18 Jul 2014

Tragedi MH17


Sejarah duka dilakar sekali lagi
MOHD HAFIZ ISMAIL & WAN BUQHAIRAH WAN MUHD ADNAN
18 Julai 2014

PUTRAJAYA – Suasana sedih dan pilu menyelubungi Hotel Marriott di sini seolah-olah mengulangi insiden pilu MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Wartawan Sinar Harian ketika melaporkan dari lokasi berkata, keluarga mangsa nahas pesawat Boeing 777-200 telah dikumpulkan oleh pihak MAS di pekarangan hotel tersebut sejak jam 9.30 pagi.

Kebanyakan keluarga yang hadir sebak dan tidak dapat menahan emosi masing-masing untuk menghadapi kenyataan yang terpaksa diterima.

Keadaan di Hotel Marriott sedikit sibuk dengan kehadiran petugas media yang setia menunggu demi mendapatkan perkembangan terkini insiden nahas terbabit.

Kelihatan juga sukarelawan mula muncul untuk memberi kaunseling dan menenangkan emosi ahli keluarga mangsa yang masih tidak menentu.

Kira-kira jam 10.30 pagi, lebih kurang 20 ahli keluarga nahas MH17 yang berkumpul di situ dibawa masuk ke dalam sebuah bilik taklimat di Dewan Langkawi.

Sinar Harian difahamkan, ahli keluarga mangsa pesawat diberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai kemalangan oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

Petugas hotel ketika ditemui Sinar Harian, enggan mengulas lanjut mengenai sesi perbincangan yang diadakan bersama keluarga mangsa.







MH17: Muhyiddin ajak rakyat bersatu hadapi ujian
18 Julai 2014

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengajak segenap lapisan masyarakat supaya bersatu sebagai rakyat Malaysia dalam menangani ujian di sebalik tragedi nahas pesawat MH17.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekarang adalah masa yang tepat untuk membuktikan rakyat Malaysia bersatu padu bukannya bertelagah dan menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Kita telah mengharungi pelbagai ujian dan detik sukar sebelum ini. Marilah kita bersatu sebagai rakyat Malaysia dalam menangani ujian besar seperti ini.

"Serangan ke atas pesawat Malaysian Airlines (MAS) penerbangan MH17 bukan hanya serangan atau tindakan ganas terhadap Malaysia. Ia adalah serangan ke atas kemanusiaan dan kepada semua yang cintakan kedamaian," katanya dalam kenyataan di sini.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal disahkan terhempas di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal Jumaat berkata pihak berkuasa Ukraine percaya Boeing 777 telah ditembak jatuh.

Sambil merakamkan rasa simpati dan takziah kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal, Muhyiddin berharap pihak yang bertanggungjawab dapat segera dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman paling berat atas jenayah yang dilakukan.

Timbalan perdana menteri turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan Malaysia akan bekerjasama rapat dengan kerajaan negara berkaitan serta agensi antarabangsa bagi membantu siasatan insiden itu.

"Dunia mahukan jawapan dan tindakan, tidak kira apa kosnya dan berapa lama usaha dan kudrat yang diperlukan, kita mahu dunia bersama kita bertindak dengan jelas dan tegas untuk membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan," katanya.

Kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal, Muhyiddin berharap mereka tabah mengharungi ujian itu sambil meminta rakyat Malaysia turut sama berkongsi kesedihan dan kepiluan keluarga mangsa.

Menurutnya kesedihan dan keperitan yang dirasai keluarga, waris dan rakan penumpang dan anak kapal MH17 adalah amat berat untuk dipikul sehingga tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

"Saya ucapkan takziah kepada anggota keluarga serta waris penumpang dan anak kapal. Saya pasti kerajaan dan rakyat negara ini akan bersama-sama membantu mereka dengan apa cara sekalipun dalam mengharungi pahit getir ini," katanya.

Daripada 298 penumpang MH17, seramai 43 orang adalah warganegara Malaysia. - Bernama

Sinar Harian

















The Malaysia Airlines Boeing 777-200 that was shot down over eastern Ukraine on Thursday was carrying 298 people from at least 10 countries. The Associated Press reports more than half of the people on board were from the Netherlands.

Here is a breakdown of the nationalities of those on board:

Netherlands: 173
Malaysia: 44 (including 15 crew and two infants)
Australia: 28
Indonesia: 12 (including one infant)
United Kingdom: 9
Germany: 4
Belgium: 4
Philippines: 3
Canada: 1
New Zealand: 1
Hong Kong: 1

The nationality of another 18 passengers has not been confirmed at this point.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena