kuatkan engkau


kuatkan engkau

kuatkan engkau
yang berada dalam sungai batin
yang terkurung dalam sangkar jiwa
yang terpendam dalam lubuk perasaan
yang berdegup di detak jantung
kuatkan engkau
batin dirimu
kolam jiwamu
untuk menggapai payah
merempuh garis gelap
melawan kesuraman

kutahu kau masih ada
meskipun dalam diam dan senyap sunyi itu
meskipun dalam longlai menatap
semua itu telah menyentuh kulitmu
dingin hujan, sejuk angin
panas petang, hangat udara
sepi pagi sunyi malam
untuk apa kau tak ingin berdiri?
mendongak langit dan menatap garis awan
kau tinggalkan semua itu
hanya kerana luka kecil di hatimu
sejauh mana lagi kau ingin menghindari
atau menghukum  diri
pada nasib yang kau tak pasti

usah begitu 
berlama dalam sulit dan sukar
kuatkan engkau
biarlah selembar hiba itu hinggap
usah pejamkan matamu
untuk terus menatap
esok dan hari-hari jauh itu
kau masih berupaya
membawa yang terbaik
untuk dirimu

 
 



Comments