Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman

Tidak banyak novel yang mendapat tumpuan dan dipersembahkan dalam pelbagai genre - dari novel ke pentas teater dan ke dunia digital drama televisyen. Tidak banyak novel yang diberi perhatian oleh begitu ramai seniman dalam mengangkat martabat novel ke dalam dunia luar dari novel - Datuk Johan Jaafar, Wan Hanafi Su, Sabri Yunus, dan ramai lagi. Ia hanya berlaku hanya pada sebuah novel besar dan ternama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman karya Sasterawan Negara Datuk Dr Anwar Ridhwan.

Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman merupakan novel pertama Datuk Dr Anawar Ridhwan yang diterbitkan pada 1979 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.  Novel ini memancing Datuk Johan Jaafar untuk mengadaptasi ke teater. Skrip dan arahan oleh Datuk Johan jaafar dan Othman Haji Zainuddin bertindfak sebagai penerbit. Ia telah dipentaskan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka dari 9 hingga 12 Disember 1984. Pementasan ini telah dijayakan oleh Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan, Ahmad Busu sebagai Mat Junuh serta pelakon lain Mohamed Ali Osman, Zanariah Wahid, Othman Hj. Zainudin, Bohari Ibrahim, A. Rahim Muda, Mohd. Sabri Yunus
Badrul Hisyam Mohd. Noh, Ahmad Busu Wan Maimunah Wan Abd. Aziz, Nor Adirah Abdul Rahim, Azizah Supardi, Shamsidar Omar, Shaari Shafie, Wan Ghani Ibrahim, Shahrizan Ahmad, Muhd. Faizal Othman, Kamariah Abu Samah, Filus Aghriya, A. Ghafar Bahari, Muhd. Hafiez Othman, Muhd. Harris Fadila Othman, Norraya Mohd. Yusof, Norian Taib, Abu Bakar Buyong, Norafidah Hanum, Azizah Nordin, Mahmood harun, Zulkifli Kamarudin. Zainal Abdullah, dan Wan Ahmad Wan Daud.

Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman muncul antara teater yang diingati dan mendapat sanjungan. Ia bersesuaian dengan arus teater yang berkembang pesat pada era 1980-an.

Sabri Yunus kemudiannya mengangkat karya besar ini ke dunia telefilem dengan bertindak sebagai penulis skrip dan pengarahnya. Ia dibarisi oleh pelakon hebat terutama Wan Hanafi Su yang sekali lagi berperan sebagai Pak Hasaan dalam genre drama televisyen. Drama ini mula ditayangkan pada 1 Jun di Astro Channel 952. Turut berlakon di samping Wan hanafi Su ialah Mardiana Alwi, Amerul Affendi, Bohari Ibrahim, Nam Ron, zul Huzaimy, Kamarool Hj Yusoff, Husyairi Chua, Azizul Ammar, Rashid Jaafar, Norseha Hameed dan lain-lain.

Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman sebenarnya sebuah nostalgia yang mengimbau para peminat sastera, teater dan drama televisyen. Sebuah karya besar yang digauli oleh pelbagai nama besar dalam usaha mengangkat warna seni, sastera, dan budaya ke tahap terbaik. Jarak masa yang begitu panjang meletakkan bahawa sesebuah karya yang terbaik akan sering mendapat perhatian dan tumpuan meski digalurkan dalam pelbagai versi adaptasi. Novel dengan dunia bahasa dan teksnya, teater dalam dunia lakon dan dialognya, serta telefilem dengan suntingan, kamera, efek bunyi dan lakon. Ternyata bahawa alam baru ini tidak mengurangkan impak seninya sebaliknya ia dapat menghasilkan versi baru yang lebih dinamik dan impresif.

Dalam novel kita temui Pak Hassan yang terperangkap dalam dunia lipurlara, berjuang untuk keluar ke alam realiti dan memahami kehilangan isteri tersayang. Garis-garis hidup Pak Hassan tersembunyi dalam lincah bahasa pengarang yang menyaratkan emosi Pak  Hassan dengan Mat Junuh yang gagal menjadi pawaris segala kepakarannya bercerita serta nasib malang dara suntinya Senah yang menjadi mangsa sarakah manusia. Zaman yang langsung tidak berpihak pada Pak Hassan ditandai dengan kehadiran askar Jepun dan kemunculan radio di rumah Paman Bahari. Objek radio menjadi ikon kemajuan yang memerangkap bakat dan  kebolehan Pak Hassan. Dalam novel dunia Pak Hassan begitu meronta dan terjerumus dalam sub-concious yang bersilih ganti antara cerita Si Gembang Teluk Bidung Kota Lama dengan realiti pahit kehidupannya bersama Senah dan Mat Junuh.

