hati emas


Pantang nampak orang susah
Oleh Kusyi Hirdan


Wanita ini mudah mesra dan tersenyum. Sekiranya bertemu tanpa mengenakan uniform, pasti kita tidak dapat meneka kerjayanya. Dia seorang jururawat.

Kerjaya Nor Hasni Falina Hassan Shukri, 28, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini antara kerjaya yang mulia. Bukan mudah membawa kerjaya itu malah tanpa minat mendalam, ia pasti menjadi lebih sukar.

Tetapi minat anak sulung daripada enam beradik itu muncul setelah dia mengikuti pengajian dalam bidang diploma kejururawatan di Kolej Kejururawatan Kuantan pada 2008. Selama tiga tahun itu cintanya umpama bersimpul rapi.

Setelah enam tahun sebagai jururawat terlatih di sebuah hospital kerajaan di Alor Setar, Hasni dan bidang kerjayanya umpama tidak boleh dipisahkan.
Foto



Anak seorang pegawai kerajaan itu mengaku dia tiada pendedahan awal mengenai kerjayanya melainkan setelah menghadiri kursus selama tiga tahun berkenaan. Cita-cita asalnya mahu menjadi tutor.



Minat yang bercambah itu kemudiannya disokong oleh ibu bapanya kerana bagi mereka, kerjaya sebagai jururawat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan juga orang lain.

“Apabila saya menjalani kursus selama tiga tahun di Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, saya melihat pelbagai manusia yang yang dalam kesakitan dan kesusahan. Hati saya rasa simpati dan mahu menolong mereka sedaya saya,” katanya.

Kerjaya ini tidak dinafikan memerlukan kesabaran tinggi dan penuh tekanan namun Hasni tidak menganggap ia sebagai masalah besar malah dia sentiasa berfikiran positif.

“Masalah dan tekanan sentiasa ada pada sebarang pekerjaan. Kita sendiri yang kena pandai mengatasinya. Sebagai jururawat, kami diajar supaya sentiasa bersabar. Kami harus berhadapan dengan pelbagai kerenah masyarakat bukan hanya pesakit dan keluarga mereka malah cabaran bidang kerja itu sendiri,” kata Hasni yang merancang untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat tertinggi.

Hasni mengambil langkah menangani cabaran dengan mengamalkan sikap bertolak ansur dan menghormati orang lain. Dari situ dia lebih mudah melalui setiap cabaran yang mendatang.

“Saya sentiasa percaya Allah bersama kita, bersama orang yang sabar,” katanya yang berasa bidang tugas sebagai jururawat sangat luas.

Bukan hanya menjaga pesakit atau memberi mereka ubat sebagaimana arahan doktor tetapi jururawat yang lebih banyak menghabiskan masa dengan pesakit.

“Ada masa mereka menangis dengan kami. Pada masa lain pula mereka gembira bercerita. Kami menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan perasaan mereka. Kami sekadar mendengar kerana sebagai jururawat, privasi pesakit harus dijaga,” katanya.

Saban hari, Hasni juga bertemu dengan kalangan pesakit yang hidup miskin dan susah. Dari situ dia melihat mereka dari sisi yang lain di luar ruang wad hospital.

“Saya bertemu dengan beberapa insan yang amat memerlukan bantuan. Tidak tergamak rasanya jika saya tidak mempedulikan mereka. Jadi selagi mampu dan terdaya, saya cuba membantu serba sedikit, yang penting seikhlas hati.

“Kebetulan saya mengikut kawan menyertai program amal menghantar makanan dan menceriakan pesakit dan petugas wad di hospital. Dari situ saya mengenali kumpulan yang menamakan diri mereka Superfrends,” katanya.

Walaupun Superfrends lebih fokus memberi bantuan di sekitar Melaka dan Kuala Lumpur, Hasni mencuba menghubungi mereka dan memaklumkan mengenai sebuah keluarga yang sangat memerlukan bantuan di Kedah. Dari situ kumpulan itu melawat keluarga terbabit dan mendapati keadaan mereka sangat miskin dan memang memerlukan bantuan.

