Ijazah Kehormat Doktor Falsafah : Anugerah Seni Bagi M Nasir


 Sekalung penghargaan dan tahniah buat Seniman Datuk M Nasir yang telah dianugerahkan  Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif). Syabas kepda Universiti Utara Malaysia yang mengambil langkah proaktif menganugerahkan seorang insan seni yang sekian lama menyusupkan dirinya ke dalam dunia seni - komposer, penyanyi, pelakon dan pelukis.

Pastinya anugerah ini begitu besar manfaatnya terhadap industri kreatif negara ini. Ia tentunya menjadi kebangaan peminat, teman artis dan mereka yang berkecimpung dalam layar seni negara.

Syabas dan Tahniah Datuk M. Nasir

M Nasir terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah
Oleh Zaidi Mohamad


NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (kiri) turut berkongsi kegembiraan bersama Seniman M. Nasir atau Datuk Mohd Nasir Mohamed (tengah) selepas memperoleh Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) pada Istiadat Pemasyuran Canselor dan dan Konvokesyen ke-27 UUM di Dewan Mu'adzam Shah. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk M Nasir menjadi seorang daripada penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif di majlis konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia (UUM) pagi tadi yang diadakan di Dewan Muadzam Shah, Sintok, Kedah.

Perkara itu disahkan sendiri pihak pengurusan beliau di laman Facebook termasuk pengurusnya, Wan Firdaus Wan Ibrahim dan isteri beliau, Datin Marlia Musa. Marlia dan Wan turut menemani penyanyi berkenaan di sana.

M Nasir menerima penganugerahan berkenaan pada sesi pertama konvokesyen berkenaan yang berlangsung 10.30 pagi tadi. Penganugerahan terbabit diserahkan kepada individu berkaitan daripada pihak UUM atas sumbangan cemerlang mereka kepada masyarakat dan negara.

Anugerah Ijazah Kehormat adalah penghormatan tertinggi yang boleh diberi pihak Universiti sama ada Ijazah Sarjana atau Kedoktoran. Gelaran Kehormat ini memberi segala hak dan keistimewaan kepada calon berkenaan sebagai seorang ahli universiti.

M Nasir dalam perkembangan lain akan terbabit dengan Konsert Hati Emas Kembara yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 November ini di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert Hati Emas Kembara dianjurkan Luncai Emas Sdn Bhd dan disokong Celcom Axiata Bhd.

Tiket konsert berdurasi dua jam setengah itu berharga RM68, RM98, RM188, RM125, RM328 dan RM388.



berita harian online


M. Nasir terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah


SINTOK 8 Nov.- Penyanyi dan pengubah lagu terkenal, Datuk Mohd. Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai M. Nasir ditemani isteri, Datin Marlia Musa melihat Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif ) yang diterimanya pada Majlis Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia di Dewan Muadzam Shah di sini hari ini.UTUSAN/SAFRIZAL AZMI

utusan online






UUM iktiraf M Nasir
Oleh Norul Awatif Romli



Sintok: Komposer Datuk Mohd Nasir Mohamad atau lebih dikenali dengan M Nasir menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Industri Kreatif di Majlis Konvokesyen ke-27 Universiti Utara Malaysia (UUM), di Dewan Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.

Istiadat bakal berlangsung sembilan sesi hingga Rabu depan itu menyaksikan kira-kira 6,608 graduan menerima ijazah masing-masing termasuk 482 graduan pelajar luar negara daripada 26 negara selain 298 graduan menerima ijazah masing-masing pada sesi pertama.

Sesi pertama dimulakan dengan istiadat pemasyhuran Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaku Canselor UUM.

Pengisytiharan pemasyhuran Tunku Puteri Intan Safinaz disempurnakan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pada istiadat berkenaan bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu turut dikurniakan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan.

Selain itu, istiadat konvokesyen berkenaan turut menyaksikan empat program melahirkan 21 graduan sulung menerusi program Kedoktoran Pengurusan, Ijazah Sarjana Undang-Undang, Ijazah Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam serta Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Media.

myMetro

M Nasir


Datuk M. Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir bin Mohamad (Lahir 4 Julai 1957) ialah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, serta pelukis yang menetap di Malaysia. M. Nasir dilahirkan di Singapura. Beliau juga dikenali dengan jolokan sifu dalam industri muzik Malaysia.

