Video Pendek Negara Bangsa


klik banner untuk sertainya


PERTANDINGAN VIDEO PENDEK NEGARA BANGSA

OBJEKTIF :

a. Memupuk patriotisme dan kecintaan rakyat Malaysia kepada Negara.

b. Ruang kepada rakyat Malaysia dalam dan luar Negara memberi cadangan bagi mewujudkan Negara Bangsa.

c. Menyerlahkan bakat-bakat baru rakyat Negara ini untuk mengenengahkan karya kreatif untuk menyemarakkan industri kreatif Negara."

SYARAT- SYARAT PENYERTAAN :

1. Peserta yang berminat menyertai pertandingan ini diwajibkan untuk "like" laman Facebook BRTV serta subscribe pada laman Youtube BernamaTV.

a. Facebook - www.facebook.com/bernamatv

b. Youtube - www.youtube.com/negarabangsa

2. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

3. Penyertaan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan.

4. Konsep video adalah bebas sama ada iklan, komersil TV, sketsa, animasi 2D atau 3D, dokumentari atau drama. Video yang dihasilkan mestilah menjurus kepada negara bangsa.

5. Durasi bagi filem/video tersebut tidak melebihi 180 saat (tidak termasuk kredit).

6. Format video yang ditetapkan adalah MOV, 25 fps dan resolusi minima 1280x720.

7. Pertandingan ini bermula dari 1 Mei 2014 hingga 10 Ogos 2014.

8. Penggunaan Bahasa Melayu adalah diberi keutamaan, akan tetapi, sekiranya ada bahasa lain digunakan, sarikata (subtitle) dalam Bahasa Melayu mesti disertakan.

9. Hasil karya tidak boleh memaparkan isu-isu sensitif yang boleh menganggu/mengugat keharmonian antara kaum, budaya, agama dan masyarakat Malaysia serta tidak mengelirukan pengguna.

10. Bahan penyertaan mestilah terdiri daripada karya asal peserta serta diwajibkan menggunakan footage video rakaman sendiri.

11. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

12. Setiap penyertaan digalakkan menggunakan skor muzik asal. Jika mengguna pakai music track yang sedia ada di pasaran/hak milik orang lain, peserta dikehendaki mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak yang berkenaan dan kami tidak akan bertanggung jawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.

13. Pihak Urusetia berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan lewat diterima.

14. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.

15. Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam format DVD serta berdefinisi tinggi dan disertakan dengan :

a. Borang penyertaan

b. Salinan setiap video yang dihasilkan

16. Setiap karya yang dikemukakan untuk pertandingan adalah hak milik penganjur.

bernama tv 


Comments