“Kini walaupun saya banyak menghabiskan masa dengan usaha amal, perjalanan hidup saya seperti biasa. Ini kerana segala kerja komuniti amal dibuat setelah urusan kerjaya dan peribadi selesai. Alhamdulillah, saya berasa suasana hidup saya semakin ceria dan lebih tenang,” katanya.

Barulah Hasni faham betapa nikmatnya dapat membantu orang. Paling puas hati apabila melihat mereka yang susah itu tersenyum gembira apabila menerima sumbangan.

“Alhamdulillah rakan sekerja turut menyokong saya dan ada antara mereka turut membantu saya ketika menghantar barangan dapur kepada orang susah. Keluarga terutama ibu saya (Asma Murni Rahim) menjadi penyokong utama apabila saya mula aktif membantu Superfrends dalam bidang amal ini. Begitu juga ketua jururawat dan penyelia jururawat yang turut menyokong dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengikhlaskan hati bukan perkara yang mudah. Hasni sendiri masih baru dan perlu sentiasa berazam melakukan yang terbaik dalam setiap apa yang diusahakannya.

“Hidup ini umpama roda. Kadangkala kita berada di atas, kadangkala pula bawah. Ajal maut semua di tangan Tuhan. Mati bila-bila masa saja. Sebagai jururawat saya sentiasa melihat kematian di depan mata. Jadi elok kita isikan masa muda dan singkat ini dengan kerja berfaedah untuk kegunaan kita di akhirat kelak,” katanya.

Hasni bersama rakannya bakal mengadakan majlis Ramadan bagi mereka yang susah dan memerlukan. Anda boleh menghulur bantuan untuk melancarkan majlis ini.

Antara barangan diperlukan termasuk 100 tuala, gel mandian, nasi himpit segera dan baju raya. Layari laman Facebook Superfrends untuk mendapatkan maklumat lanjut.

myMetro

https://www.facebook.com/misah.super?fref=ts



Warga wad tiga tak dipinggir

Kusyi Hirdan

Menghantar makanan ke wad tiga hospital kerajaan adalah aktiviti komuniti amal yang dimulakan oleh kumpulan Superfrends sejak tahun lalu. Dari situ, mereka menyedari betapa pesakit dewasa sangat memerlukan sedikit keceriaan.

“Memang ramai sukarelawan yang berkunjung ke wad kanak-kanak menghiburkan golongan kecil itu. Ia memang usaha yang sangat bagus dan murni jadi kami juga mahu membawa misi yang sama, tetapi ke wad tiga orang dewasa pula,” kata wakil Superfrends, Khamisah Mohd Nazri.

Tahun ini aktiviti itu diteruskan dengan tidak lagi menyasarkan hanya hospital di Kuala Lumpur, sebaliknya menuju utara tanah air, ke Alor Setar, Kedah di Hospital Sultanah Bahiyah.

Setelah merancang, membuat persediaan dan dana mencukupi, kumpulan kecil itu pun bergerak ke Alor Setar.


SHAKIRAH bertanya khabar.


“Walaupun sudah mempunyai dana mencukupi dan sumbangan barangan daripada dermawan, kami sangat memerlukan bantuan sukarelawan Kedah. Bukan mudah mengajak sukarelawan dari Kuala Lumpur untuk ke sana kerana ia membabitkan masa dan kos yang tinggi,” katanya.

Dana dan barangan yang dibawa tidak bererti sekiranya tidak mendapat bantuan sukarelawan. Superfrends gusar kerana ziarah hospital mereka itu yang pertama di luar Kuala Lumpur.

“Walaupun ada beberapa orang yang sudah berjanji untuk membantu, kami memerlukan lebih bantuan sukarelawan kerana kali ini kami akan mengagihkan makanan ke dua wad sekali gus.”

Superfrends bersyukur kerana dalam masa terhad, mereka mendapat bantuan yang diharapkan.

“Ternyata ramai insan murni di Alor Setar yang mahu membantu, malah ada yang datang sendiri ke lobi hospital bersiap bersedia mahu membantu kami,” katanya.

