno bertajuk "Empire of the Wolves" dan "Ghost Rider II" lakonan pelakon dan penerbit filem Amerika Nicolas Cage adalah antara filem terkenal yang dirakamkan di Cappadocia.

Dikatakan bahawa pemandangan lanskap Cappadocia yang kelihatan seolah-olah muka bumi planet makhluk asing memberikan ilham kepada pengarah dan produser filem Amerika George Lucas untuk mencipta planet padang pasir Tatooine bagi filem epik "Star Wars Episode IV: A New Hope". Bagaimanapun, filem ini tidak dirakamkan di Cappadocia.

Astro akan menayangkan filem arahan pengarah Malaysia Bernard Chauly bertajuk "Manisnya Cinta di Cappadocia" pada 11 Dis di Malaysia. Filem ini berkisar mengenai seorang wanita muda yang ideal untuk cinta dan perkahwinan diuji apabila beliau tersepit antara lelaki yang dicintainya dengan lelaki yang dipilih oleh ibu bapanya.

Sebahagian daripada filem ini dirakamkan di daerah bersejarah negara Turki ini. Sebelum ini filem beliau "Istanbul Aku Datang!" juga dirakamkan di Turki dan berjaya mengaut sebanyak RM3.6 juta di Malaysia. - Bernama

sinar harian


Menjejaki tamadun Turki
Oleh SITI ZALEHA JORIMAI
(Yang mengikuti lawatan ke Turki bersama MAS Holidays)


Kompleks Masjid Biru yang menjadi tarikan utama pelancong di Istanbul.

SEMBILAN hari tujuh malam, 3,200 kilometer, turun naik enam hotel dan berada pada suhu di bawah 12 darjah celcius. Menjerihkan, namun perjalanan yang mungkin berlaku sekali seumur hidup ini cukup berbaloi dan mengujakan dalam menjejaki sejarah tamadun Turki.

Mengunjur dari timur ke barat, setiap inci bumi Anatolia ini memiliki sejarah yang cukup panjang - seawal abad ke 10 sebelum zaman Roman dan Byzantine hingga kepada era kegemilangan Empayar Uthmaniyyah dan kemunculan Mustafa Kemal Ataturk yang membawa Turki kepada sebuah negara republik.

Setiap era meninggalkan banyak tinggalan dan kesan-kesan sejarah yang cukup berbaloi untuk diterokai.

Tinggalan kesemua era inilah yang cuba dijejaki dalam tempoh sembilan hari tujuh malam melalui Pakej Musim Sejuk yang dibawakan oleh oleh MAS Holidays.

Perjalanan bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) mengambil masa 10 jam.

Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul, peserta rombongan seramai 13 pelancong 'tegar' disambut oleh juru pandu pelancong tempatan, Ahmet Yandik.

Tidak melengah waktu, Ahmet memulakan 'penerokaan' ke sekitar kawasan Sultanahmet yang hanya kira-kira 45 minit perjalanan dari lapangan terbang.

Sultanahmet merupakan tumpuan tarikan pelancong di Istanbul kerana di sini terletaknya beberapa binaan penting termasuk Blue Mosque (Masjid Biru), Muzium Aya Sofya dan Istana Topkapi .

Menyusuri lorong sempit dengan kiri kanan bangunan lama yang merupakan 'wajah' sebenar Istanbul, masjid ini mempunyai sejarah yang cukup besar dalam menyaksikan perkembangan Islam di bumi Turki.

Masjid enam menara yang dikagumi dengan kecanggihan seni bina Islam oleh arkitek, Mehmet Aga, memulakan pembinaannya pada tahun 1609. Ia digelar Masjid Biru sempena penggunaan lebih 20,000 jubin biru Iznik.

Bersebelah Masjid Biru tersergam Aya Sofya atau Haghia Sophia, binaan yang berusia hampir 1,000 tahun.

Asalnya sebuah gereja yang dibina pada zaman Byzantine sebelum diubah fungsinya sebagai masjid ketika pemerintahan Empayar Uthmaniyyah sehingga tahun 1932 apabila kerajaan Kemal Ataturk memutuskan untuk mengubahnya sebagai muzium.

Kesan-kesan sebagai bekas tempat beribadat bagi dua agama iaitu Islam dan Kristian yang kekal hingga ke hari ini menjadikan Aya Sofya begitu unik.

Di pekarangan luar masjid beberapa tinggalan purba tersergam di Dataran Hippodrome (Hippodrome Square) yang menjadi pusat sukan dan politik zaman Constantinople hinggalah ke hari ini.

Tidak dapat berlama di sini, kerana kata Ahmet, perjalanan untuk ke destinasi seterusnya agak jauh iaitu menghala ke bahagian barat Turki, Bolu kira-kira 10 jam perjalanan dari Istanbul.

Lagipun kata Ahmet, penerokaan sebenar di Istanbul, yang merupakan bandar terbesar Turki dengan penduduk seramai 15 juta orang, hanya akan berlaku pada hari terakhir pengembaraan di bumi Anatolia ini.

Kawasan Sultanahmet ini juga terletaknya Grand Bazar (Bazar Besar) dan Pasar Rempah yang cukup popular bagi mendapatkan cenderamata berimejkan Turki.

Keletihan apatah lagi masih belum kebah daripada jet lag, rata-rata peserta rombongan mengambil kesempatan daripada perjalanan yang panjang dan sejuk itu untuk melelapkan mata sehingga bas berhenti Koru Hotel sebagai penginapan pertama.

Memulakan perjalanan hari kedua seawal 8 pagi dengan diselubungi kedinginan cuaca sejuk Bolu untuk bergerak ke ibu negara Turki, Ankara.

Perjalanan melewati kawasan bukit-bukau yang tandus membawa hingga ke tanah-pamah pertanian yang menjadi nadi ekonomi rakyat Turki.

Sayangnya musim sejuk bukan masa terbaik untuk melihat kehijauan tanaman kerana hampir keseluruhan telah habis dituai dan tanah dibiarkan kosong menanti kedatangan musim baru.

Menjelang tengahari destinasi yang dituju semakin hampir. Bandar Ankara merupakan kedua terbesar dengan penduduknya seramai 6 juta orang.

Sebagai bandar pentadbiran, Ankara lebih moden dan tersusun dengan bangunan-bangunan pencakar langit.

Tarikan utama di sini sudah tentunya kompleks makam Mustafa Kemal Ataturk, pemimpin yang disanjung rakyat Turki sebagai bapa pembangunan moden mereka.

"Kompleks ini dibina daripada marmar ini merupakan kunjungan wajib bagi setiap warga Turki daripada rakyat jelata hinggalah kepada pemimpin negara.

"Pelbagai acara negara juga diadakan di sini termasuk sambutan hari kebangsaan," katanya Ahmet

Dari Ankara perjalanan diteruskan ke Cappadocia, yang merupakan hentian terakhir pada hari kedua ini. Satu lagi perjalanan yang panjang namun ada sesuatu yang mengujakan menunggu di wilayah ini.

Namun keterujaan tersebut terpaksa ditangguhkan hingga keesokan harinya memandangkan hari yang semakin gelap.

Adrenalin meluncur deras seawal pukul 5 pagi, namun hanya beberapa orang daripada ahli rombongan saja berpeluang merasainya kerana yang lain lebih enak diulit mimpi.

" Menaiki belon panas melihat keindahan bumi Cappadocia dari udara merupakan pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata," demikian kata Noorsaadah Mohd. Nordin, salah seorang peserta rombongan.

Pemandangan landskap yang cukup menakjubkan hasil daripada tindak balas hakisan angin dan air, bumi Cappadocia merupakan bukit batu daripada timbunan lava gunung berapi yang meletus beratus tahun dahulu.

Di lembah bukit-bukit batu ini jugalah terletaknya bandar bawah tanah yang merupakan penempatan terawal oleh pendatang dari timur Eropah ribuan tahun dahulu.

Menurut Ahmet, secara ringkasnya bandar bawah tanah merupakan jaluran terowong dibina dengan cara menebuk batu-batuan di bawah tanah.

Ia membentuk satu perkampungan atau penempatan dengan ruang-ruang yang berfungsi sebagai bilik tidur, dapur, tempat beribadat hingga kepada tempat pemprosesan wain dan kandang haiwan ternakan.

"Sebenarnya terdapat 36 bandar bawah tanah yang terkenal di sini antaranya, Kaymakli yang berusia ratusan tahun.

"Biarpun sudah tidak berpenghuni, ia dipelihara elok oleh kerajaan Turki sebagai tinggalan sejarah yang unik dan sebagai tarikan pelancong," katanya.

Menurut Ahmet, Kamyakli pertama kali dibuka kepada pelancong pada 1964 dan terdapat lebih 100 terowong bawah tahan yang bertingkat-tingkat.

Satu lagi tarikan di wilayah ini ialah Muzium Terbuka Goreme yang merupakan kompleks gereja yang dikatakan cukup bermakna bagi penganut Kristian, dibina sekitar abad ke 10 hingga ke 12.

Hari keempat meninggalkan Cappadocia dengan pelbagai kenangan menarik untuk memulakan satu lagi perjalanan yang panjang ke Pamukkale melewati bandar Konya.

Di bandar ini juga terletaknya Muzium Melvana yang dulunya merupakan pusat pengajian golongan sufi Turki.

Perjalanan diteruskan ke Pamukkale yang menjadi lokasi teres kolam air panas yang diiktiraf Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)

Teres berwarna putih dengan ketinggian lebih 100 meter dari lembah ia dikenali penduduk tempatan sebagai Cotton Castle (Istana Kapas) kerana batu putih hasil tindak balas bahan galian kalsium karbonat.

Meninggalkan keseronokan bermain air panas di Pamukkale, perjalanan diteruskan ke bandar purba terbesar di Turki daripada era Roman, Ephesus di Kusadasi.

Ahmet berkata, kerja-kerja menggali artifak dan membina semula runtuhan kota purba yang dipercayai dibina pada tahun 1000 (sebelum Masihi) ini telah bermula sejak 150 tahun lalu ketika kali pertama ia ditemui dan masih berterusan hingga hari ini.

Memulakan hari ke enam dengan meninggalkan Kusadasi untuk bergerak ke Cannakkale menjejaki dua lagi bandar bandar purba, Asclepion yang terkenal dengan kisah perubatannya dan kota Troy, yang terkenal dengan legenda tentera kuda kayu, Trojan.

Pelayaran Boshporus bagai penyudah yang cukup sempurna bagi penerokaan sembilan hari tujuh malam di bumi Turki.

Menyusuri selat Boshporus dengan feri, yang memisahkan benua Eropah dan Asia, pelayaran selama kira-kira 45 minit itu tidak harus dilepaskan.

utusan online



Cappadocia (Turkish: Kapadokya) is an area in Central Anatolia in Turkey best known for its unique moon-like landscape, underground cities, cave churches and houses carved in the rocks.


The Cappadocian Region located in the center of the Anatolian Region of Turkey, with its valley, canyon, hills and unusual rock formation created as a result of the eroding rains and winds of thousands of years of the level, lava-covered plain located between the volcanic mountains Erciyes, Melendiz and Hasan as well as its troglodyte dwellings carved out of the rock and cities dug out into underground, presents an otherworldly appearance. The eruptions of these mountains which were active volcanoes in geological times lasted until 2 million years ago. A soft tuff layer was formed, 150 m in thickness, by the issuing lavas in the valley surrounded by mountains. The rivers, flood water running down the hillsides of valleys and strong winds eroded the geological formations consisting of tuff on the plateau formed with tuff layers, thus creating bizarre shapes called fairy Chimneys. These take on the names of mushroom shaped, pinnacled, capped and conic shaped formations. The prehistoric settlements of the area are Koskhoyuk (Kosk Mound) in Nigde, Aksaray Asikli Mound, Nevsehir Civelek cave and, in the southeast, Kultepe, Kanis and Alisar in the environs of Kayseri. This area with unusual topographic characteristics was regarded as sacred and called, in the Scythian/Khatti language, as Khepatukha, meaning "the country of the people of the chief god Hepat", although there are more poetic claims on the origin of the region's name, such as the Old Persian Katpatuka, which allegedly means "the land of beautiful horses". The tablets called Cappadocian Tablets and the Hittite works of art in Alisar are of the important remains dating from 2000s B.C. After 1200s B.C., the Tabal principality, of the Khatti Branches of Scythians, became strong and founded the Kingdom of Tabal. Following the Late Hittite and Persian aras, the Cappadocian Kingdom was established in 332 B.C. During the Roman era the area served as a shelter for the early escaping Christians. There are also several underground cities used by early Christians as hideouts in Cappadocia.


Cities
Nevşehir — The main province of Cappadocia.
Ürgüp — The biggest town and heart of Cappadocia.
Göreme — Cave Houses built into the Fairy Chimneys.
Uçhisar — The highest point of the region with it's natural rock castle.
Avanos — Pottery town which is divided into two by the longest river of Turkey (Kızılırmak).
Ortahisar — A small village famous with it's rock castle.
Mustafapaşa — Old Greek village.


wikitravel

Cappadocia

For more than a thousand years, people have made their homes in the soft rock of Cappadocia.
Photograph by Paule Seux, Hemis/Corbis

Site: Göreme National Park and the Rock Sites of Cappadocia
Location: Turkey
Year Designated: 1985
Category: Cultural, natural
Criteria: (i)(iii)(v)(vii)

Reason: This rocky landscape is honeycombed with networks of ancient underground settlements and outstanding examples of Byzantine art.

Erosion shaped the incredible landscape of the Göreme valley, but thousands of years ago humans took a cue from Mother Nature and began carving an incredible chamber and tunnel complex into the soft rock. Beginning in the fourth century A.D., an urbanized—but underground—cultural landscape was created here.

Ancient volcanic eruptions blanketed this region with thick ash, which solidified into a soft rock—called tuff—tens of meters thick. Wind and water went to work on this plateau, leaving only its harder elements behind to form a fairy tale landscape of cones, pillars, pinnacles, mushrooms, and chimneys, which stretch as far as 130 feet (40 meters) into the sky.

But human hands performed equally incredible works here. The rocky wonderland is honeycombed with a network of human-created caves; living quarters, places of worship, stables, and storehouses were all dug into the soft stone. In fact, tunnel complexes formed entire towns with as many as eight different stories hidden underground.

Göreme was inhabited as early as the Hittite era, circa 1800 to 1200 B.C. and later sat uncomfortably on the boundary between rival empires; first the Greeks and Persians and later the Byzantine Greeks and a host of rivals. This precarious political position meant that residents needed hiding places—and found them by tunneling into the rock itself.

The site became a religious refuge during the early days of Christianity. By the fourth century Christians fleeing Rome’s persecution had arrived in some numbers and established monastic communities here. The monks excavated extensive dwellings and monasteries and created Byzantine frescoed paintings in cave chapels beginning in the seventh century, which endure in well-preserved isolation to this day.

Göreme is rich with history, but not all of Cappadocia’s troglodyte dwellings are museums. Some still serve as homes and others as hotels, which offer a truly unique hospitality experience.

The primary threats to this World Heritage site come from the forces that created it in the first place. Erosion is returning some human endeavors to a more natural state, and extensive preservation efforts are meant to ensure that the wonders of Göreme survive for another millennium. With increased tourist trade, however, humans have brought modern development and damage or destruction to some of the ancient sites they once created.

How to Get There

The town of Göreme is the main visitor center for visitors to the park, though Nevsehir, Avanos, and Urgüp also have tourist facilities. These towns can be reached via bus from Kayseri airport. Long-distance buses also run from Istanbul and Ankara to the Cappadocia region.

When to Visit

Cappadocia is settled on a high, dry plateau in the middle of Turkey. The region is one of hot, dry summers and cold, sometimes snowy, winters.

How to Visit

In gateway towns, tours and guides abound to share the highlights of the park and the Cappadocia region. Those who wish to explore a bit on their own can rent bikes, scooters, or even cars in Göreme.

national geographic


Comments