Impresionisme : Antara Warna dan Cahaya

Karya seni impresionisme
RASDAN AHMAD
12 Oktober 2014 


BOULEVARD Montmarte oleh Camille Pissaro.

IMPRESIONISME merupakan salah satu aliran seni terpenting menjelang abad ke-19 dan disifatkan ramai sebagai perintis kerana kaedah mereka berkarya berbeza daripada pendekatan konvensional seni lukis.

Pada mulanya, karya-karya impresionisme ditolak kerana dikatakan karya-karya yang belum siap. Ini ekoran daripada pendekatan sapuan berus yang begitu spontan dalam merakamkan subjek-subjek, sama ada figura mahupun landskap.

Kerana perbezaan dengan stail akademik dan konvensional yang disanjungi orang kenamaan, maka karya-karya impresionis itu disifatkan sebagai satu revolusi dalam seni.

Impresionisme lahir sebagai suatu istilah bagi menamakan sekumpulan pelukis itu yang berkarya dengan menggunakan stail yang sama di kota Paris sekitar tahun 1872-1882.

Nama gaya ini berasal daripada tajuk lukisan Claude Monet, Impression, soleil levant ("Impression, Sunrise", "Tanggapan, Terbit matahari"), yang menyebabkan pengkritik seni, Louis Leroy, mencipta istilah itu dalam sebuah ulasan satira dalam akhbar Paris, Le Charivari.

Ciri-ciri lukisan impresionisme termasuk coretan kecil, nipis dan yang dapat dilihat, gubahan terbuka, penekanan pada gambaran tepat cahaya yang berubah-ubah (sering kali menyerlahkan kesan peredaran masa).

Bukan itu sahaja, ciri lain seni lukis ketika era ini juga turut menunjukkan tentang subjeknya yang biasa, penyelitan pergerakan sebagai unsur penting pengalaman dan pencerapan manusia, dan sudut pandang yang luar biasa.

Perkembangan impresionisme dalam seni tampak diikuti oleh gaya seakan dalam media lain seperti muzik (muzik impresionisme) dan kesusasteraan.

Umumnya, kecenderungan para pelukis ini adalah merakam impresi dan kesan tampak yang bersifat sementara. Subjek mereka adalah warna dan cahaya.

Seniman impresionisme pada awalnya diinspirasi oleh teori-teori Eugene Delacroix yang mula merasakan ketidakpuasan terhadap perkembangan seni akademi pada masa itu yang terlalu mengikut konsep mazhab seni lukis klasik.

Ia berpendapat bahawa lukisan tidak selamanya dibentuk dengan pengolahan garis secara berlebihan seperti dikembangkan oleh orang Inggeris selama bertahun-tahun.

Sebaliknya pengolahan bidang-bidang warna dengan penuh perhitungan akan menghasilkan bentuk lukisan yang tidak kalah menariknya.

Kemudian beberapa pelukis secara radikal melanggar aturan-aturan pakar akademik dalam menghasilkan lukisan. Lukisan ini tidak lagi berkonsepkan pada bentuk secara terperinci dengan mementingkan kepada garis.

Sebaliknya, suasana diwujudkan dengan menangkap kesan (impresi) cahaya yang ditangkap sekilas oleh mata. Akibatnya bentuk objek menjadi lebih sederhana, tidak seperti lukisan naturalisme atau realisme.

Pelukis-pelukis ini mengkaji bagaimana warna berubah mengikut masa pada satu-satu masa dan suasana, serta bagaimana cahaya mengubah permukaan dan ruang. Seni foto dan seni cetak potongan kayu Jepun adalah antara pengaruh-pengaruh luar yang wujud dalam impresionisme.

Karya-karya impresionisme umumnya merakamkan landskap dan figura manusia. Agak berbeza daripada seni lukis sebelum mereka, landskap-landskap impresionisme banyak menggambarkan gaya hidup moden seperti suasana kota, stesen kereta api, jalan raya, pelabuhan serta suasana perkelahan.

Kecenderungan ini mencerminkan minat baru dalam seni yang seolah-olah menggambarkan suatu keghairahan terhadap dunia dan budaya moden serta kemajuan industri. Faktor ini menjadi sebahagian daripada hujah bahawa impresionisme sebagai perintis seni moden.

Antara pelukis-pelukis utama impresionisme ialah Manet, Monet, Degas, Renoir, Caillebotte dan Pissarro.

utusan online

Impresionisme

Impresionisme ialah satu pergerakan seni kurun ke-19 yang berasal daripada sekumpulan pelukis Paris. Pameran berdikari lukisan dan seni mereka mengetengahkan mereka pada tahun 1870 dan 1880-an mahupun mereka menghadapi kritikan keras daripada masyarakat seni konvensional Perancis.

Nama gaya ini berasal daripada tajuk lukisan Claude Monet, Impression, soleil levant ("Impression, Sunrise", "Tanggapan, Terbit matahari"), yang menyebabkan pengkritik seni, Louis Leroy, mencipta perkataan itu dalam sebuah ulasan satira dalam akhbar Paris, Le Charivari.

Ciri-ciri lukisan Impresionisme termasuk coretan kecil, nipis dan yang dapat dilihat, gubahan terbuka, penekanan pada gambaran tepat cahaya yang berubah-ubah (sering kali menyerlahkan kesan peredaran masa), subjeknya yang biasa, penyelitan pergerakan sebagai unsur penting pengalaman dan pencerapan manusia, dan sudut pandang yang luar biasa. Perkembangan Impresionisme dalam seni tampak diikuti oleh gaya seakan dalam media lain seperti muzik (muzik Impresionisme) dan kesusasteraan.


Armand Guillaumin (1841–1927), Sunset at Ivry (Soleil couchant à Ivry) 1873, 
Musee d'Orsay

Edgar Degas, Dancers at The Bar, 1888, 
The Phillips Collection, Washington, D.C.

Paul Cezanne, Jas de Bouffan, 1876, 
Hermitage Museum, St Petersburg, Russia



Comments