Seperti pengagihan sebelum ini, ayam goreng, air kotak, bantal comel, kek cawan, gel mandian dan belon diagihkan. Kali ini ada tambahan bubur nasi yang dibawa khas oleh BigPot Porridge, pengusaha bubur di Alor Setar.

Kek cawan, bantal dan belon antara barang wajib yang mesti mereka agihkan. Kek cawan kerana rata-rata orang seronok menerimanya. Bantal dan belon pula mempunyai impak yang sangat besar pada mereka yang terlantar di katil ­hospital.

­Mereka seronok dan terus memeluk bantal yang diberi. Semua gembira apabila belon dilekatkan di meja mereka.

Superfrends terharu kerana golongan muda Alor Setar sukarela menawarkan diri mahu membantu usaha kecil itu walaupun kebanyakannya tidak saling mengenali.

Salwa Saad, 34, menulis status di laman sosialnya sebaik selesai membantu Superfrends betapa dia sangat gembira dapat menyertai program pengagihan makanan ke wad tiga hospital berkenaan bersama suaminya. Paling bermakna hari itu juga hari jadinya.

Sahabat Salwa, Nor Aziah Azmi, pengusaha BigPot Porridge, yang datang sendiri membawa buburnya untuk edaran kepada pesakit dan petugas di wad 3A dan 3C tersentuh hatinya melihat ada yang terus menikmati buburnya itu.

Shakirah Harris, 34, ibu dua anak yang juga pengusaha tudung, paling awal tiba di hospital terbabit kerana mahu menyertai program berkenaan. Berkereta dari rumahnya sejak awal pagi, Shakirah selain membantu mengedarkan bantal turut bersalam dan bertanya khabar dengan pesakit yang berbilang bangsa.

Sukarelawan Nor Aqilah Azahari, 26, tidak datang seorang diri, tetapi turut mengajak kakaknya, Nor Ezaida dan abang iparnya, Mohd Khairil Azli Akhairuddin untuk turut mengagihkan makanan dan cenderahati kepada pesakit dan petugas hospital.

Ini pengalaman pertama bagi ketiga-tiga bersaudara itu dan mereka berasa pengalaman beberapa jam bermesra dengan warga wad sangat bermakna.

Muhamad Syukur Ramli, 18, dan Mohd Faizi Saad, 18, sukarelawan paling muda membantu aktiviti pengagihan ini. Kedatangan mereka diatur kakak sulung Syukur, Syuhadah Ramli yang tidak dapat hadir kerana belajar di Pulau Pinang.

Dari jauh, walaupun tidak dapat hadir Syuhadah memastikan Superfrends mendapat bantuan dalam menjayakan program ziarah itu.

Dalam misi menceriakan warga wad, sekiranya pesakit mendapat bantal comel, petugas pula diberi bunga bergelang yang cantik. Senyum terukir di wajah jururawat, doktor dan pembantu apabila dipakaikan bunga bergelang ke tangan mereka.

“Alhamdulillah, misi kami menceriakan warga wad tiga, pesakit dan petugasnya terlaksana juga di utara ini. Superfrends banyak dibantu Norhasni Hassan Shukri dan Roslinda Muhamad Ashri, jururawat yang mengambil cuti hari itu bagi membantu program kami. Bantuan mereka mempermudahkan perjalanan program,” kata Khamisah.

Bagi hospital lain yang berminat dengan program sebegini bolehlah menjemput Superfrends dengan berhubung di Facebook mereka - Superfrends Sekadar Amal Kecil.

myMetro

DARI CATATAN SUPERFRIENDS SEKADAR AMAL KECIL

Program menceriakan warga wad 3 hospital kerajaan.

Selain KFC dan sumbangan2 lain, bantal peluk sebegini juga kami beri kpd setiap pesakit.

Kami dapat lihat impaknya pada kunjungan yang lepas, bagaimana penerimanya tidak kira bangsa dan usia sangat teruja mendapat bantal ini. Dapat sahaja bantal terus dipeluk erat. Wajah mereka berubah ceria.

