perlukah ada kata-kata


perlukah ada kata-kata
- buat adik yang berjuang

perlukah ada kata-kata
memberi semangat membakar dupa harap
nyalakan pelita 
sebelum malam menutup
 
kita tiada pilihan
berhadap gelombang 
berhadap gelap malam
dan hembus angin yang tajam
 
setiap yang pergi
tak pernah berulang datang
intailah hari depan
meski dalam gelap panjang
usah cepat mencari noktah
harga dirimu perjuanganmu
 
perlukah ada kata-kata
diamlah bersama malam
esok masih banyak menunggu
jawapan dari setiap pertanyaan
 
biar pelita bernyala
biar dupa mengharum jauh
kerana semua itu membuat kau mengerti
lebih dari  kata-kata
 
 
 
 



Comments