Dalam teater, segala pergolakan dan kejiwaan Pak Hassan cuba ditampilkan dengan lakon dan aksi yang mengelora emosi audiens. Relung-relung hidup yang berpintal antara realiti dan alam ceritanya terjalin secara impresionistik oleh lagak dan aksi pendukung watak. Dunia pedih Pak Hasaan berbingkai pada set rumah dan laman gobok Pak Hassan. Dengan bantuan kostum, muzik dan pencahayaan, ia melahirkan  kekaguman yang mengolah emosi dan simpati audien.

Telefilem membawa dimensi baru yang lebih impresonistik dan realistik. Latar alam yang nyata menjadi set drama, muzik dan pencahayaan, sorot dekat dan teknik fotografi merakam dunia luar dan dalam Pak Hassan secara lebih realistik. Malah Pak Hassan di tangan Wan Hanafi Su dalam telefilem lebih menyungguhkan dan merentap emosi audien daripada apa yang dipersembahkan di pentas. Meskipun lakonan watak Mat Junuh dalam telefilem agak menganggu dengan penampilan yang kurang jelas antara cacat dan terencat akal dapat ditutupi oleh kekuatan Pak Hassan yang menjadi dominasi drama ini. Apa yang menarik adalah genre drama televisyen lebih memberi warna pada Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman.

Marilah kita mendekati Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman. Yang penting adalah mendalami segala fikir dan iktibar yang cuba digariskan pengarang tentang kemanusiaan, seni, dan masyarakat. Isu yang terbawa dalam novel ini sebenarnya tidak terhenti pada era novel ini pertama dihasilkan tetapi ia mendasari hidup dan alam manusia secara universal.

Manusia bersidi sakti. Itu antara pencarian dan harapan Pak Hassan.

Barangkali apa yang dibimbangkan oleh Pak Hassan bukan dunia seni berceritanya yang tidak berwaris, nasib malang Senah, dan dunia gelap Mat Junuh. Tapi yang dibimbangkan ialah inilah novel terbaik yang sempat dibaca dan disanjung begitu tinggi.  Sebagaimana Pak Hassan merasa perih mencari pengganti kesenimanannya. Kita akan melalui era gelap Pak Hassan tanpa warisan pe nulis sehebat Datuk Dr Anwar Ridhwan, pelakon, penyanyi sebaik Ramli Sarip yang mendendangkan lagu tema filem ini, pengarah teater sehebat Datuk Johan Jaafar. Penggerak seni seteguh Wan Hanafi Su.

Kita bimbang ia akan terjadi  kerana pelapis dan peneraju pewarisnya masih belum kelihatan.....



Cebisan tulisan di bawah ini sebagai nostagia yang dapat kita renungkan bersama :

 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman


Sebaik sahaja membaca perkataan pertama, saya terus melekat untuk mencapai ke titik pengakhiran. Dalam masa setengah malam bermula selepas marghrib sehingga tengah malam saya mengusaikannya. Ia adalah angkara kehebatan salah satu karya pemenang Anugerah Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan.

Novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (HHTSS) adalah karya pertama Anwar Ridhwan yang pertama kali saya baca. Ia juga buat pertama kalinya saya mengenali gaya penulisan beliau. Sememangnya tepat penganugerahan yang telah diberikan kepada beliau sebagai kelompok Sasterawan Negara (SN) baru-baru ini. Walau pun sedikit kecewa dengan pengakhiran novel tersebut, tapi saya amat berpuas hati apabila dapat membaca karya sebegini. Timbul perasaan yang pelbagai dalam diri setelah menghayati peristiwa yang terkandung di dalam novel tersebut. Kadang kala menghiburkan. Sedih. Suspen. Marah dan bersemangat.

HHTSS merupakan sebuah novel yang mengisahkan berkenaan seorang lelaki tua yang lebih dikenali sebagai Pak Hassan, iaitu seorang penglipur lara di kala kehidupan zaman pendudukan British dan Jepun. Kehadirannya di beberapa buah daerah nyata sekali menghiburkan penduduk setempat kerana kebijaksanaan dan kepintaran beliau mengolah cerita yang nyata sekali menceriakan mereka untuk mendengarnya. Maklumlah, pada masa itu masih tidak dilengkapi dengan teknologi seperti sekarang. Radio pula mahal dan tidak mampu milik oleh semua orang (pada zaman itu). Maka, Pak Hassan menjadi tumpuan penduduk untuk berhibur. Namun di sebalik itu, kehidupan Pak Hassan dilingkari dengan kesedihan atas pemergian isteri kesayangan, Selemah setelah meninggal akibat sakit selepas bersalin. Nyata, pemergian isterinya membuatkan Pak Hassan kerinduan dan hanya ditemani dua orang anaknya yakni Senah dan Mat Jusuh yang terencat akal.


Sebelum itu, keistimewaan yang dimiliki oleh Pak Hassan telah menjadinya amat disenangi oleh penduduk. Keperibadiannya yang ceria, ramah dan suka bergurau menjadikan jiran-jiran tidak merasa janggal dengan Pak Hassan sekeluarga. Akhirnya, di sebuah kampung Pak Hassan sekeluarga dijemput untuk tinggal menetap dengan tawaran tanah dan rumah oleh Imam Mahali. Sejak itu, dari sebuah kampung yang suram kini bersinar dengan kehadiran Pak Hassan sekeluarga. Itu lah yang berlaku sebelum kepergian isterinya. Kini, anak-anaknya sudah membesar dan Senah selaku anak sulung banyak mengikut ciri-ciri isterinya sehingga Pak Hassan teringat kepada Selemah. Namun, keadaan Mat Jusuh yang tidak sempurna sedikit sebanyak menganggu pemikirannya.

Dalam novel ini, pembaca akan didendangkan dengan bahasa yang indah dan tersusun rapi. Setiap unsur-unsur alam seolah-olah dicirikan dengan baik sekali. Ia membuatkan pembaca seolah-olah tenggelam dalam kehidupan Pak Hassan. Itu lah tarikan penulisan Anwar Ridhwan. Apabila plot yang mendebarkan, pembaca akan turut rasa berdebar sebagaimana wataknya. Melalui HHTSS ini juga, pembaca akan diingatkan kepada keseronokan permainan-permainan tradisional atau permainan orang kampung yang nyata sekali mengimbau kenangan zaman keanak-anakan pembaca. Saya tersenyum sendirian apabila membaca dan menghayatinya melalui watak Aziz, anak lelaki Ramli. Di samping itu, pembaca juga dihidangkan dengan keadaan atau situasi ketika penduduk di ambang penjajahan Jepun. Jika sebelumnya, penduduk bebas ke mana-mana. Tetapi semenjak kehadiran mereka, batas-batas perjalanan terhad kerana risau dengan nafsu askar Jepun ke atas para perawan khususnya golongan gadis kampung. Deruan kapal terbang Jepun di malam hari. Kegelapan rumah kerana takut dihampiri askar Jepun. Semuanya mendedahkan kepada generasi muda sekarang kepada suasana yang berlaku pada suatu ketika dahulu.

Apa yang menyedarkan melalui novel ini adalah bagaimana pada suatu ketika dahulu masyarakat setempat hidup secara bersama-sama, tolong-menolong tanpa mengira sesiapa sahaja. Semuanya dilakukan dengan ikhlas dan penuh kejujuran. Semangat kekitaan begitu kuat sekali. Ia amat berlainan dan berbeza dengan situasi masyarakat kita sekarang. Kebanyakan orang-orang kita bersikap individualistik khususnya di kawasan bandar. Dalam kawasan perumahan yang sama, mungkin ada sesetengah masyarakat masih tidak mengenali jiran-jiran seperumahan walau pun sudah duduk menetap bertahun-tahun.

