Yayasan Usman Awang

 
Yayasan Usman Awang ditubuh himpun karya untuk penyelidikan
February 10, 2014

Sebuah badan dikenali sebagai Yayasan Usman Awang, ditubuhkan hari ini bagi menghimpun karya sasterawan negara untuk kemudahan para pengkaji sastera dalam dan luar negara membuat penyelidikan.

Haslina Usman, anak sasterawan itu berkata:
"Penubuhan Yayasan Usman Awang ini juga sebenarnya adalah untuk dijadikan sebuah 'research centre' bagi memudahkan pengkaji sastera dalam dan luar negara mencari karya ayah saya".

Bercakap di sidang media berhubung penubuhan yayasan itu, di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Haslina berkata usaha akan dilakukan segera bagi mengumpul dan memulihara khazanah karya sasterawan itu di dalam negara dan juga yang berada dalam simpanan Perpustakaan Nasional Singapura.

Turut hadir adalah Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan, Sasterawan Negara, Datuk Anwar Ridhwan dan Pengarah Urusan Hai-O Enterprise Berhad, Tan Kai Hee yang turut mengumumkan untuk menyumbang RM1juta kepada Yayasan Usman Awang.

Beberapa rakan karib Usman turut hadir, antaranya Senator Dr Syed Husin Ali; mantan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Tan Sri Kamarul Ariffin; dan penggiat teater tanah air, Che Shamsudin Othman atau Dinsman.

Haslina berkata beliau dan ahli jawatankuasa sementara Yayasan Usman Awang sedang menjalankan usaha mengumpul semua karya Usman melalui nama pena yang pernah digunakan tokoh itu.

"Selain Tongkat Warrant, ayah saya pernah menggunakan nama pena seperti Pengarang Muda, Manis, Zaini dan Atma Jiwa.

Jadi, karya arwah ayah saya sebenarnya banyak, setakat yang diketahui novel ada satu, puisi 200 lebih, cerpen 100 lebih dan beberapa puluh drama. Itu yang diketahui, bayangkan kalau kita mencari, banyak lagi karya arwah yang dihasilkan sejak beliau mula menulis, dari muda sehingga akhir hayatnya akan ditemui," katanya.

Pada majlis itu, Haslina turut mengumumkan akan mengadakan majlis Pertemuan Kawan-Kawan Usman Awang yang dianjurkan pihaknya, bertujuan untuk menghimpun penggiat sastera tanah air pada Ahad ini di Dewan Bankuet, DBP.

Pelbagai program bakal diisi pada majlis pertemuan itu, antaranya tayangan dokumentari Usman Awang (gambar), Anugerah Integrasi Nasional Usman Awang, makan malam dan deklamasi puisi Usman Awang. – Bernama, Februari 10, 2014.

malaysian insider


Yasasan Usman Awang to be established soon
By ASYRAF ABDUL SAMAD

KUALA LUMPUR: The establishment of Yayasan Usman Awang by the late Datuk Dr Usman Awang’s close friends and family members is in the beginning stages, said Haslina Usman.
“The proposal to set up a charitable foundation to preserve all works of literary treasures by my late father has long been discussed at various meetings held by some of his close friends who are very concerned about the fate of the status of his works,” she said.

Haslina added that many of his works went unpublished those in the Singapore’s National Archive are not found in the Malaysian Archives.

“These are some of Malaysia’s national literary treasures and we would like to see them collected and preserved before they are lost forever.”

Dubbed as the father of modern Malay literature, Usman was awarded the Malaysian National Laureate in 1983 for his work as a poet, playwright and novelist.

“One of the goals of the foundation is to ensure that the creation of our literary heritage continues, as well as to collect literary works of Usman that were previously unknown,” said Senator Dr. Syed Husin Ali, a member of the ad hoc committee.

Syed Husin also said that the foundation aims to provide assistance to writers and children with talent or interest in the literary arts.

Also present during today's conference were National Laureate Datuk Dr. Anwar Ridhwan, writer and poet Samsudin Othman, Tan Sri Kamarul Ariffin, Datuk Dr Awang Sariyan, Kamarazaman Yacob and Tan Kai Hee of Hai-O Enterprise.

nst

Comments

Post a Comment