Pameran Karikatur Seniman dan Seniwati Lagenda Malaysia



KATON AQHARI
Dari 2hb Ogos hingga 3hb September 2014
Galeri Seni MaTIC Kuala Lumpur
Masuk Percuma


Pameran 57 Karikatur seni digital pertama Malaysia memberi penghormatan sekaligus memperingati jasa Seniman dan Seniwati legenda serta menarik minat generasi muda dan meningkatkan kualiti kredibiliti industri seni lukis digital Malaysia ke peringkat antarabangsa. Katon Aqhari memilih 57 di atas sempena Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun dan Tahun Melawat Malaysia 2014.


KATON AQHARI (nama sebenar Mohd Khairul Anuar bin A. Rahman), anak jati Melaka, dilahirkan pada 19 April 1981. Beliau menceburkan diri dalam industri kreatif sebagai pelukis ilustrasi pada tahun 1999 di syarikat periklanan Double Click Design dan pelukis papan cerita Keluangman tahun 2000. Kerjayanya di dalam bidang animasi 2D bermula dari tahun 2001 hingga 2008 untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Antaranya-CJ the DJ, Hostel Blues, NFL, Mat Jenin, Anak-anak Sidek dan banyak lagi. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan selama 2 tahun sejak 2003. Kini beliau fokus pada kerjayanya sebagai karikaturis dan pelukis digital. Pada 2013, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) telah memilih Katon Aqhari menjadi sebahagian daripada Pakar Panel (Panel of Expert) dalam memajukan National Occupation Skill Standard (NOSS) untuk 2D Animasi. Pengiktirafan perkembangan beliau bermula setelah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Rekacipta Watak & Papan Cerita Animasi Melaka 2008 dan penyertaannya dalam Malaysian 24 Hour Comics Day 2007.

pameran 57 karikatur






Comments