Al-Fatihah : Perginya Tokoh Sastera Melayu



PM, TPM sifatkan kehilangan tokoh karyawan ulung
21 Oktober 2014

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemergian Allahyarham Tan Sri Prof Dr Ismail Hussein sebagai satu kehilangan besar seorang tokoh karyawan dan pendita ulung kepada negara.

"Takziah kepada keluarga Dr Ismail yang kembali ke rahmatullah. Moga ditempatkan antara yang beriman," katanya dalam tweet terbaharu beliau hari ini.

Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) itu meninggal dunia kira-kira pukul 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya akibat sakit tua.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Allahyarham Dr Ismail sebagai seorang yang tegas dalam usahanya memartabatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu.

"Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang amat dedikasi, tenang dan berhemah," katanya dalam satu kenyataan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang Allahyarham menerajui Gapena, banyak usaha dan kejayaan dicapai untuk memartabatkan kesusasteraan dan bahasa Melayu serta perpaduan bangsa yang mengisi agenda perjuangan persatuan tersebut.

"Malahan tidak ada sesiapa pun dapat nafikan ketinggian ilmu dan segala jasa serta pengorbanan beliau dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu," katanya.

Muhyiddin berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada negara kerana beliau merupakan seorang tokoh kesusasteraan Melayu yang amat disegani dan pemergiannya sudah tentu dirasai oleh keluarga, rakan-rakan serta yang mengenali diri beliau.

"Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah supaya mencucuri rahmat-Nya dan semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan para solihin. Al-Fatihah," katanya.

Jenazah Dr Ismail, 82, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan. - Bernama

sinar harian



Al Fatihah: Tokoh sastera Melayu, Ismail Hussein meninggal dunia
21 Oktober 2014


Mantan Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua.

Ismail berusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata Ismail merupakan seorang tokoh di bidang kesusasteraan Melayu di negara ini.

"Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang lemah lembut dan selalu menghulurkan pertolongan kepada orang lain.

"Manakala dari sudut kepimpinan, beliau adalah seorang pemimpin yang berjaya membawa Gapena sehingga terkenal dalam memperjuangkan bidang kesusasteraan dan budaya Melayu di negara ini," katanya.

Allahyarham yang juga mantan Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Jan 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16, Petaling Jaya, 10 pagi esok dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira 11 pagi Selasa.

Beliau dilahirkan di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah pada 30 Januari 1032.

Bapanya pedagang kecil, abangnya Abdullah menjadi pengarang yang diangkat sebagai Sasterawan Negara, manakala adiknya DatoƂ’ Ibrahim mengembang sebagai pelukis antarabangsa.

Mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, kemudiannya di Sekolah St Michael, Alor Setar, Kedah sebelum berpindah ke Maktab Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1955 Universiti Malaya telah menerima beliau untuk mengikuti jurusan Pengajian Melayu dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama pada tahun 1959 dan Ijazah Sarjana pada tahun 1961. Sejurus tamat pengajian beliau melanjutkan pengajian di Universiti Leiden hingga tahun 1964.

Menjadi pensyarah di Universiti Malaya sejak 1960 dan telah dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan Melayu pada tahun 1971. Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan kemudiannya sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 1978 hingga 1984.

Pada tahun 1987 beliau telah menjadi Pengarah Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat di sana hingga 1993.

Beliau dilantik menjadi Ketua Satu GAPENA sejak ditubuhkan lagi pada 23 Oktober 1970.

Antara bibliografi beliau ialah Kepimpinan dalam Kebudayaan (1984); Cita-Cita dan Perjuangan (1987); Segugus Pandangan dan Harapan (1988); Antara Politik dan Sastera (1989); Statements on Malay Language and Literature (1989); Melayu Akhbar (1989); Tamadun Melayu (1989); Antara Dunia Melayu dan Dunia Kebangsaan (1990); Jejak Langkah Ismail Hussein (1993); Kumpulan Makalah Memperingati Persaraan Ismail Hussein (1994); Pengajian Melayu di Dunia Melayu (1994); Dunia Melayu dan Dunia Indonesia (1995) dan Bahasa Melayu di Dunia Melayu (1995).

Dokumen-dokumen peribadinya terutama yang berhubungan dengan kegiatan Dunia Melayu tersimpan dalam Koleksi Khas di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Alor Setar.-21/10/2014

 agenda daily

Bekas Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Tan Sri Ismail Hussein meninggal dunia kira-kira jam 9.36 malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dipercayai akibat sakit tua.

Ismail berusia 82 tahun, meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Rugayah Abdul Rashid dan empat anak - dua lelaki dan dua perempuan.

Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latif Abu Bakar berkata Ismail merupakan seorang tokoh di bidang kesusasteraan Melayu di negara ini.

"Sepanjang mengenali Allahyarham, beliau merupakan seorang yang lemah lembut dan selalu menghulurkan pertolongan kepada orang lain.

"Manakala dari sudut kepimpinan, beliau adalah seorang pemimpin yang berjaya membawa Gapena sehingga terkenal dalam memperjuangkan bidang kesusasteraan dan budaya Melayu di negara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham yang juga bekas Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dilahirkan pada 30 Jan 1932 di Kampung Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dan menerajui Gapena bermula 1971 hingga 2013. - BERNAMA

berita harian

Comments