Klimaks novel ini apabila berlakunya pergolakan jiwa dialami oleh Pak Hassan selepas kedua-dua anaknya iaitu Senah dan Mat Jusuh melarikan diri daripadanya. Kehilangan mereka membuatkan kehidupan Pak Hassan murung, sedih dan dilanda kekecewaan. Ternyata, ia amat menggangu dan menguji keimanannya untuk redha dengan ketentuan-Nya. Melalui plot ini, mungkin pembaca akan sedikit kecewa kerana penulisnya tidak menceritakan apa yang berlaku pada Senah dan Mat Jusuh selepas melarikan diri walau pun pembaca boleh mengagak apa yang berlaku. Dan inilah satu-satunya pembunuhan watak oleh penulis yang membuatkan pembaca sedikit terkilan. Atas dasar kasihan kepada Pak Hassan, kedua-dua watak tersebut adalah sama penting dengan watak utama sebenarnya kerana mereka perlu juga diberi kredit kerana berjaya menghidupkan cerita bersama Pak Hassan.

Walau bagaimanapun, novel ini mempunyai tarikannya tersendiri. Ia boleh mencandukan pembaca untuk mengusaikannya pada masa itu juga. Ia karya yang wajib dibaca oleh semua rakyat Malaysia kerana ia mengandungi nilai-nilai sejarah, kemanusiaan, sosial dan motivasi dalam menginspirasikan kita untuk dijadikan renungan dan lebih bersemangat menempuh arus kehidupan. Daripada 5, saya memberikan 5 bintang novel ini.

Selepas ini, saya ingin mengenali Naratif Ogonshoto pula.

Persepektif


Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman: Dari novel ke layar

KUALA LUMPUR: Telefilem Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (HHTSS) yang akan ditayangkan kepada umum di saluran 952 Tayangan Hebat Astro Box Office Movies mulai hujung minggu ini boleh disifatkan sebagai satu perjalanan proses kreatif atau kembara seni dua tokoh utama seni lakon tanah air yang cukup menarik.

Sabri Yunus yang mengarahkan telefilem itu dan Wan Hanafi Su yang memainkan watak Pak Hassan sebelum ini pernah terlibat dalam pementasan teater dengan judul yang sama yang diangkat daripada novel karya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Anwar Ridhwan.

"Teater itu adalah teater pertama penglibatan saya dalam bidang lakonan, jadi tentunya amat mendalam cerita ini kepada saya," kata Sabri dalam satu wawancara mengenai pembikinan telefilem berkenaan.


HHTSS yang menang Hadiah Peraduan Mengarang Novel anjuran Yayasan Sabah/Gapena pada tahun 1979 diangkat ke pentas oleh Badan Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1984. Ia dipindahkan daripada novel ke pentas oleh Datuk Johan Jaaffar yang menulis skrip dan mengarah teater itu.

Sepanjang hampir 30 tahun selepas pementasan pertama itu, Sabri tumbuh menjadi seorang pelakon pentas yang dihormati serta pelawak yang disegani. Sejak beberapa tahun lalu, beliau mula memerah kreativitinya sebagai pengarah telefilem dan membuktikan kewibawaannya termasuk melalui Sanggul Beracun yang menang Hadiah Drama Terbaik Anugerah Skrin 2011.

Wan Hanafi Su pula merupakan pelakon yang bersengat di pentas dan di skrin biarpun bakat besarnya tidak begitu dipedulikan kecuali di kalangan mereka yang tahu dan mengerti.

Beliau memainkan watak Pok Eng dalam Bunohan yang lakonannya dipuji tetapi tercicir daripada sebarang pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-25.

"Ini proses kematangan yang berlaku kepada dua orang yang terbabit secara langsung dalam Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Ini saya percaya satu pusingan yang cukup menarik," kata Johan.

HHTSS yang mengambil latar zaman Perang Dunia Kedua mengisahkan tentang seorang penglipur lara yang mengharungi zaman malapnya setelah kehilangan isteri, Selamah. Hidup Pak Hassan bersama dua anaknya, Senah (Mardiana Alwi) dan Mat Junuh (Ameerul Effendy) tidak habis dirundung malang yang bertimpa.


Telefilem ini diterbitkan oleh Syahid Johan daripada Balang Rimbun Sdn. Bhd. yang sebelum ini menerbitkan antara lain Sanggul Beracun, Sebuah Piala Seekor Kambing dan Parut Ashikin.

