Catatan Untuk Fatin Liyana

Honeykoyuki versi terbaru
Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya tercapai jugak impian aku untuk re-vamp blog ni. Kehidupan aku selain busy, ia juga adalah membosankan. Semenjak meningkat dewasa, kalau berasa bosan mesti nak buat perkara berfaedah contohnya seperti memasak dan mengemas almari. Ehem. Ini adalah ciri-ciri isteri mithali. Oh no adakah ini seruan ilahi? Miahaha.

Ehem *membersihkan tekak / clear throat*. Setelah berjaya menghabiskan sekolah perubatan yang sangat sukar itu, aku telah dihadiahkan cuti selama 4 bulan. Terharu sangat sebab tidak pernah mendapat cuti sepanjang ni, selain setelah tamat SPM dulu. Janggal pon ada sebab tak perlu study sehingga lewat malam. Dapat tidur melebihi 5 jam. Dapat menikmati setiap suapan makanan. Haih nikmat mana yang mahu kudustakan :') Walaupun cuti panjang tapi hari hari ada sahaja perkara yang hendak dilakukan! Kakpaten is a busy woman tau.

I grew up with this blog. Mula menulis ketika berumur 19 tahun. Zaman zaman jiwa kacau, hati memberontak dan masih keliru mencari identiti diri. Sekejap nak jadi Ayumi Hamasaki, sekejap nak jadi Miranda Kerr. Malu betul miahaha. Amatlah mengarut isi kandungan blog aku yang dulu-dulu ya, tiada isi langsung. Asyik selfie je walaupun takde front camera. I am so ashamed of my previous self. Aku tahu, kita semua pernah merasai zaman-zaman mengarut tu dulu. Bezanya aku ada blog, aku tunjuk kat semua orang. * Nangis *

Tapi alhamdulillah, sepanjang cuti ni, I have decided to turn back and look for the deen (agama). I have met countless of amazing people, who are willing to teach me from scratch. Giving me all sort advices on how to becoming a better person. And syukur, i am surrounded by positive friends. I feel calmer and couldn't be more grateful with what Allah has granted me :) Thus, I have decided to slowly leave 'the old me'. Please pray for my istiqamah ya? 


Catatan di atas diambil dari seorasng blogger terkenal Fatin Liyana.

Ada suatu yang melantun dari suara jiwa blogger manis ini. Suara ledak jiwa yang menjadi ungkap batin dan kemahuan diri. Ia bukan mudah untuk meluahkan. Bukan mudah untuk memberi faham dan insaf kepada yang lain,. Ia suatu kekuatan, kemahuan dalam dan hasrat yang merungkai bingkai jiwa.

Ada ketikanya momen begini menjadi ilham untuk puisi dan karya seni. Belajar untuk mengerti dan memaut sedar yang terlintas dalam bingkai emosi dan kalbu manusia suatu yang amat terkesan dalam ungkap kata sebuah karya seni.

Saya terpanggil untuk menulis sebuah puisi untuk Fatin Liyana

Saya memohon maaf kalau puisi ini jauh terpesong dari sanubari yang dialami tetapi ini adalah tatap dan pandangan rasa seseorang yang hanya membaca catatan yang tertulis dalam blog itu
dan hanya tahu melakar puisi....


Catatan
- untuk Fatin Liyana

kau telah memilih untuk berangkat
meninggalkan pelabuhan lalu dengan janji dan ikrar diri
untuk berada pada lautan baru membaca gelora dan gelombang
adalah pertaruhan dari getar jiwa jerit sukma
belayarlah dengan perahu keyakinanmu
bahawa segala yang manis dan terindah
akan datang sesudah segala masa lalu itu
kaubiarkan pergi

tak ada jawab lagi kepada segala pertanyaan
sebagaimana matahari akan berangkat menuju senja
dan malam adalah sepi yang menjarakkan
dan sebelum malam tiba
sebelum tertutup jalan jauh itu
tibalah ke pintu pilihanmu
kerana kau telah ingin berada di situ
mendengar muzik dan senandung baru
 lagu kehiupan ini

kita akan tiba ke pengkalan akhir
bertatih dalam pengap hidup dan untai  zaman
tiada yang abadi melingkari garis masa
segala yang pergi tak berulang datang
biarlah masa lalu meninggalkan
esok masih memberti janji
memberitahumu tentang cerah langit
dan manis awan pagi

bicaralah dengan jiwa
memilih untuk berada pada tunas yang indah
menumbuhkan hijau dan redup hidup
turunlah bersama renyai hujan
dingin yang menitik antara padang dan kakimu
adalah  warkah sentosa
yang bisa kaubaca dalam langkah-langkahmu

cahaya itu tiba
tataplah berkali
dan insafilah segala yng terambil
bukan dari tangan kita
tetapi tuhan menetapkan
segala












Comments