Seni Warisan : Melagukan Syair


Syair bersumber dari kesusasteraan Arab dan tumbuh memasyarakat pada sekitar abad ke 13, siring dengan masuknya agama Islam ke Nusantara. Sayir memiliki empat baris dalam setiap rangkap. Setiap barisnya pula mempunyai empat patah perkataan dalam sebaris.
Setiap baris mempunyai antara 8 hingga 12 suku kata. Dalam syair, semua baris merupakan isi syair,. Dari aspek rima akhirnya pula syair memiliki pola rima akhir yang sekata iaitu aaaa.

Syair  biasanya terangkai sebagai sebuah cerita. Jadi, apabila orang akan bercerita, syair adalah pilihan yang tepat. Cerita yang dikemas dalam bentuk syair biasanya bersumber dari mitologi, sejarah, atau cerita rekaan pengarangnya. Ini bermakna syair terdiri dari banyak rangkap yang mana setiap rangkap menampilkan isi  cerita yang berbeza.

Perhatikan petikan Syair Siti Zubaidah Perang China ini :

Baik parasnya bukan kepalang
Tubuhnya seperti emas cemerlang
Cahaya durjanya gilang-gemilang
Jika ditentang bagaikan hilang

Lemah lembut manis berseri-seri
Majlisnya tidak lagi terperi
Parasnya seperti anakan peri
Tiada berbanding di dalam negeri

Bertambahlah arif bijak laksana
Bijak bestari akal sempurna
Sifatnya lengkap tujuh laksana
Tiada berbanding barang di mana

Jikalau dicari dengan makrifat
Cukup kepadanya serba empat
Habis kepada sempurna sifat
Bandingnya itu sukar mendapat

Rambutnya panjang hitam lebatnya
Kening beralit dengan hitamnya
Mata hitam sangat hitamnya
Bulu matanya lentik sangat eloknya

Hidungnya mancung lehernya jijang
Pinggangnya ramping dadanya bidang
Loknya elok sederhana sedang
Sedap manis mata memandang

Puteri Zubaidah konon namanya
Patutlah nama dengan rupanya
Di negeri Irak sangat mashurnya
Seorang pun tiada tolok bandingnya


Syair yang cukup terkenal yang merupakan khazanah sastera Nusantara, misalnya Syair Perahu karya Hamzah Fansuri, Syair Singapura Terbakar karya Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi, Syair Bidasari, Syair Abdul Muluk, Syair Ken Tambunan, Syair Burung Pungguk, dan Syair Yatim Nestapa.

Melagukan Syair

Ciri utama penyampaian atau bacaan syair ialah ia dilagukan. Terdapat beberapa irama syair untuk dilagukan dalam bacaan antaraanya : Irama Selendang Delima, Irama Dandan Setia, Irama Narasi, dan sebagainya.

Irama Selendang Delima adalah irama yang lebih dikenali kerana irama ini tersebar luas melalui radio khasnya melalui rancangan Bangsawan Di Udara terbitan Radio Malaya yang dipancarkan dari Singapura pada zaman-zaman sebelum merdeka. Namun begiru irama lain seperti syair rakis, kapal dan sebagainya perlu diperkenalkan. Ini menandakan bahawa dalam melagukan syair ia bukan tertumpu kepada satu irama semata-mata. Syair masih boleh divariasikan dengan pelbagai irama lagu bacaannya. Inilah keindahan yang terkandung dalam seni warisan syair.

Amat wajar irama syair ini dikembangkan dan diwarisi oleh generasi muda sekarang. Bahan sastera telah pun dikaji oleh para pelajar di sekolah bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kemahiran melagukan syair ini perlu dikembangkan untuk menimbulkan minat dan keseronokan pelajar mengkaji karya sastera. Kita harus membawa alam sastera seadanya kepada alam pelajar agar mereka boleh menguasai seni warisan syair ini dengan sempurna.

Irama Selendang Delima (Syair Selendang Delima)

Syair Selendang Delima

Syair Irama Selendang Delima


Syair Siak Pusaka Dalam Irama Selendang Delima


Irama Rakis (Syair Rakis)

Syair Rakis

Syair Rakis


Syair Sultan Sulaiman Irama Rakis

Syair Narasi

Syair Tajul Muluk Irama Narasi

Syair Perpaduan Irama Narasi


Irama Siti Zubaidah

Syair Siti Zubaidah


Syair Kapal

Syair Kapal


Syair Dandan Setia/ Irama Dandan Setia

Syair Dandan Setia

Syair Rawi

Syair Rawi

Semoga dengan pengenalan ini, kita akan lebih mencintai syair sebagai khazanah seni warisan bangsa.

Comments

  1. informasi yang sangat banyak dan bermakna! terima kasih :)

    ReplyDelete

Post a Comment