kalaulah luka itu

kalaulah luka itu 


kalaulah luka itu
mengingatkan aku pada perjalanan ini
bahawa amat sementara  antara singgah matahari
dan sinar purnama
dan memberi sedar tentang khilaf dan alpa
mengusung pacuan menembus gemerlap fatamorgana
semakin dekat  tawa semakin jauh takwa
semakin banyak kata semakin  sedikit doa
kalaulah luka itu
mendekatkan aku pada keranuman abadi
biarlah ia begitu
biarlah dari airmata 
aku belajar mengerti makna 
makmur sejahtera
syukur redha

hanya begitu
sebelum berakhir
warna-warna



Comments

  1. Assalamualaikum. puitis sungguh. hehe sheila nak bagitau review blog akan keluar awal bulan 2. maaf lambat update review, baru nak warm up berblogging semula. hehhe. jangan marah ye. nanti jemput singgah dan baca ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment