Kelab Menjenayahkan Peperangan




Muhyiddin galak sekolah tubuh Kelab Menjenayahkan Peperangan

PUTRAJAYA 20 Jun - Semua sekolah digalak mewujudkan Kelab Menjenayahkan Peperangan (CWC) bagi memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar bahawa perang merupakan jenayah kemanusiaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, para pelajar selaku pemimpin masa hadapan perlu berani dan aktif memenuhi agenda menjenayahkan perang menerusi aktiviti menggalakkan keamanan dan keharmonian di sekolah masing-masing.

''Peperangan telah mencabuli setiap hak kanak-kanak seperti hak untuk bersama keluarga, pendidikan, kesihatan, hak untuk dididik dan perlindungan.

''Kita bimbang jika tidak banyak usaha pendedahan bahawa peperangan merupakan satu jenayah, maka lebih banyak kanak-kanak terus menjadi mangsa perang pada masa akan datang,'' katanya dalam ucapan pelancaran CWC Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Yang turut hadir, Pengasas dan Pengerusi CWC, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Tan Sri Norian Mai dan Pengetua SAS, Haidzir Hussin.

Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan turut memberi penghargaan kepada Siti Hasmah kerana menjayakan usaha memberi penerangan dalam menyatakan peperangan merupakan satu jenayah dan kezaliman kepada dunia melalui penubuhan CWC.

Ujarnya, SAS merupakan sekolah ketiga di negara ini yang menubuhkan CWC selepas Kolej Tunku Kurshiah, Seremban pada 11 April 2013 dan Cempaka International School, Kuala Lumpur pada September tahun yang sama.

''CWC bermatlamat membina sebuah komuniti yang mempunyai pengetahuan mendalam dan pemahaman mengenai kesan peperangan terutamanya terhadap wanita dan kanak-kanak,'' katanya.

Sementara itu, Siti Hasmah dalam ucapannya berkata, Malaysia kini menikmati keamanan dan kestabilan namun malangnya generasi muda di negara ini tidak mengetahui konflik peperangan yang tercetus di peringkat global.

Sehubungan itu, katanya, CWC diwujudkan bagi memainkan peranan untuk menyemarakkan lagi keamanan dan persahabatan dengan semua tanpa mengira kaum dan agama.

''Maka dengan sebab ini, kita wajar menubuhkan CWC untuk memberi pendedahan kepada mereka supaya menjauhkan diri daripada konflik peperangan dan pembunuhan.

''Saya gembira dengan penubuhan CWC di sekolah ini kerana usaha itu menunjukkan terdapat pihak yang memahami misi kita dan diharapkan sekolah lain dapat mengikuti jejak langkah ini,'' katanya.

utusan online


Muhyiddin gesa lebih banyak sekolah tubuh kelab menjenayahkan perang
20 Jun 2014

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa lebih banyak sekolah di negara ini menubuhkan Criminalise War Club (CWC) (kelab menjenayahkan perang) untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar bahawa perang itu ialah jenayah terhadap kemanusiaan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan berkata, pelajar perlu diberi kesedaran bahawa sebagai pemimpin masa depan, mereka perlu berani dan aktif dalam memenuhi agenda menjenayahkan perang melalui kegiatan dan program yang bermakna untuk menggalakkan keamanan dan keharmonian dalam negara.
"Peperangan mencabuli setiap hak seorang kanak-kanak seperti hak untuk bersama keluarga, hak kepada pendidikan, hak terhadap kesihatan, hak untuk dididik dan dilindungi. Kita bimbang bahawa jika peperangan tidak dianggap sebagai jenayah, lebih banyak kanak-kanak akan menjadi mangsa pada masa akan datang.

"Saya amat berharap lebih banyak sekolah akan melancarkan penubuhan CWC di seluruh negara," katanya dalam ucapan pelancaran CWC Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Ching.

Muhyiddin turut memberi penghargaan kepada pengasas dan Pengerusi CWC, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, yang menjayakan usaha mulia ini untuk melindungi para pelajar negara daripada peperangan, dengan penubuhan CWC.

Yang turut hadir ialah pemegang amanah Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War, Tunku Datuk Dr Sofiah Jewa, dan Pengerusi Perdana Global Peace Foundation Tan Sri Norian Mai.
Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya menubuhkan CWC ketiga di negara ini. Dengan kebenaran Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan CWC pada 19 Oktober 2012, CWC pertama dilancarkan di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban pada 11 April tahun lepas, diikuti dengan pelancaran kelab itu di Cempaka International School pada September.

CWC bertujuan untuk membina sebuah komuniti yang mempunyai pengetahuan mendalam, kesedaran dan pemahaman mengenai kesan peperangan, terutama terhadap wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, Siti Hasmah berkata pelajar sebagai pemimpin hari esok, perlu memahami sepenuhnya Piagam CWC bagi menyemarakkan lagi keamanan dan persahabatan baharu dengan semua, tanpa mengira kaum dan agama.

Beliau berkata Malaysia menikmati keamanan dan kestabilan yang membolehkan ia menjadi sebuah negara membangun. Bagaimanapun, pada masa sama, kanak-kanak tidak mengetahui impak konflik, bantahan dan rusuhan.

"Ini sebabnya mengapa kita mempunyai CWC, untuk mengajar mereka bahawa mereka perlu menjauhkan diri daripada peperangan dan pembunuhan dan konflik dalam sebarang bentuk.

"Saya gembira dengan penubuhan CWC di Sekolah Sultan Alam Shah kerana ia menunjukkan bahawa terdapat pihak yang memahami misi kita, apa yang kita cuba untuk capai dan mengapa pentingnya untuk mempunyai CWC di sekolah-sekolah di negara ini.

"Saya yakin bahawa Sekolah Sultan Alam Shah akan memainkan peranan utama bukan sahaja untuk mengerakkan sepenuhnya CWCnya sendiri tetapi membuka jalan bagi sekolah-sekolah lain mencontohinya," katanya.

Siti Hasmah juga mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin dan Kementerian Pendidikan yang membantu dalam menyusun sebuah buku panduan bagi tujuan menggerakkan kelab berkenaan. - BERNAMA

berita harian


Siti Hasmah lancar Kelab Menjenayahkan Perang
23 November 2012

KUALA LUMPUR - Kelab Menjenayahkan Perang, yang dilancarkan malam ini oleh isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, akan menjadi wadah kepada pelajar di seluruh negara untuk memahami
tentang kesia-siaan peperangan.

Dr Siti Hasmah, yang juga pengasas kelab berkenaan (Bahagian Malaysia) berkata kelab itu, yang pertama seumpamanya, akan dikendalikan sendiri oleh pelajar sekolah dengan melaksanakan segala aktiviti dan program.

Menerusi kelab itu, Dr Siti Hasmah berkata, kanak-kanak di Malaysia berpeluang untuk memahami bahawa perdamaian dan berdamai semula adalah cara yang lebih baik untuk menyelesaikan konflik.

"Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur (KLFCW) akan bertindak sebagai mentor kepada kelab ini dan membantu mengawal aktiviti mereka dalam lingkungan matlamat yang ditetapkan itu," katanya.

Dr Siti Hasmah berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada majlis jamuan malam yang diadakan sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Isu Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Beliau berkata, Kelab Menjenayahkan Perang telahpun diberi Piagam, iaitu garis panduan yang disediakan khusus untuk membantu anggotanya menjalankan fungsi dalam lingkungan rangka kerjanya.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menubuhkan kelab ini di sekolah di seluruh negara bagi menyampaikan mesej ini kepada dunia," katanya.

Setakat ini, Kolej Tunku Kurshiah di Seremban, Negeri Sembilan dan Cempaka Group of Schools, sebuah institusi pendidikan swasta, telahpun menubuhkan Kelab Menjenayahkan Perang masing-masing. - Bernama

sinar harian 

Criminalise War Club (CWC)







Approval by Minister of Education

Former approval for the establishment of Criminalise War Clubs in Malaysian schools was given by the Minister of Education on 19 October, 2012.