M Nasir juga adalah salah seorang penyanyi Melayu yang berjaya melahirkan album solo baru di setiap 4 dekad berbeza berturut-turut selain Anita Sarawak, Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim, Ramlah Ram, Jamal Abdillah dan Noraniza Idris

Kerjaya

Beliau merupakan pengasas Kumpulan Kembara pada tahun 80-an. M.Nasir juga merupakan pemilik Luncai Emas Sdn Bhd dan pernah menjadi Pengetua Akademi Fantasia 3. Malah adik lelaki M.Nasir iaitu Dzul juga aktif  dalam bidang seni di Singapura. Selaku komposer, beliau merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap kegemilangan artis-artis terulung tanah air seperti Rahim Maarof, Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi dan Misha Omar Antara lagu-lagu ciptaannya adalah:


Antara lagu-lagu yang dihasilkan oleh Datuk M Nasir ialah :

Taman Rohani (Saleem feat Arab & Hillary Ang)
Hati Emas (Kembara)
Hingga Akhir Nanti (Alleycats)
Sekuntum Mawar Merah (Alleycats)
Cinta Kristal (Rahim Maarof)
Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof)
Mustika (M. Nasir)
Mentera Semerah Padi (M.Nasir)
Fantasia Bulan Madu (Search)
Istana Menanti (Rahim Maarof)
Layang-layang (Rahim Maarof)
Kerja Gila (Amy Search)
Syakila (Rahim Maarof)
Sejati (Wings)
Ukiran Jiwa (Awie)
Mahligai Syahdu (Hattan)
Senja Nan Merah (Awie & Ziana)
Menanti (Ella)

Dari Kekasih Kepada Kekasih (Hattan)
Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir & Jamal Abdillah)
Takdir Penentu Segala (Jamal Abdillah)
Sandarkan Pada Kenangan (Jamal Abdillah & Fauziah Ahmad Daud)
Tiara (Kris)
Aku Dah Bosan (Amy)
Nurnilam Sari (Awie & Search)
Cinta Sakti (Def Gab C)
Andalusia (M. Nasir)
Ratu Sanubari (Saleem/IKLIM)
Phoenix Bangkit Dari Abu (M. Nasir)

Manis Dalam Pulang (Umie Aida)
Cinta Dewa Dewi (Spider)
Aduh Saliha (Mawi)
Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M. Nasir)
Juwita Citra Terindah (M. Nasir)
Nafas Cahaya (Misha Omar)
Angan dan Sedar (Mawi)
Cinta Zulaikha (Mawi)
Dejavu (Syura)
Ada Masa Mata (Dato' Siti Nurhaliza)
Awan Nano (Hafiz Suip)
Angin Syurga (Misha Omar)


Album Solo

Untuk Pencinta Seni (1979)
S.O.L.O (1988)
Saudagar Mimpi (1992)
Canggung Mendonan (1993)
Srikandi Cintaku (1999)
Phoenix Bangkit (2001)
Sang Pencinta (2006)

Album Kompilasi

Konsert Akar M. Nasir - Manifestasi Akustika (1995)
Terbaik M. Nasir Terbaik (1998)
Prahara Seni Abadi (2001)


Album Lain

Dia Ibu Ku (1981)
Irama M. Nasir (inst) (1982)
Lagu-Lagu Koleksi Kembara (1985)
Lagu-Lagu Koleksi Kembara 2 (1989)
Kembara Koleksi 1 (1991)
Lagu-Lagu Hits Ciptaan Komposer M. Nasir - Berbilang artis (1992)
Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir - Berbilang artis (1992)
Bunyi Yang Dilihat - Karyacipta M. Nasir Vol. 2 - Berbilang artis (1992)
Karya Abadi M. Nasir - Berbilang artis (1993)
Mentor (1994) - Hattan
Yang Terbaik Dari M. Nasir - Berbilang artis (1995)
Masihkah Ingat... Kembara 1981-1985 (1995)
Koleksi Original 2 Kembara (1995)
Sentuhan Ajaib M. Nasir - Berbilang artis (1995)
Konsert Akar M. Nasir - Manifestasi Akustika (1995)
Masihkah Ingat... M. Nasir & Yunizar Hussein (M. N)(1995)
Dua Pencipta Slow Rock (Dedd) (1997)
Gabungan Saleem Iklim & M. Nasir (1998) - Saleem
2 Dalam 1 - Kembara & Perjuangan (1998)
2 Dalam 1 - Duit & Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1998)
Si Fu (1999) - Real
Terimakasih M. Nasir.. Koleksi Klasik (1999)
Koleksi Klasik Kembara (1999)
Sentuhan Berhantu - J. S. Kevin dan M. Nasir - Berbilang Artis (1999)
Si Fu - M. Nasir - 14 Karya Terbaik - Berbilang Artis (2000)
Aku & Mentor (2000) - Hattan
Best of M. Nasir Dengan Kembara (2001)
Prahara Seni Abadi (2001)
Best Of Kembara (2001)
Karya Emas M. Nasir - Berbilang Artis (2002)
Sentuhan Terbaik M. Nasir - Berbilang Artis (2002)
Koleksi Klasik 2 Lagenda Rock - Sweet Charity vs Kembara (2002)
M. Nasir vs Ebiet G. Ade - Penyair Nusantara (2002)
M. Nasir No. 1 "Dulu Dan Kini" (2002)

Album Bersama Kembara

Kembara (1981)
Perjuangan (1982)
Generasiku (1983)
Seniman Jalanan (1984)
1404 Hijrah (1984)
Duit (1985)
Lagu-Lagu Dari Filem Kembara Seniman Jalanan (1986)

Single

Demi Kedamaian (dgn Artis-Artis Polygram)(1980)
Joget Berpantun (suara latar bagi Yunizar Hussein) (1980)
Adam Dan Hawa (suara latar bagi Al Jawaher) (1982)
Perjalanan 2 (duet dgn Al Jawaher) (1982)
Semalam Semalam (suara latar bagi Yunizar Hussein) (1982)
Pada Satu Kedudukan (suara latar bagi Search) (1986)
Sabarlah Sayang (duet dgn Sharifah Aini) (1989)
Kenangan (1992)
Satu Hari Di Hari Raya (1994)
Bersama Berdua (1994)
KepadaMu Kekasih (dgn Hattan & Jamal Abdillah) (1994)
Jikalau Berkasih (1994)
Serumpun Tak Bisa Luroh (dgn Artis-Artis BMG/Sony Music) (1994)
Ghazal Untuk Rabiah (duet dgn Jamal Abdillah) (1995)
Hati Emas (unplugged) (1995)
Musafir Di Aidilfitri (1995)
Dunia Impian Kita (1995)
Ya! Sidi Mustafa (1996)
Tinggalkan Satu Peluru (1996)
Mencari Amerika (duet dgn Dr Wan) (1996)
Ala Canggung (duet dgn Ramlah Ram) (1998)
Salam Dunia (lagu Hari Raya) (2001)
Senandung Sayang (duet dgn Aishah) (2001)
Juwita...(Citra Terindah) (2006)

Filem yang dibintanginya

Kembara Seniman Jalanan (sebagai Bujang/Jebat)
Selubung (sebagai Kamal)
Fenomena (sebagai Hassan)
Balada (sebagai Desa)
Simfoni Duniaku (sebagai Iskandar)
Merah (bertindak sebagai pengarah & pelakon - sebagai Hassan)
Perempuan Melayu Terakhir (Cameo)(sebagai M. Nasir)
Putih (suara Putera Aftus)
Puteri Gunung Ledang (sebagai Hang Tuah)
Magika (sebagai Penunggu Tasik Chini)

Drama TV yang dibintanginya

Hello (1993) Heroin: Tiara Jacquelina & Umie Aida
Salam Taj Mahal (2000) Heroin: Umie Aida

Comments