Keajaiban Cinta


Yo Yi  Mei tak pernah menyatakan apa-apa. Segalanya disimpan kejap di pintu sanubarinya Segala rasa itu dibiarkan dalam terpendam. Sudah lama ia berkawan akrab dengan temannya itu. Sejak dari bangku sekolah lagi. Lama kelamaan tumbuh dalam hatinya rasa sayang dan cinta terhadap teman lelakinya itu. Segalanya dibiarkan diam dalam kalbunya kerana ia mahu temannya itu sendiri yang menyedari rasa cinta itu. Namun temannya tak langsung memahami perasaan itu malah masih menganggap Yi Mei hanya teman biasa.

Hinggalah pada suatu hari Yo Yi Mei mendengar khabar mengejutkan.
"Aku ingin memberitahumu sesuatu. Pasti kau gembira dengan berita ini"
"Apakah berita gembira itu" cetus Yi Mei ingin tahu.
"Aku akan kahwin tak lama lagi. Kahwin Yi Mei. Ia gadis pilihan hatiku. Tentu kau setuju bukan?"
"Aku harap kau bahagia sahabat"
"Terima kasih Yi Mei. Aku pergi dulu"
Yi Mei terus tersenyum ke arah sahabatnya. Semakin jauh ia meninggalkan hatinya semakin dijamah kesayuan. Segenap yang dibayangkan tidak akan terjadi lagi. Benar-benar sahabatnya itu hanya menganggapnya sebagai teman karib. Cintanya sudah ditetapkan untuk yang lain.
Sepanjang hari Yo Yi Mei bersedih. Terlalu pedih untuk menerima hakikat itu tetapi ia menguatkan hatinya. Ia berdoa agar sahabatnya bahagia/

Hari itu 12 Julai 1994. Sahabatnya kembali berkunjung, Dibawa bersamanya contoh kad undangan perkahwinan. Dia mahu Yi Mei melihat sendiri kad undangan itu.
"Aku mahu kau datang pada hari perkahwinan itu. Aku mahu kau ada bersama Yi Mei"
Yi Mei hanya senyum. Sahabatnya menatap dalam-dalam susuk tubuh Yi Mei
"Apa kau sakit Yi Mei?
"Tidaklah. Biasa je"
"Kau begitu kurus. Tak ceria. Kau sakit Yi Mei?
Yi Mei senyum ke arah sahabatnya.
"Kau salah lihat nih. Aku macam dulu jugak. Mungkin kau yang perasan aku kurus. Bagiku ia biasa aje...."
 "Kau jangan bohong"
"Tidak" getus Yi Mei. "Cantik kad undangan ini Cuma aku ingin kau gunakan warna mereh muda. Kan lebih lembut."
Sahabatnya  mengangguk-angguk setuju. Matanya masih menatap tubuh Yei Mei
"Aku akan tukarkan warnanya sebagaimana kau mahu. Terim kasih Yei Mei. Aku harus pergui dulu, Maklumlah banyak urusan perlu diselesaikan. Hari ini aku dan bakal isteriku nak melihat perabot yang sesuai buat hari perkahwinan kami. Aku pergi dulu"
"Selamat jalan" Ungkap Yei Mei dalam suara yang bergetar. Hatinya semakin luluh. Senyuman bahagia di wajah sahabatnya itu membuatnya rasa amat luka. Tapi ia masih mahu menyembunyikan segala remuk itu. Ia melambai tangan ke arah  sahabat yang melangkah pergi.

18 Julai 1994 Yi Mei dimasukkan  ke hospital. Ia mengalami koma. Doktor mengesahkan Yi Mei menghidap kanser darah pada tahap kritikal. Harapannya untuk hidup amat tipis. Organnya yang berfungsi hanya pendengaran dan otaknya, organ yang lain sudah dikatakan mati.. Hanya alat bantuan pernafasan digunakan sekarang.


Sahabatnya mendapat khabar sedih itu Setiap hari dia akan melawat Yi Mei dan menunggu Yi Mei di hospital.
"Yi Mei, kau boleh dengar suaraku. Aku mahu kau dengar. Aku memilih untuk menunda tarikh perkahiwnanku. Tidak ada gunanya ia diadakan kalau kau dalam keadaan begini. Dari dulu aku katakan, kau tetamu istimewaku pada hari itu. Aku sanggup menunggu kau sembuh kerana aku mahu kau berada dalam majlis itu"


10 Disember 1994. Hari itu hari yang penting bagi keluarga Yi Mei. Mereka telah bersetuju sesama keluarga. Mereka tak mahu melihat Yi Mei terus menderita. Mereka mahu Yi Mei bebas dari keperitan panjang itu. Mereka sekeluarga telah membuat keputusan bahawa Yi Mei dibenarkan disuntik mati. Hanya itu caranya menamatkan keperitan hidup Yi Mei.


Berkali-kali sahabat Yi Mei memohon kebenaran dari keluarga Yi Mei agar diberi kesempatan untuk bercakap seketika dengan Yi Mei. Keluarga Yi Mei bersetuju. Yi Mei mendekati sahabatnya yang terbujur kaku di depannya.

