Berdoalah Untuk MH370

usahlah malam menggelapkan kami
usahlah siang memijarkan kami
usahlah terhenti urat dan nadi
semangat dan sabar berumbi tawakal
kita hanya manusia
lemah dalam usaha dan upaya
padamu kami berlindung
padamu  kami bermohon
Ya Allah, permudahkan arah
segala usaha menemui jaya
padamu kami memohon ampun
padamu kami berserah
amin

Malaysians come together as search for missing airliner continues

Malaysians have taken to a variety of ways to show their support for the families of passengers on the missing Malaysia Airline flight MH370.

Some organisations like non-profit youth group IM4U and music company NBCUniversal have either cancelled or postponed their events.

NBCUniversal cancelled a scheduled press conference for for the E! News Asia Special Lisa Surihani “out of respect” for the missing MAS flight.

IM4U director Efny Johan said their press conference had the support of Media Prima but “after discussion with their management, it was agreed that focus should be given to MH370.”

As the sun sets on Day Three of the search and rescue operations with no news of the missing aircraft and what happened to its crew and passengers, Malaysians are feeling the weight of the helplessness of it all.


 

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hari ini bertemu dengan keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang kini ditempatkan di The Everly Hotel di sini.

Pertemuan kira-kira sejam itu turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan isteri Datin Seri Norzieta Zakaria.

Ketika ditemui pemberita, Dr Mahathir berkata beliau berharap tiada yang menunding jari kepada pihak yang sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370.

"Perkara itu tidak akan menyelesaikan masalah," kata beliau dan enggan mengulas lanjut.

Sementara itu Mukhriz berkata beliau bertemu dengan empat keluarga mangsa yang berasal dari Kedah dan menyampaikan rasa simpati serta sokongan moral kepada mereka.

"Saya dapat bayangkan betapa sukarnya... mereka meluahkan perasaan bahawa amat sukar menunggu begitu lama tetapi maklumat yang diperoleh cuma sedikit.

Mereka juga menyatakan tidak mahu menerima maklumat palsu yang membuahkan harapan namun akhirnya kecewa setelah harapan itu tidak menjadi kenyataan.

"Harap-harap mereka yang menggunakan media sosial lebih sensitif dalam perkara ini," katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar, kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam Jumaat dan sepatutnya dijadual tiba di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu. - Bernama

Comments

  1. ...MAAF tak sempat nak terjah semua entry..rindu nak blogwalking..
    jom singgah blog syira ..doakan untuk MH370 :)
    # Puisi- MH370 Pulanglah ! #

    ReplyDelete

Post a Comment