 First CWC in Kolej Tunku Kurshiah

 The first CWC was established by the students of Kolej Tunku Kurshiah on 11 April, 2013.

 Second CWC in Cempaka International School

 The second CWC was established by the students of Cempaka International School on 25 September 2013.


Aim
  • To bulid a community having the full knowledge , awareness and understanding of the effects of war, especially on women and children

Objectives

(a)   Forge understanding and a sense of responsibility amongst the students to oppose wars and armed conflicts.
(b)   Inculcate high moral values that war is a crime against humanity and global peace.
(c)   Inspire compliance of school regulations and the laws of the nation.
(d)   Formulate guidance to encourage studentsto carry out activities to promote peace and humanity.
(e)   Create a student community ready to accept its responsibility towards religion, people and the nation.

criminalisewar


Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW) 

The Founder


 Tun Dr Mahathir Mohamad

Founder & Chairman of KLFCW
4th Prime Minister of Malaysia.


Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia’s longest-serving Prime Minister, was born on 20 December 1925 in Alor Star, the capital of the State of Kedah in northern Peninsular Malaysia. He completed his early and secondary education in his home town before gaining admission into the King Edward VII College of Medicine in Singapore in 1947. Upon graduation, he joined the then Malayan government service as a Medical Officer. He left in 1957 to set up his own practice in Alor Star. Dr Mahathir has been active in politics since 1945 and became the fourth Prime Minister of Malaysia on 16 July 1981 and stepped down on 31 October 2003. During his term in office, he was credited with engineering Malaysia’s rapid modernisation and promoting non-individualistic “Asian values”. Dr Mahathir is also known for his outspoken and frank views. Even after his retirement as Prime Minister of Malaysia, he is still considered one of Asia’s most influential leaders and is well respected among developing nations and the non-aligned movement.
Tun Dr Mahathir Mohamad is married to a doctor, Tun Dr Siti Hasmah bt Mohd Ali, and they have seven children and a host of grandchildren.



Kuala Lumpur War Crimes Commission (KLWCC)

 photo d7f58dc5-5ad9-4a14-83cb-0602778201e3_zpsabbc26aa.jpg


The KLFCW established the Kuala Lumpur War Crimes Commission (The Commission), to investigate cases of war crimes that have been neglected by established institutions such as the International Criminal Court. The Commission seeks to influence world opinion on the illegality of wars and occupation undertaken by major Western powers.
The aim of The Commission is thereby to hold perpetrators of war crimes accountable for their actions especially when relevant international judicial organs fail to do so.

The Commission
The commission’s function is to:
i) receive complaints from any victim(s) of any conflict on:
(a) Crimes against peace
(b) Crimes against humanity
(c) Crimes of genocide
(d) War crimes
ii) investigate the same and prepare a report of its findings. To further call for more evidence or where The Commission is satisfied to recommend prosecution

The Legal Team
The legal team’s aim is to present the complaints of victim(s) of any conflict and to act on the recommendation of The Commission’s report and to frame charges and prosecute accused person(s).

The Tribunal
The Tribunal shall adjudicate on the charges filed against the accused person(s) The applicable standard of proof shall be beyond reasonable doubt.

Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW)

 Malaysia’s fourth Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad founded the Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War (KLFCW), a non-governmental organisation established under the laws of Malaysia on 12 March 2007.
The main objectives of the Foundation, as stated in its Statutes are, inter alia:
1.    To undertake all necessary measures and initiatives to criminalise war and energise peace;
2.    To provide relief, assistance and support to individuals and communities who are    suffering from the effects of war and armed conflict wherever occurring and without discrimination on the grounds of nationality, racial origin, religion, belief, age, gender or other forms of impermissible differentiations;
3.    To promote the education of individuals and communities suffering from the effects of war or armed conflict;
4.    To foster schemes for the relief of human suffering occasioned by war or armed conflict;
5.    To provide for mechanisms or procedures in attainment of the above purposes.

 “WHY is it that the murder of one man is considered a criminal act whereas the killing of hundreds of thousands of innocent people committed in wars, is not considered so?
-Tun Dr Mahathir Mohamad

 source : criminalisewar







Comments