Menatap Buah Rindu



 Di bawah ini beberapa puisi yang termuat dalam antologi Buah Rindu karya Amir Hamzah



CEMPAKA

Cempaka, aduhai bunga penghibur lara
tempat cinta duduk bersemayam
sampaikan pelukku, wahai kusuma
pada adinda setiap malam.

Sungguh harum sedap malam
sungguh pelik bunga kemboja
tetapi tuan, aduhai pualam
pakaian adinda setiap masa.

Sungguh tak kelihatan ia berbunga
cempaka tersembunyi dalam sanggul
tetapi harumnya, aduhai kelana
di dalam rambut duduk tersimpul.


Amat bersahaja cempaka bunga
putih arona, hijau nen tampuk
pantas benar suntingan adinda
terlebih pula di sanggul duduk.

Amir Hamzah


PURNAMA RAYA

Purnama raya
bulan bercahaya
amat cuaca
ke mayapada

Purnama raya
gemala berdendang
tuan berkata
naiklah abang

Purnama raya
bujang berbangsi
kanda mara
memeluk dewi

Purnama raya
bunda mengulik
nyawa adinda
tuan berbisik.

Purnama raya
gadis menutuk
setangan kuraba
pintu diketuk

Purnama raya
bulan bercengkerama
beta berkata
tinggallah nyawa

Purnama raya
kelihatan jarum
adinda mara
kanda dicium

Purnama raya
cuaca benderang
permata kekanda
pulanglah abang...

Amir Hamzah



BUAH RINDU 1

Dikau sambur limbur pada senja
dikau alkamar purnama raya
asalkan kanda bergurau senda
dengan adinda tajuk mahkota.

Dituan rama-rama melayang
didinda dendang sayang
asalkan kandaa selang-menyelang
melihat adinda kekasih abang.

Ibu, seruku ini laksana pemburu
memikat perkutut di pohon ru
sepantun swara laguan rindu
menangisi kelana berhati mutu.

Kelana jauh duduk merantau
di balik gunung dewala hijau
di Seberang laut cermin silau
Tanah Jawa mahkota pulau...

Buah kenanganku entah ke mana
lalu mengembara ke sini sana
haram berkata sepatah jua
ia lalu meninggalkan beta.

ibu, lihatlah anakmu muda belia
setiap waktu sepanjang masa
duduk termenung berhati duka
laksana Asmara kehilangan seroja.

Bonda waktu tuan melahirkan beta
pada subuh kembang cempaka
adakah ibu menaruh sangka
bahawa begini peminta anakda?

Wah kalau begini naga-naganya
kayu basah dimakan api
aduh kalau begini laku rupanya
tentulah badan lekaslah fani.

Amir Hamzah


BUAH RINDU 2

Datanglah engkau wahai maut
lepaskan aku dari nestapa
engkeu lagi tempatku berpaut
di waktu ini gelap gulita.

Kicau murai tiada merdu
pada beta bujang Melayu
himbau pungguk tiada merindu
dalam telinganku seperti dahulu.

Tuan aduhai mega berarak
yang meliputi dewangga raya
berhentilah tuan di atas teratak
anak langkat musafir lata.

Sesaat sekejap mata beta berpesan
padamu tuan aduhai awan
arah menatah tuan berjalan
di negeri manatah tuan bertahan?

Sampaikan rinduku pada adinda
bisikkan rayuanku pada juita
liputi lututnya muda kencana
serupa beta memeluk dia.

Ibu, konon jauh tanah Selindung
tempat gadis duduk berjuntai
bonda hajat hati memeluk gunung
apatah daya tangan tak sampai.

Elang, Rajawali burung angkasa
turunlah tuan barang sementara
beta bertanya sepatah kata
adakah tuan melihat adinda?

mega telahku sapa
mergastua telahku tanya
maut telahku puja
tetapi adinda manatah dia!

Amir Hamzah






 


BUAH RINDU 3

Puspa cempaka kanda kirimkan
pada arus lari ke laut
akan duta kanda jadikan
pada adinda kasih terpaut.

Teja bunga seroja dalam taman
kemala hijau di atas mahkota
orang berikan pada kekanda
tiada kuambil kerana tuan.

Adakah gemerlapan bagi kemala
adakah harum lagi seroja
pada beta tumpuan duka
sebab tuan lalu mengembara.

Tuan lalu tiada berkata
haram sepatah sepantun duli
kanda tinggal penuh wangsangka
pilu belas di dalam hati.

Hatiku rindu bukan kepalang
dendam beralik berulang-ulang
air mata bercucur selang-menyelang
mengenangkan adik kekasih abang.

Diriku lemah anggotaku layu
rasakan cinta bertalu-talu
kalau begini datangnya selalu
tentunya kekanda berpulang dahulu.

Tinggalah tuan, tinggalah nyawa
tinggal juita tajuk mahkota
kanda lalu menghadap dewata
bertelut di bawah cerpu Maulana.

Randa pohonkan tuan selamat
ke bawah kaus dewata rahmat
moga-moga tuan hendaklah mendapat
kesukaan hidup ganda berlipat.

Amir Hamzah


BUAH RINDU 4

Kalau kekanda duduk menyembah
duli dewata mulia raya
kanda pohonkan untung yang indah
kepada tuan wahai adinda.

Randa puja dewa asmara
merestui remaja adik kekanda
hendaklah ia sepanjang masa
mengasihi tuan intan kemala

Anak busurnya kanda gantungi
dengan seroja suntingan hauri
badannya dewa kanda lengkapi
dengan busur sedia di jari.

Sudah itu kanda pun puja
dewata mulia di puncak angkasa
memohonkan rahman beribu ganda
ia tumpahkan kepada adinda.

Tinggallah tuan, tinggallah nyawa
sepanjang hari segenap masa
fikiran kanda hanyalah kemala
dilindungi Tuhan Maha Kuasa.

Baik-baik adindaku tinggal
aduhai kekasih emas tempawan
kasih kanda demi Allah kekal
kepada tuan emas rayuan ….

Kalau mega berarak lalu
bayu berhembus sepoi basah
ingatlah tuan kanda merayu
mengenangkan nasib salah tarah.

Kalau hujan turun rintik
laksana air mata jatuh mengalir
itulah kanda teringatkan adik
duduk termenung berhati khuatir.



TUHANKU APATAH KEKAL?

Tuhanku, suka dan ria
gelak dan senyum
tepuk dan tari
semuanya lenyap, silam sekali.

Gelak bertukar duka
suka bersalinkan ratap
kasih beralih cinta
cinta membawa wangsangka...

Junjunganku apatah kekal
apatah tetap
apakah tak bersalin rupa
apatah baka sepanjang masa...

Bunga layu disinari matahari
makhluk berangkat menepati janji
hijau langit bertukar mendung
gelombang reda di tepi pantai.

Selangkan gagak beralih warna
semerbak cempaka sekali hilang
apatah lagi laguan kasih
hilang semata tiada ketara...

Tuhanku apatah kekal?

Amir Hamzah

 


BUAH RINDU

Himpunan puisi Amir kedua, Buah Rindu, diterbitkan dalam Poedjangga Baroe edisi bulan Jun 1941, dan kemudiannya diterbitkan sebagai buku oleh Poestaka Rakjat pada lewat tahun yang sama. Koleksi ini mengandungi dua puluh lima buah puisi berjudul dan sebuah kuatrin yang tidak berjudul; satu daripadanya, "Buah Rindu", terdiri daripada empat bahagian, sementara satu lagi, "Bonda", mengandungi dua bahagian. Sekurang-kurangnya sebelas daripada karya yang terkandung dalam himpunan ini sudah diterbitkan dahulu, sama ada dalam Timboel atau Pandji Poestaka. Kendatipun himpunan ini diterbitkan selepas penerbitan Nyanyi Sunyi, anggapan umum adalah himpunan ini ditulis lebih awal. Puisi-puisi dalam Buah Rindu bertarikh antara tahun 1928 dan 1935, iaitu pada waktu awal Amir di Jawa; himpunan ini menyatakan kedua-dua tahun tersebut dan juga lokasi penulisannya di Jakarta–Solo (Surakarta)–Jakarta.

Teeuw menulis bahawa koleksi ini disatukan dengan perasaan kerinduan, dan pendapat ini dikembangkan HB Jassin: kerinduan untuk ibunya, kerinduan kekasih-kekasihnya, (di Sumatera dan Jawa), dan kerinduan kampung halamannya. Semua dirujuk sebagai "kekasih". Teeuw juga menulis bahawa kerinduan ini tidak seperti perasaan keagamaan terpendam yang terdapat dalam Nyanyi Sunyi : perasaan kerinduan ini lebih bersifat duniawi, dan bertapak dalam kenyataan; HB Jassin memerhatikan satu lagi perbezaan tema antara kedua-dua himpunan: tidak macam Nyanyi Sunyi dengan gambaran jelasnya tentang satu tuhan, Buah Rindu secara tersurat menampilkan beberapa dewata, termasuk dewa Hindu Shiva dan Parvati, dan dewata mujarad seperti dewa dan dewi cinta.

wikipedia

Ulasan Puisi Buah Rindu

Setelah Nyanyi Sunyi (1937), Amir Hamzah menerbitkan kembali kumpulan puisinya berjudul Buah Rindu (1941). Meskipun buku ini terbit lebih belakangan daripada Nyanyi Sunyi, proses penulisan puisi dalam antologi ini lebih awal dibanding penulisan puisi di antologi Nyanyi Sunyi.

Tema puisi-puisi dalam antologi ini rupanya masih dekat dengan Nyanyi Sunyi. Melalui puisi di Buah Rindu, Amir Hamzah dengan khas menuliskan keterasingan dan kesepiannya. Puisi-puisi dalam antologi ini, menurut Harry Aveling (2002:163), merupakan gambaran hubungan cinta dalam arti luas. Ada hubungan cinta antara ibu dan anak, laki-laki dan perempuan, yang kemudian bercampur dengan pujaan terhadap bermacam dewa-dewa, asmara, dan Tuhan.

Tanggapan perasaan puisi Amir Hamzah terhadap perempuan dalam antologi ini juga bermacam-macam. Kadang Amir Hamzah mengungkapkannya dengan nada bermain-main, kadang nostalgik, kadang dengan nada marah, dan kadang pula melindungi. Ungkapan tersebut barangkali bersesuaian, baik sengaja maupun tidak, dengan kondisi batin Amir Hamzah yang galau dan peristiwa di balik penciptaan puisi-puisi tersebut. Kita bisa lihat beberapa larik-larik sajak Amir Hamzah yang memperlihatkan kepedihan dan kemarahannya pada perempuan dalam puisi “Kusangka” berikut ini.

Kusangka cempaka kembang setangkai
Rupanya melur telah diseri ….
Hatiku remuk mengenangkan ini
Wasangka dan was-was silih berganti.

Kuharap cempaka baharu kembang
Belum tahu sinar matahari ….
Rupanya teratai patah kelopak
Dihinggapi kumbang berpuluh kali.

Kupohonkan cempaka
Harum mula terserak ….
Melati yang ada
Pandai tergelak ….

Buah Rindu menggambarkan kerinduan sebagaimana bisa ditangkap dari judul buku ini. Tema-tema kerinduan itu memang lazim digarap para penyair Indonesia sebelum perang kemerdekaan. Melalui perasaan rindu itu, penyair ingin menghidupkan kembali sebuah dunia harmonis yang penuh cinta dan sekarang tidak ada lagi.

Meskipun mengangkat tema yang sama tentang kerinduan, setiap penyair punya kecenderungan dan masalahnya masing-masing. Kerinduan yang mendominasi dalam puisi-puisi Amir Hamzah, misalnya, disebabkan oleh kerinduannya pada kampung halaman. Kerinduan ini kemudian bercampur dengan kemurungan karena cinta yang kandas dan hasrat untuk dekat dan menyatu dengan Tuhan. Kerinduan kepada Tuhan ini akan lebih mewarnai puisi-puisinya pada prosesnya yang di kemudian hari dalam antologi Nyanyi Sunyi.

Amir Hamzah adalah salah satu penyair Pujangga Baru yang berada di barisan paling depan. Bahkan, H.B. Jassin sendiri tak segan mentahbiskan Amir Hamzah sebagai Raja Penyair Pujangga Baru. Amir Hamzah adalah penyair yang pada zamannya mampu menggabungkan antara individualisme Eropa dengan tradisi sastra Melayu. Puisi-puisi Amir Hamzah merupakan jalan pembuka untuk memasuki era baru kesusastraan Indonesia. Dalam puisi Amir Hamzah sudah jarang ditemukan bahasa Melayu yang cantik dan kompleks, yang ada adalah kalimat-kalimat sederhana dan ringkas namun kuat dan sarat makna.

Tradisi sastra Melayu yang masih muncul dalam antologi ini adalah bentuk rima yang masih mengikuti rumus pantun. Kita bisa melihat contoh potongan puisi “Berdiri Aku” di bawah ini:

Berdiri Aku

Berdiri aku di senja senyap
Camar melayang menepis buih
Melayah bakau mengurai puncak
Berjulang datang ubur terkembang

Angin pulang menyejuk bumi
Menepuk teluk mengempas emas
Lari ke gunung memuncak sunyi
Berayun-alun di atas alas.

Benang raja mencelup ujung
Naik marak menyerak corak
Elang leka sayap tergulung
Dimabuk warna berarak-arak.

Dalam rupa maha sempurna
Rindu-sendu mengharu kalbu
Ingin datang merasa sentosa
Menyecap hidup bertemu tuju.

Selain tradisi sastra Melayu lama yang mempengaruhi karya-karya Amir Hamzah, ada pengaruh dari pula karya sastra lain. Misalnya karya sastra Belanda, Timur Tengah, India, Persia, dan berbagai karya sastra lainnya. Namun, agaknya pengaruh itu tidak tampak begitu nyata dalam puisi Amir Hamzah. Sebaliknya, dengan piawai, ia mampu mengelaborasikan berbagai tradisi penulisan sastra tersebut ke dalam karyanya.

Mujibur Rohman, Redaktur www.TengkuAmirHamzah.com dan ww.MelayuOnline.com

tengkuamirhamzah

Comments