Teater Di Bawah Lindungan Kaabah


TERKINI

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah buka tirai pementasan


PERSEMBAHAN teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang di lakonkan oleh Nasha Aziz dan Adi Putra. Turut dibantu Fizo Omar, Liza Aziz, Yasmin Hani, Elfira Loy, Dafi dan beberapa lagi artis ternama di Istana Budaya, Kuala Lumpur, malam semalam. 
- MINGGUAN/SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 10 Mei - Teater Di Bawah Lindungan Kaabah membuka tirai persembahannya di Panggung Sari, Istana Budaya di sini malam ini.

Diangkat daripada novel karya penulis dan ulama terkenal, Allahyarham Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Prof. Hamka, teater berkenaan ditonton kira-kira 1,000 orang pada malam pertama pementasannya.

Naskhah teater lakonan Adi Putra, Nasha Aziz, Ahmad Zahid Baharudin, Fizo Omar, Elfira Loy, Yasmin Hani, Dafi Ismail, Dayana Roza, Liza Abdullah, Taufiq Izmir dan ramai lagi itu diarah dan ditulis oleh Rosminah Tahir.

Pementasan teater yang bermula malam semalam hingga 18 Mei ini adalah terbitan Istana Budaya dan CTRA Production.

Karya penulis Minangkabau itu juga pernah difilemkan pada 1978 dan 2011, sekali gus mencipta sejarah sebagai filem paling mahal dihasilkan di Indonesia dengan kos RM9.3 juta.

Di Bawah Lindungan Kaabah mengisahkan seorang pemuda bernama Hamid yang dilahirkan sebagai manusia yang baik, bersopan-santun, patuh kepada ibu dan tidak pernah meninggalkan suruhan Allah S.W.T sejak kecil.

Dia dibesarkan dalam kehidupan yang susah, menumpang kasih dan ilmu agama dari Engku Hj. Jaafar dan Mak Asiah serta membesar bersama anak mereka bernama Zainab.

Setelah remaja, Hamid dan Zainab menyimpan perasaan kasih sayang antara mereka tetapi hanya tersimpan dalam hati.

Hamid yang cuba menyingkirkan perasaan itu kerana telah menganggap Zainab sebagai adik sendiri, membawa diri mengembara hinggalah ke Tanah Suci Mekah.

Ketika di tanah haram itulah, banyak perkhabaran sedih diterima melalui sahabat baiknya, Salleh dan isterinya Rosnah.

Hamid sendiri meninggal dunia sebaik sahaja selesai mengerjakan haji pada usia 34 tahun.

utusan online

 Karya 'Di Bawah Lindungan Kaabah' Dikaji Selama Setahun
FERIDE HIKMET ATAK


PETALING JAYA: Produksi CTRA Production telah mengambil masa selama setahun mengkaji Karya ulama terkenal, Allahyarham Profesor Hamka iaitu Di Bawah Lindungan Kaabah sebelum memutuskan untuk menjadikannya sebagai sebuah pementasan teater.

Penerbitnya, Siti Rohayah Atan berkata, kajian rapi dibuat supaya plot penting karya tersebut dimuatkan dalam teater tersebut selain membayangkan barisan pelakon yang sesuai untuk watak-wataknya.

"Selama kajian dibuat, kami cuba pendekkan novel tersebut untuk dimuatkan dalam teater mengikut tempoh masa yang sesuai. Ia bukannya mudah kerana kami tidak mahu tertinggal mana-mana plot cerita yang penting.

"Dalam pada itu, kami juga telah berjumpa dengan anak-anak Allahyarham bertanyakan tentang penyewaan hak cipta untuk dipentaskan ke Istana Budaya. Mujurlah tiada masalah untuk hal itu," katanya.

Tambah Rohayah, pemilihan karya penulis Indonesia itu juga sebagai usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menarik pelancong dari negara tersebut dan sekitar Nusantara seperti Singapura dan Brunei untuk menyaksikan teater tersebut.

Di Bawah Lindungan Kaabah mengisahkan seorang pemuda bernama Hamid yang baik, bersopan-santun, patuh kepada ibu dan tidak pernah meninggalkan suruhan Allah S.W.T sejak kecil.

Dia dibesarkan dalam kehidupan yang susah, menumpang kasih dan ilmu agama dari Engku Jaafar dan Mak Asiah, serta membesar bersama anak mereka bernama Zainab.

Setelah remaja, Hamid dan Zainab menyimpan perasaan kasih antara mereka tetapi hanya tersimpan dalam hati.

Hamid yang cuba menyingkirkan perasaan itu kerana telah menganggap Zainab sebagai adik sendiri, membawa diri mengembara hinggalah ke Tanah Suci Mekah.

Antara barisan pelakon yang terbabit dalam pementasan tersebut ialah Adi Putra, Nasha Aziz, Elfira Loy, Dafi, Zila Bakarin dan Liza Abdullah.

Di Bawah Lindungan Kaabah yang diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir bakal dipentaskan bermula 9 hingga 18 Mei depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Harga tiket teater ini dijual serendah RM30 hingga RM200. Ia boleh dibeli dengan melayari www.AirAsiaRedTix.com.

mstar



IB pentaskan karya Hamka

NOVEL Di Bawah Lindungan Kaabah karya penulis dan ulama terkenal, Prof. Hamka memang diakui sebagai antara karya terbaik di Nusantara sejak diterbitkan sekitar 1930-an. Novel yang berlatarbelakangkan Indonesia dan Tanah Suci Mekah itu membuatkan pembacanya insaf tentang kebesaran cinta kepada Allah dan sesama manusia.

Justeru, tidak hairanlah apabila karya penulis Minangkabau itu difilemkan pada 1978 dan sekali lagi pada 2011 yang mana telah mencipta sejarah sebagai filem paling mahal dihasilkan di negara garuda itu, iaitu RM9.3 juta.

Kini, kisah cinta tersebut akan ditranformasikan untuk julung kalinya ke pentas teater apabila bakal menemui khalayak pada 6 -15 Mei tahun depan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Muhammad Juhari Shaarani, pemilihan Di Bawah Lindungan Kaabah berdasarkan kehebatan karya tersebut yang membawa nilai-nilai positif kepada masyarakat terutama yang berkaitan dengan kecintaan kepada agama.

Di samping itu, pemilihan karya penulis Indonesia itu juga sebagai usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menarik pelancong dari negara tersebut dan sekitar Nusantara seperti Singapura dan Brunei untuk sama-sama datang menonton.

"Kita percaya melalui persembahan karya besar, ditulis oleh penulis tersohor yang dikenali seluruh dunia serta dengan gandingan kerja kreatif yang mantap dan promosi yang sistematik, akan berjaya menarik pelancong melalui seni budaya untuk datang ke negara kita.

"Persembahan ini juga memenuhi salah satu daripada hasrat Istana Budaya untuk memperbanyakkan karya adaptasi novel ke teater sebagaimana yang pernah dilakukan ke atas novel Badai Semalam karya Khadijah Hashim," tambah Juhari.

Persembahan selama 10 hari itu diterbitkan bersama syarikat teater CTRA Production yang telah berjaya menerbitkan banyak teater di Istana Budaya termasuklah Muzikal Tun Mahathir , Muzikal Upin & Ipin, Muzikal Ibu Zain, Muzikal Lantai T.Pinkie, Nyonya & The Gang, Muzikal Gamat dan Dejavu.

"Bagi merealisasikan persembahan tersebut, produksi yang melibatkan kos RM2.4 juta itu telah mula mengatur langkah meskipun persembahannya hanya akan menemui khalayak kira-kira enam bulan lagi.

"Perbincangan mengenai hakcipta karya tersebut pula telah dipersetujui oleh pihak CTRA Production dengan lima anak-anak Allahyarham Prof. Hamka pada 16 September lalu," tambahnya.

Beliau tidak menolak bahawa barisan pelakon terkenal yang telah dirisik untuk teater ini adalah seperti Adi Putra, Erra Fazira, Izzue Islam dan Erma Fatima.

Manakala, pelakon handalan yang turut tersenarai ialah Eman Manan, Elfira Loy, Rita Rudaini dan Ziela Jalil.

Pengarah dan penulis skrip ialah Rosminah Tahir. Manakala pengarah muzik, Datuk Suhaimi Mohd. Zain (Pak Ngah) serta dibantu hampir 200 pelakon lain.

Di Bawah Lindungan Kaabah mengisahkan seorang pemuda bernama Hamid yang dilahirkan sebagai manusia yang baik, bersopan-santun, patuh kepada ibu dan tidak pernah meninggalkan suruhan Allah S.W.T sejak kecil.

Dia dibesarkan dalam kehidupan yang susah, menumpang kasih dan ilmu agama dari Engku Hj Jaafar dan Mak Asiah, serta membesar bersama anak mereka bernama Zainab.

Setelah remaja, Hamid dan Zainab menyimpan perasaan kasih antara mereka tetapi hanya tersimpan dalam hati.

Hamid yang cuba menyingkirkan perasaan itu kerana telah menganggap Zainab sebagai adik sendiri, membawa diri mengembara hinggalah ke Tanah Suci Mekah.

Ketika di tanah haram itulah, banyak perkhabaran sedih diterima melalui sahabat baiknya Salleh dan isterinya Rosnah.

Hamid sendiri dijemput Allah sebaik selesai mengerjakan haji pada usia 34 tahun.

utusan online

 
Artis Top Belum Tentu Dapat Lariskan Tiket Teater

 2 Mei 2014 12:30 AM

Oleh: KEMALIA OTHMAN


Barisan artis popular yang bakal menjayakan teater 'Di Bawah Lindungan Kaabah'.


PETALING JAYA: Penerbit teater Di Bawah Lindungan Kaabah, Siti Rohayah Attan mengakui barisan artis popular yang menjayakan sesebuah teater tidak menjamin penjualan tiket dan tidak semetinya dapat menarik penonton untuk datang menyaksikan pementasan tersebut.

Siti Rohayah berkata, kejayaan sesebuah pementasan bergantung kepada tajaan daripada syarikat-syarikat korporat yang membeli tiket secara pukal sebagai sumbangan atau tanggungjawab sosial.

"Secara jujur artis-artis popular yang berlakon teater ini tidak menjamin dapat menarik masyarakat luar datang ke Istana Budaya menonton teater.

"Kalau kita lihat persembahan lain yang menggunakan artis barisan hadapan seperti Awie, Erra Fazira dan Zizan Razak sekalipun susah untuk jual tiket dan penuhkan pentas pada malam persembahan mereka.

"Semua penjualan tiket kini hanya bergantung kepada pembelian daripada syarikat-syarikat swasta yang membeli secara banyak sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada anak yatim atau pekerja," katanya kepada mStar Online.


Rohayah Attan berharap ramai lagi pihak tampil membeli tiket pementasan tersebut.

Tambahnya, penjualan tiket secara 'walk-in' dan berkumpulan yang dijual sebelum persembahan bermula seringkali tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

Bagaimanapun, dia akui penglibatan artis popular dalam sesebuah projek pementasan adalah untuk memberi nilai kormersial kepada teater tersebut, media dan penaja.

"Peminat mereka memang ramai tetapi tiada yang sanggup datang, pengalaman pementasan saya dulu tiada pun kutipan tiket daripada pembelian secara 'walk-in'," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, setakat ini beberapa persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk Puteri Umno yang tampil menunjukan sokongan dengan membeli tiket pementasan teater tersebut.

Tambah Siti Rohayah, pihaknya masih memerlukan tajaan kira-kira sebanyak RM1 juta lagi untuk pementasan teater yang berjumlah RM 2.4 juta itu.

Teater Di Bawah Lindungan Kaabah akan dipentaskan pada 9 hingga 18 Mei ini di Panggung Sari, Istana Budaya.

Antara barisan artis terdiri daripada Adi Putra, Nasha Aziz, Elfira Loy, Fizo Omar, Dafi Ismail, Yasmin Hani dan Liza Abdullah.

mstar

DBLK tampil barisan pelakon baharu


DARI kiri: Dayana, Zahid dan Yasmin Hani teruja untuk terbabit di dalam DBLK.

EMPAT pelakon baharu telah dipilih sebagai peneraju bersama bagi pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah (DBLK) yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 9 hingga 18 Mei depan.

Berkongsi pentas bersama Adi Putra, Nasha Aziz, Elfira Loy dan Dafi Ismail Sabri, pelakon-pelakon tersebut ialah Zahid Baharuddin (memegang watak Tuan), Yasmin Hani Richardson (Rosnah dewasa), Dayana Baharin (Rosnah remaja) dan Alina Hassan (Mak Hamid).

Penerbit DBLK, Siti Rohayah Attan berkata, keempat-empat pelakon itu dipilih kerana watak-watak yang bakal digalas oleh mereka masih kosong dan perlu diisi.

"Berbanding pelakon lain, Alina mempunyai pengalaman dalam bidang pementasan teater. Walaupun ini merupakan pentas teater pertama bagi Zahid, Yasmin Hani dan Dayana, namun saya percaya dengan kemampuan mereka.

"Seperti kita semua sedia maklum, ketiga-tiga pelakon tersebut begitu aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian sebelum bersetuju untuk menyertai teater ini," ujar Siti Rohayah yang mementingkan aspek lakonan dan nyanyian dalam kalangan pelakon pilihannya.

Mengakui memilih sendiri barisan pelakon-pelakon yang terlibat dalam teater DBLK, Siti Rohayah percaya gandingan pelakon teater dan artis popular yang berpengalaman dapat memantapkan lagi persembahan tersebut.

"Mazlan Tahir, Shahrul Mizad dan Alina Hassan memang cukup terkenal dengan kemampuan mereka beraksi di pentas teater.

"Jadi, apabila barisan pelakon teater berpengalaman ini digandingkan dengan pelakon-pelakon popular tanah air, gabungan yang bakal ditampilkan pasti menjadi luar biasa," tambah Siti Rohayah.


ANTARA babak yang akan ditonjolkan dalam DBLK pada pementasan yang bakal bermula dari 9 hingga 18 Mei depan.

Melanjutkan perbualan mengenai penajaan bagi penganjuran teater ini, Siti Rohayah berkata, maklum balas yang diterima daripada syarikat-syarikat korporat tidak memberansangkan.

Katanya, buat masa ini, hanya dua syarikat sahaja yang tampil sebagai penaja rasmi pementasan iaitu Fareeda dan Felda Global Ventures Berhad (FGV). Manakala, akhbar Kosmo! dan Kumpulan Utusan bertindak sebagai media rasmi persembahan teater yang berbajet RM2.4 juta itu.

DBLK yang diadaptasi daripada novel Allahyarham Prof. Hamka dari Padang, Indonesia ini mengisahkan tentang kisah cinta yang tidak kesampaian antara Zainab dan Hamid.

Akibat tidak berterus-terang tentang perasaan mereka, Zainab dan Hamid terpisah sehingga tidak pernah berjumpa kembali sehingga kedua-duanya meninggal dunia.

Barisan pelakon teater ini kini giat menjalani latihan bagi memberi sebuah persembahan mantap saat ia dipentaskan kepada audiens pada bulan Mei nanti.

Tiket-tiket berharga RM35 hingga RM256 telah mula dijual dan penonton boleh mendapatkannya menerusi laman web www.airasiaredtix.com atau hubungi kaunter tiket Istana Budaya. Hubungi 03-8775 4666, 03-6186 6592 atau 012-297 7220 untuk keterangan lanjut.

kosmo



SEJENAK BERSAMA PELAKON 






"Justeru saya menyeru kepada pihak swasta, lihat-lihatlah, pandang-pandanglah, jenguk-jenguklah bantuan yang diperlukan oleh produksi tempatan yang ingin mementaskan seni teater khususnya dari segi sumbangan atau tajaan. - Datin Seri Rosmah Mansor.


DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH
9 - 18 Mei 2014
Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. 
For tickets: www.airasiaredtix.com. More info: 03-6186 6592

Comments