hitam putih




apa kau lihat
dari hitam putih
tak semua terlihat hitam
tak semua terlihat putih
hitam tak semesti tertanda duka
putih tak semesti tertanda bahagia
kerana ada hitam
terjelas segala putih
kerana ada putih
terjelas segenap hitam
begitu alam menggilirkan
hitam atau putih
bersabda tentang
kehidupan






Comments

  1. aritu kat sini ada malware, Alhamdulillah nampak dah ok

    ReplyDelete
  2. terima kasih Nor Asimah atas informasi diberikan

    ReplyDelete

Post a Comment