Cerita John Jerryson




Ini cerita John Jerryson. Ia bukan fiksi atau imaginasi penulis. Tetapi catatan ini adalah pengalaman peribadi John Jerryson. John seorang profesional berusia 46 tahun bekerja di sebuah bank. Tulisan panjangnya adalah tentang dirinya memasuki gerabak hidup ini dengan penuh kekecewaan. Ia berjaya dalam kerjaya tetapi tumpas dalam melunasi kehidupan sebagai seorang manusia yang memiliki cinta, kasih sayang keluarga dan teman-teman.  John berkongsi ceritanya  di sini

Banyak yang dapat ditimba sebagai teladan.  Terima kasih kepada John kerana sanggup berkongsi pengalaman hidupnya untuk manfaat bersama.

Inilah Cerita John Jerryson


“Hai, namaku John. Aku sudah berfikir cukup lama, akhirnya aku menulis hal ini. Aku harus meluahkan semua yang tersimpan di sudut hatiku. Aku seorang jurubank yang berusia 46 tahun dan selama ini ternyata kehidupkanku tidak sebagaimana aku harapkan. Segala mimpiku, keinginanku, sudah hilang. Aku bekerja enam hari seminggu dalam jangka masa selama 26 tahun ini. Aku selalu memilih cara yang selamat  bagi setiap apa yang aku lakukan. Tak kusangka rupa-rupanya tindakan itu telah merubah peribadiku.

Aku dapati isteriku  sudah berlaku curang  sejak 10 tahun terakhir ini. Anakku juga tidak begitu peduli denganku. Aku mula insaf aku tidak hadir pada hari pengkebumian  ayahku tanpa sebarang alasan. Aku gagal untuk menyempurnakan novelku,  mengembara ke seluruh pelosok dunia, membantu yang memerlukan dan tidak berumah. Sedangkan semua itu sebenarnya menjadi apa yang ku idam-idamkan sejak dari usiaku belasan tahun. Kalaulah masa remajaku itu kembali pada saat ini, aku pasti sudah memukul-mukul wajahku sendiri. Aku akan menyesali mengapa semua mimpiku begitu cepat berkecai.

Biarlah aku mulakan dengan diriku ketika berusia 20-an. Masih seperti semalam rasanya ketika aku begitu berhasrat untuk mengubah dunia. Orang-orang di sekitarku amat menyayangiku. Aku juga menyayangi mereka. Aku seorang yang inovatif, kreatif, spontan, berani mengambil risiko dan baik kepada orang lain. Aku hanya memiliki dua impian. Pertama, menulis sebuah buku.

Kedua adalah mengelilingi dunia dan membantu mereka yang memerlukan dan tidak berumah. Aku berkahwin dengan seorang perempuan yang menjadi kekasihku selama empat tahun. Cinta remaja. Cinta yang begitu nyata. Dia menyukai diri yang spontan, energetik dan  mampu membuat orang lain tertawa dan merasa begitu dicintai.

Aku tahu bukuku kelak akan mengubah dunia. Aku akan menjelaskan persepsi yang berbeza tentang apa yang buruk dan berliku, memberitahu pembacaku bahawa setiap orang memiliki cara berfikir yang berbeza dan mereka tidak fikir apa yang dilakukan itu silap. Aku sudah pun menyiapkan sebanyak  70 halaman sejak umur 20 tahun. Ketika itu aku sudah sampai di halaman 70. Dan kini, ketika usia sudah 46 tahun, halamannnya masih tidak berubah.

Ketika usiaku 20 tahun, aku sedah mengembara  ke New Zealand dan Philipina. Aku merancang untuk mengelilingi Asia, Eropah dan kemudian Amerika (aku menetap di Australia) . Ternyata hingga ke saat ini pun, aku tidak pernah lagi pergi ke tempat lain selain New Zealand dan Philipina

Di mana sebenarnya kesilapan ini? Aku menyesali diriku. Aku bukan lagi berusia 20 tahun, Aku anak tunggal. Aku perlu memiliki kehidupan yang stabil. Aku perlu mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusanku.

Aku bekerja dari jam 9 pagi hingga jam 7 malam saban hari. Apa yang sebenarnya aku fikirkan? Apakah itu yang dinamakan hidup? Ketika aku harus bekerja dan hanya mengisi waktu dengan makan malam, membuat persiapan kerja esok hari dan tidur jam 10 malam lalu bangun esok pada jam 6 pagi? Itu yang namanya hidup? Oh Tuhan, aku pun sudah lupa bila kali terakhir aku bersama isteriku.

Semalam isteriku  mengakui telah membohongi aku selama 10 tahun terakhir. 10 tahun! Begitu lama masanya? Tapi aku tak dapat menjelaskan bagaimana perasaanku. Bahkan aku tidak merasa sakit hati. Katanya ia berlaku curang kerana aku telah berubah. Aku tak seperti diriku yang dulu. Lalu apa sebenarnya yang aku lakukan selama 10 tahun terakhir ini? Selain bekerja dan bekerja, aku tidak tahu lagi apa yang sebenarnya aku lakukan. Aku mulai sedar, aku bukanlah suami yang baik seperti orang lain. Aku gagal menjadi diriku sendiri.

Siapa sebenarnya aku? Apa yang terjadi denganku? Seteleh mengetahui kecurangan isteriku, aku hanya membisu. Aku tidak menuntut perceraian. Tidak marah. Tidak menjerir marah kepadanya. Bahkan aku tidak menangis. Aku tidak merasakan apa-apa. Tapi ketika aku menuliskan surat ini aku menangis. Tapi bukan kerana perbuatan isteriku tetapi kesedaranku bahawa  aku merasa benar-benar hampa.

Apa telah terjadi kepada lelaki penuh cinta, gemar mengambil risiko, dan enegetik? Itulah diriku yang berhasrat merubah dunia. Aku masih ingat ketika dihubungi oleh seorang gadis popular d kolejku untuk keluar bersama. Aku menolak kerana aku sudah ada seorang kekasih, itulah isteriku sekarang. Ya tuhan aku cukup popular dalam kalangan gadis di sekolah menengah. Begitu juga di universiti. Aku tetap setia. Aku hanya belajar saban hari.

Masih ingat tentang kembara dan hasrat menulis yang telah aku catatakan? Semua itu  terjadi pada tahun pertama aku di kolej. Aku bekerja separuh masa dan membelanjakan semua pendapatanku. Berbeza sekarang, aku menyimpan semua hasil pendapatanku. Aku sudah lupa bilakah aku berbelanja untuk sesuatu yang menyeronokkan. Atau sesuatu untuk kegunaanku. Apakah yang aku mahukan sekarang?


Ayahku meninggal 10 tahun yang lalu. Aku masih ingat, aku menerima panggilan telefon dari ibuku  memberitahu ayahku semakin tenat . Tapi aku sangat sibuk pada waktu itu terutama untuk mempersiapkan diri bagi kenaikan pangkat. Aku sudah tidak menemui ayahku selama 15 tahun. Aku sering menangguhkan kunjungan menziarahi ayahku. Aku berharap ia akan beransur sembuh. Ia meninggal dan aku dinaikkan pangkat.

Setelah ayahku pergi, aku sering berkata kepada diriku tidak ada masalah kalaupun aku tak datang menjenguknya. Apa yang sebenarnya kufikirkan? Semua kuambil secara rasional.  Semuanya kubuat menjadi mungkin. Aku memutuskan bahawa tugasku menjaga keselamatan kewangan lebih penting dari segalanya.

Sekarang aku sedar, semua ini tidak benar. Aku menyesali banyak hal yang tidak dapat aku lakukan padahal aku masih memiliki kemampuan. Aku menyesal karena pekerjaanku sudah mengambil alih seluruh hidupku. Aku suami yang teruk. Aku hanyalah mesin pencari wang.

Sekarang aku menyesal karena gagal menyempurnakan novelku. Tidak mengelilingi dunia seperti yang kuimpikan. Tidak pernah menjadi ayah yang sentiasa memberi waktu untuk anaknya. Aku bagaikan dompet tebal yang tidak memiliki rasa..

Jika kalian membaca tukisan ini dan sedang memikirkan masa depan kalian, kuharap jangan menangguhkan apapun. Jangan tangguhkan mimpi-impi kalian. Percayalah pada kebolehan diri.

Lakukanlah sesuatu selagi untuk dirimu ketika masih muda. Jangan cepat merasa selesa. Jangan lupakan teman-teman dan keluarga terbaikmu. Jangan sia-siakan hidupmu seperti yang kulakukan. Kumohon jangan…

Maaf kerana terlalu panjang catatan ini . Sekarang aku merasa sangat hampa, tua dan  lelah….


Comments