22 Mar 2014

kepada siapa airmata mengalir?

Biarlah foto di atas ini kekal sebagai kenangan terindah
pada suatu malam penuh keinsafan, kesedaran, dan kesayuan.

Malam seruan kepada perdamaian, persaudaraan dan persatuan.
Malam bersama meletakkan kasih dan harapan
tiada lain selain Allah dan Rasul Junjungan

Zikir, selawat, tasbih, tausiyyah dan doa
memenuhi malam yang syahdu dengan kebanjiran insan
yang begitu ramai
adalah petanda bahawa sesebuah majlis ilmu
akan segera dihadiri oleh pengunjung

Bertasbih, berzikir, berselawat dan berdoa
memohon ke hadrat Allah
untuk keselamatan rakyat dan negara ini

Ada rasa keharuan yang berbaur di akhir selawat perdana
tausiyyah dan doa begitu menusuk kalbu
begitu terasa kekerdilan kita sebagai makhluk
hanya berharap dan bermohon
kepada kebesaran Allah
untuk melepaskan segala
musibah dan fitnah

hanya kepada Allah berserah
kepada siapa lagi air mata ini mengalir?







Barangkali ramai yang merindu majlis seperti ini lagi


Ratusan ribu sertai Selawat Perdana

PUTRAJAYA 21 Mac - Dataran Masjid Putra di sini malam ini bergema dengan alunan merdu bacaan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh ratusan ribu yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang merupakan perhimpunan selawat ter besar pernah dianjurkan di pusat pen tadbiran negara.

Majlis bertemakan ‘Kesatuan, Per paduan dan Persaudaraan’ itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Orang ramai yang majoritinya ber pakaian jubah warna putih mula membanjiri dataran Masjid Putra seawal pukul 6 petang walaupun hujan renyai bagi mengikuti pelbagai pengisian program berbentuk keagamaan dise diakan penganjur.

Alunan qasidah dan selawat yang memuji Rasulullah SAW itu dipimpin oleh tokoh agama terkenal nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Sepanjang program yang berlangsung hampir empat jam itu, para hadirin turut menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah, selain disajikan dengan zikir terapi dan bacaan al-Quran berduet oleh peserta Imam Muda Amiril Md. Banin serta Pencetus Ummah (PU).

Hadirin juga disajikan dengan dua tazkirah duet oleh para peserta rancangan PU iaitu Fakhrul Islam Md. Zarin, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, Salman Maslori, Shahul Hamid Seeni MD dan Attan Thowi Yusof.

Selepas solat isyak, Perdana Menteri menyertai hadirin daripada pelbagai latar belakang dan usia menunaikan solat hajat serta bacaan doa bagi memohon supaya operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipermudahkan. - UTUSAN ONLINE

utusan malaysia


Najib, Rosmah hadir program selawat perdana
22 Mac 2014

Najib, Rosmah hadir program selawat perdana Najib Tun Razak bersama Habib Syech Al Seggaf pada Majlis Selawat Perdana 'Malam Cinta Allah dan Rasul' yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di Putrajaya malam tadi. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor malam ini menyertai kira-kira 50,000 orang menghadiri program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 di Dataran Masjid Putra, Presint 1 di sini, malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Najib yang berjubah putih dan berkopiah serta Rosmah yang tiba kira-kira 8.30 malam, meluangkan masa hampir dua jam mengikuti program itu anjuran Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia.

Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan dimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli dengan solat Hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain ialah seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah.

Selawat dan qasidah dipimpin oleh ulama terkenal Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Pengarah Publisiti dan Promosi program itu Izelan Basar berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 500,000 orang menghadiri program itu, yang buat pertama kalinya diadakan secara besar-besaran.

Program itu disiarkan secara langsung di TV1 Radio Televisyen Malaysia, TV Al-Hijrah dan Astro Oasis serta Radio Ikim. - Bernama

sinar harian


Setengah juta di Program Selawat Perdana
Oleh Hayati Ibrahim dan Siti A'isyah Sukaimi

Putrajaya: Suasana di Dataran Putra, Presint 1 di sini senyap seketika tatkala alunan qasidah memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dipimpin Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf diperdengarkan pada Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah, tadi.

Bagaimanapun, kira-kira tiga minit qasidah itu diperdengarkan, pengunjung yang dianggarkan lebih setengah juta turut mengikut bait alunan yang disampaikan ulamak terkenal itu.

Program bermula dengan alunan zikir terapi pada jam 6.45 petang, diikuti solat Maghrib berjemaah dan solat hajat mendoakan misi pencarian pesawat MH370 dan keselamatan serta kesejahteraan 239 penumpang termasuk anak kapal yang hilang sejak Sabtu lalu.

Malah, ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan turut menghadiri solat hajat itu memohon pertolongan dari Allah untuk merungkai misteri kehilangan pesawat terbabit.



Antara pengunjung Program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 Hijrah. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor


Program anjuran Sekretariat Selawat Perdana yang mendapat sokongan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam itu juga dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain qasidah dan selawat, suasana suasana juga kelihatan umpama lautan manusia berpakaian jubah putih memenuhi Dataran Putra mengikut tema yang dicadangkan penganjur.

Orang ramai bukan sahaja memenuhi bahagian dataran di depan Masjid Putra malah turut melimpah ke Jambatan Putra yang menghubungkan Presint 2.

my Metro

1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena