Piiacuf @ Putrajaya




Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACUF2014) bakal kembali buat kali kedua di Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya dari 30 Oktober - 2 November 2014 dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. Festival bertemakan "Keajaiban Dunia Islam" selaras dengan matlamat bagi menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baharu.

Masuk adalah PERCUMA !!!

Saksikan dokumentari khas sempena PIIACUF pada 23 Oktober hingga 5 November 2014 jam 8.30 malam hanya di TV AlHijrah saluran 114

• Malay Daggers (23 Oktober 2014)
• The Steel From Jurusalem (24 Oktober 2014)
• Chinese Martial Arts/Kungfu Islam (25 – 30 Oktober) (6 episod)
• Fajar Iman di Bumi Nihon (31 oktober – 5 November 2014) (6 episod)



Putrajaya Anjur Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa
October 17, 2014
Shazuein Azmaini

PUTRAJAYA – Selaras usaha menjadikan Putrajaya pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baharu, pusat pentadbiran kerajaan sekali lagi bakal mengadakan Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa.

Berlangsung dari 30 Okt hingga 2 Nov, festival bertema ‘Keajaiban Dunia Islam’ itu bakal diserikan dengan 200 program dan aktiviti menarik.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan berkata sokongan yang diterima daripada kedutaan asing dan penyertaan negara luar merupakan satu pengiktirafan kepada negara.

“Negara luar yang akan mengambil bahagian termasuk Kyrgyztan, Mesir, Oman, Palestin dan Yaman,” katanya dalam majlis prapelancaran festival itu di sini pada Khamis.

Adnan berkata antara pengisian festival ialah Pameran Keajaiban Dunia Islam, Pameran Al-Aqsa, Forum Islam Antarabangsa, Selawat Bersama Habib Syech Assegaf, Pertunjukan Fesyen Muslimah dan Ekspo Buku Islam Antarabangsa. – BERNAMA

felda voice


DUA RATUS PROGRAM DAN AKTIVITI PERCUMA BAKAL MENYERIKAN PUTRAJAYA INTERNATIONAL ISLAMIC ARTS & CLUTURE FESTIVAL (PIIACUF 2014)


Thursday 16/10/2014


PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) -- Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsaa Putrajaya 2014 (PIIACuF 2014) bakal kembali buat kali kedua di Dataran Putrajaya, Presint 3 Putrajaya dari 30 Oktober – 2 November 2014 dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap hari. Anjuran Perbadanan Putrajaya, festival bertemakan “Keajaiban Dunia Islam” selaras dengan matlamat bagi menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kesenian dan kebudayaan Islam alaf baharu.

Soft launch PIIACuF 2014 pada 16 Oktober 2014 di Perbadanan Putrajaya disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri Adnan bin Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan disaksikan oleh YBhg Tan Sri Dato Seri (Dr) Aseh bin Hj Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya dan dif-dif kehormat di antaranya yang terdiri daripada duta-duta dari Negara Islam yang mengambil bahagian dalam festival ini.

Pada Majlis soft launch PIIACuF 2014 telah diumumkan pengisian utama festival seperti Pavilion Antarabangsa, Pameran ‘Keajaiban Dunia Islam’, Pameran Al Aqsa: Forms of the Doa, Forum Islam Antarabangsa, Forum Perdana Ehwal Islam, Selawat bersama Habib Syech Assegaf, Konsert Journey of Nur 2.0 – Gema Timur Jauh, Pertunjukan Fesyen Muslimah, Ekspo Buku Islam Antarabangsa serta jadual program bagi 4 hari penganjuran PIIACuF 2014 yang mencecah lebih daripada 200 program dan aktiviti harian untuk pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira usia, bangsa atau agama. Penyertaan adalah PERCUMA.

Penglibatan negara-negara luar, jabatan dan agensi Kerajaan, NGO dan pihak swasta tahun ini adalah amat memberangsangkan. Di antaranya adalah Yemen, Kyrgyztan, Mesir Oman, Palestine, Indonesia, Iran, Malaysia, Terengganu, Johor, Kelantan, World Craft Council-Asia Pacific Region dan Persatuan Seni Khat Kebangsaan. Manakala bagi pameran-pameran, pihak Perbadanan Putrajaya berkerjasama dengan Jabatan Muzium Malaysia dan Balai Seni Visual Negara serta beberapa galeri swasta.

Ucaptama Forum Islam Antarabangsa pada 31 Oktober 2014 akan disampaikan oleh YABhg Tun Mahathir Mohamad manakala panel penceramah dari dalam dan luar negara adalah dari kalangan nama-nama tersohor dalam bidang masing-masing.

Konsert Journey of Nur 2.0 – Gema Timur Jauh pada 1 November 2014 akan menampilkan barisan artis terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Mawi, Hafiz Hamidun, Sharifah Khasif, Lah Ahmad, Nazrey Johani dan Brotherz.

Pada tahun lalu, festival ini telah menerima 250,000 pengunjung sepanjang festival berlangsung dan mendapat tontonan sebanyak 5,000,000 penonton dari seluruh negara melalui siaran langsung dan rakaman program yang disiarkan oleh TV Alhijrah Saluran 114 iaitu rakan penyiar rasmi PIIACuF 2013.

Pada tahun ini sempena PIIACuF 2014, 14 episod dokumentari khas mengenai PIIACuF, Kungfu Islam serta Fajar Iman di Bumi Nihon di TV Alhijrah saluran 114 akan ditayangkan pada setiap malam jam 8.30 malam bermula dari 23 Oktober sehingga 5 November 2014 bagi mempromosi festival dan juga memaparkan kesenian dan kebudayaan Islam di Malaysia, China dan Jepun.

Untuk jadual program dan aktiviti, dan sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web: www.ppj.gov.my atau www.piiacuf.com atau hubungi urus setia Rozimah Wahid di talian 03-8887 7033.

SUMBER: Perbadanan Putrajaya

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
NAMA: TENGKU AINA BINTI TENGKU ISMAIL SHAH
SEKRETARIAT PIIACUF 2014
TEL : 03-8887 7152 / 7033
FAKS : 03-8887 5013

--BERNAMA

bernama


Pengisian utama Piiacuf 2014

Pavilion Antarabangsa
Pameran 'Keajaiban Dunia Islam'
Pameran Al Aqsa : Forms of the Doa
Forum Islam Antarabangsa - disampaikan oleh YABhg Tun Mahathir Mohamad dan panel penceramah dari dalam dan luar negara (31 Oktober 2014)
Forum Perdana Ehwal Islam
Selawat Bersama Habib Syech Assegaf
Konsert Journey of Nur 2.0 - Gema Timur Jauh - menampilkan barisan artis terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza, Mawi, Hafiz Hamidun, Sharifah Khasif, Lah Amad, Nazrey Johani dan Brotherz (1 November 2014)
Pertunjukan Fesyen Muslimah
Ekspo Buku Islam Antarabangsa













Comments

Post a Comment