"Yi Mei" bisik sahabatnya
" Masih kau ingat sewaktu kita bersama-sama mencari belalang, menangkap kupu-kupu? Aku tak pernah lupakan semua itu. Masih kau ingat Mei, waktu kita bersekolah. Kita sama-sama dihukum gara-gara lewat ke sekolah. "

"Tentu kau masih ingat sewaktu aku mengejekmu. Kau terjatuh ke dalam lumpur sewaktu kita sama-sama menyertai lumba lari. Kau marah. Kau menolakku hingga akupun sama kotor. Aku tak pernah lupa semua itu Mei.."

"Dengar baik-baik kata-kataku ini Mei. Aku benar-benar mahu kau sembuh. Aku ingin melihat senyum manismu seperti dulu. Aku suka melihat lesung pipitmu. Begitu ayu dan manis ketika kau senyum. Apakah tergamak kau meninggakkan aku sahabatmu di sini? Apakah kau mahu membiarkan aku sendirian di sini?"

Tanpa sedar airmatanya deras mengalir. Airmatanya membasahi wajah Yi Mei. 


"Mei, memang aku tak pernah memberitahumu apa yang bersarang di lubuk hatiku. Tapi kau harus tahu Mei, sememanya kau sangat bermakna bagiku. Aku tidak bersetuju kau disuntik mati. Kalau aku berdaya, mahu saja aku bawa kau keluar dari sini. Aku mahu kau hidup Mei. Aku mahu kau seperti dulu..... kau tahu kenapa Mei?  Tentunya kau tak pernah tahu semua itu. Aku mahu kau hidup Mei..... kerana aku sangat mencintaimu. Aku tak berani menyatakan padamu. Aku takut kau menolak. Aku tak mahu kehilanganmu"

"Kalaupun kau tak mencintai aku, tak mengapa Mei. Aku hanya mahu kau hidup. Dengarkanlah kata-kataku ini Mei. Aku mahu kau hidup. Buka matamu Mei.... bangunlah.... bangunlah Mei"
Airmata yang mengalir tidak terbendung lagi. Ia mengenggam kuat tangan Yi Mei.

"Aku sering berdoa Mei, Aku berharap tuhan berikan keajaiban padaku.Aku mahu kau sembuh. Kau sembuh dari segala sakitmu. Aku yakin kau boleh berbuat begitu. Hari ini aku berpuasa  aku berdoa untukmu, Aku mahu doaku didengar tuhan"

"Mei aku tak saggup melihat kau dikebumikan. Aku tak ada kekuatan menghadapi saat begitu. Jangan begitu Mei, jangan pergi dariku. Apakah kau sudah tak mencintai aku lagi?. Kau mahu pergi dan meninggalkan aku. Sedang aku sangat mencintaimu Mei. Aku mahu berkahwin kerana aku tak ada pilihan. Aku mahu berkahwin kerana mahu kau lupakan aku. Kau akan dapat mencari lelaki yang kau impikan dan mendirikan rumah tangga. Hanya itu kerana aku tak mahu melukakan hatimu"

"Kalaulah kau katakan pada bahawa kau mencintai aku, aku sanggup membatalkan perkahwinan itu. Aku nekad berbuat begitu..... tapi itu semua tak mungkin. Kau mahu pergi Kau yang mahu meninggalkan aku, pergi jauh dariku"

Dia terus berbisik

"Aku sayang padamu Mei. Aku mencintaimu Mei. Aku cinta padamu"
Dia terus mengalirkan airmatanya.


Tujuh jam kemudian, doktor yang merawat menemui tanda-tanda bahawa ada perubahan berlaku dalam tubuh Yi Mei. Yi Mei dapat menggerakkan jari tangannya. Jantung, paru-paru dan organ tubuhnya yang lain berfungsi semula. Doktor menghubungi keluarga Yi Mei tentang keajaiban yang berlaku. Tanggal 11 Dis 1994 Yi Mei sedar dari komanya.

14 Dis 1994 Yi Mei membuka matanya dan mampu berkata-kata. Turut bersama pada saat itu adakah sahabatnya. Ia memeluk Yi Mei sambil menangis gembira. Doktor kagum dengan apa yang berlaku. "Aku gembira kau telah sedar. Kau sahabatku yang terbaik", kata sahabatnya sambil memeluk erat tubuh Yi Mei.


Yi Mei tersenyum." Kau yang meminta aku bangun. Kau katakan bahawa kau mencintau aku. Tahukah kau sebenarnya aku sering mendengar kata-kata itu. Aku berfikir aku harus berjuang untuk hidup.
"Lei, aku mohon kau jangan tinggalkan aku kerana aku sangat mencintaimu"
Lei memeluk Yi Mei  " Aku juga sangat mencintamu juga Mei"

Pada 17 Feb 1995 mereka berdua berkahwin.
Mereka menerima menerima  seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan itu

Keajaiban cinta ini menggemparkan Beijing.

Tetapi sedarilah, begitulah keajaiban cinta




Comments

Post a Comment