Harga satu sekitar RM8.90 - RM9.90.
Bantu war2kan kpd orang terdekat kita, mungkin mereka mahu menyumbang untuk program amal kecil ini.

Terima kasih.






Bagi org yg berniaga atau bekerja sdri cukup bulan mesti sibuk buat bajet. Risau cukup tak duit nak bayar bil2 segala. Cukup ke untuk belanja itu dan ini. Cukup ke bagi mak dan ahli keluarga yg susah. Tak bg byk dpt bg sikit pun tak apalah.

Kumpulan kami pun sama. Kami ni ada yg berniaga. Cik Kham berniaga mcm2 bg menampung dirinya. Zul Haron pula bawak org pi melancong. Saya, saya menulis le kerjanya... Tp itulah cara saya mencari rezeki.

Semuanya demi kita menyara diri dan keluarga. Senang tu taklah. Tp dpt hidup serba sederhana.

Dalam segala kesibukan hal peribadi, setiap bulan kami cuba mengumpul dana bg agihan kpd program bantuan mereka yg memerlukan. Mereka yg susah, sakit atau terdesak.

Kumpulan kami ni kecil sahaja jadi agihan kami juga kecil. Collection lagilah kecil. Kami ni hanya membantu mereka yg berada di sekitar kami atau sekitar wakil kami. Yg boleh kami ziarah dan bertanya sendiri.

Saya buat bahagian Melaka, Cik Kham bahagian KL. Dan seorang lg wakil kami Hasni, membantu bahagian Kedah sana. Mmg shorthanded nak buat semua ni tp kami buat sedaya kami. ALhamdulillah, Allah sentiasa permudahkan.

Cuma skrg ni semakin ramai pulak pihak yg meminta bantuan Superfrends membuatkan kami serba salah. Yalah, tabung kami tak sebanyak mana.

Mereka ini ada dari org persendirian. Dari badan politik pun ada.

Kami selalunya terangkan dgn baik. Kami bukan kumpulan besar spt NGO2 di luar sana.

Tp permohonan ttp dtg juga. Dari sehari ke sehari kami berjumpa lagi pihak yg susah dan lebih susah lagi. Kesian. Rasa tak sampai hati menolak. Kalaulah aku kaya, lagu itu yg terlintas di kepala.
Tapi kami tak kaya masalahnya

Di hari Jumaat ini kami berharap dpt meningkatkan lagi jumlah penyumbang regular Superfrends. Setakat ini kami ada sekitar 5, 6 org yg menyumbang secara bulanan. Ia sgt membantu.

Kalau ada 200 org lagi yg mahu menyumbang rm10 sebulan kami dah ada RM2000 dlm tangan. Percayalah mcm2 yg boleh kami lakukan utk bantuan kpd yg memerlukan dgn jumlah itu. Dana brg dapur, pampers, belanja sekolah dll. Nilai RM10 langsung tak terkesan pd kita kalau diberikan pada orang. Bukan RM10, RM50 pun. Mmg eloklah kita ketepikan jumlah ini sedikit untuk membantu org.

Jadi marilah menjadi penyumbang bulanan Superfrends.
Hehe mcm iklan ajak main kutu pulak.

Anyway.... mohon bantu war2kan usaha kecil ini. Mungkin boleh ajak rakan sepejabat atau ahli keluarga bersama2 menjadi penyumbang bulanan Superfrends.

Tkasih.


Sumber : Facebook Superfriends Sekadar Amal Kecil

Comments

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman ??
    Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, Adakah anda
    sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan? Hammers Kewangan Charter di sini untuk memberikan
    anda jumlah pinjaman yang anda minta dengan syarat anda akan dapat membayar balik pinjaman.
    Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 4%, untuk memohon e-mel kami di
    hammers.credit@gmail.com
    Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman seperti sekolah
    pinjaman, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman perniagaan, kesihatan / pinjaman perubatan, dan lain-lain Untuk maklumat lanjut atau untuk memohon, e-mel kami di hammers.credit@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment