Budi dan Jasa Tun Dr Mahathir Mohamed




Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang


Demikian ungkap pantun Melayu berkait budi dan  jasa
Semua itu tidak mudah terhapus dan terhakis oleh ingatan
Budi dan jasa akan bergantung segar dalam kelopak kenangan
dan sering menjadi sebut-butan
meniti hangat tanpa terusik oleh gerak masa

Foto di bawah ini lebih membawa keharuan
Terharu atas puji dan sanjung
bukan kerana untuk memuji memuja
tetapi atas ikhlas dan tulus
mengenang segenap
manis budi indah bakti
yang diberikan terhadap insan

Bacalah dengan keinsafan
kerana yang berjasa yang  berbakti
ada  tempat terindah di sudut hati
Tak siapa boleh menolak
atau menafikan
kerana budi dan jasa
hanya hati yang menilaikan

Terima kasih untuk pemimpin ternama
Tun Dr Mahathir Mohamed

Budi dan jasa
sentiasa terpahat
bukan sekadar di sanubari rakyat negara ini
tapi mengimbau ke negeri-negeri jauh
segala manis dan indah budi
dikenal dan dituturkan
meski buat mereka yang tak pernah mengenali





Ucaplah terima kasih
kepada yang pernah berjasa dan berbakti
sebagai tanda hormat akan
budi dan jasa

Usah mudah pesona dengan segenap putar lidah
kita harus berfikir dengan akal
yang membiak dalam minda sendiri



Comments

  1. banyak jasa ditaburi oleh Tun kepada Malaysia.Kalaulah dia boleh menjadi PM kita selamanya..kan lebih baik..

    ReplyDelete
  2. Insan hebat yang tiada gantinya..

    ReplyDelete
  3. one of Malaysia's finest politician :D

    ReplyDelete

Post a Comment