Sebagai penulis novelnya, Anwar cukup memahami perbezaan kaedah penceritaan antara teks yang dibaca dengan teks yang ditonton.

"Saya membenarkan kaedah-kaedah ini dimanipulasi dan juga ditangani dengan sebaik mungkin melalui sudut pandangan seni dan juga bagi tujuan-tujuan penontonan dan juga kesan seni yang terbaik," katanya.


Selebihnya, beliau mempunyai keyakinan yang tinggi kepada Sabri yang disifatkannya sebagai "bukan orang yang asing" dengan kisah Pak Hassan dan Cerita Si Gembang dan Teluk Bidung Kota Lama itu.

"Saya kira dia mendewasa dengan novel ini. Apabila beliau memperoleh novel ini untuk dijadikan filem, saya rasa dia mempunyai kemampuan seni dan intelektual untuk mentafsir novel ini dan mempersembahkan sebuah filem yang setia dengan teksnya tetapi menarik dari aspek-aspek kesenian yang lain," tambah Anwar.

Dengan pengalaman pernah 'hidup' dalam teks HHTSS, Sabri tidak berdepan banyak masalah untuk memindahkan kisah Pak Hassan ke skrin

"Kerja itu tidak terlalu sukar kerana jambatannya ialah teater tersebut. Kalau tidak ada teater susah juga rasanya," katanya dalam satu pertemuan dengan Astro AWANI baru-baru ini.

HHTSS ditayangkan secara eksklusif melalui slot Tayangan Hebat Astro Box Office Movies di saluran 952 sepanjang Jun ini.

Astro Awani


A tormented soul amidst chaos
By Johan Jaaffar


WORK OF ART: Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman is one of the finest novels in Malay, written by one of the best all-round writers the country

HARI-HARI Terakhir Seorang Seniman (HHTSS) consumed two years of life. When I decided to adapt Anwar Rithwan's first novel for the stage in 1984, I didn't imagine it would change my life and that of many others.

The production was itself a tough one, replete with drama and intrigue, and affecting almost all the actors and stagehands.

HHTSS was staged more than 20 times and represented Malaysia at the Singapore Drama Festival in 1985. Many of those involved have become household names on stage, TV drama and film. I left the stage after adapting and directing A. Samad Said's Salina (1986) and A. Samad Ismail's Rumah Kedai Di Jalan Seladang (1989).

HHTSS won the first prize in the Yayasan Sabah-Gapena Novel Writing Competition and was published by Dewan Bahasa dan Pustaka in 1979.

I was mesmerised by the plight of Pak Hassan, a Tuk Selampit (story teller), who left Kelantan broken-hearted and settled in a small village in Selangor.

He regaled the village folk with incredible stories of old -- especially that of Si Gembang Teluk Bidung Kota Lama. It is a story of greatness, sacrifice and betrayal. But more importantly, one of adventure.

Pak Hassan eventually was not able to differentiate the stories that he narrated from himself and his family. His daughter Senah and his retarded son, Mat Junuh became part of the Si Gembang story. Set in the time of the Japanese invasion of Malaya, Pak Hassan had one competitor, the radio belonging to his good friend, Paman Bahari. People were attracted to the new gadget, few came to listen to his stories.

HHTSS is one of the finest novels in Malay, written by one of the best all-round writers the country has ever known. Anwar writes novels, short stories, poems, dramas and essays. He later became the 10th Sasterawan Negara in 2009.

My quest to adapt the novel was no easy task. I have been writing and directing plays since my university days. I was "discovered" by the late Usman Awang when I staged Kotaku Oh Kotaku at the Experimental Theatre, University of Malaya in 1975. Together with Dinsman, Nordin Hassan, Hatta Azad Khan and Mana Sikana, we were said to be the proponents of "absurd theatre" in the country in the 70s.


I was acting in Hatta Azad Khan's direction of A. Samad Said's Di Mana Bulan Selalu Retak when the late Mustapha Noor offered me to play the part of Dr Stockman in Ibsen's Enemy of the People in 1984.

It is said to be one of the most difficult characters ever created for the stage. I learned a lot from Mustapha who spent many years in the New York theatre circuit, which I put to good use in directing HHTSS.

Adapting HHTSS for stage wasn't easy for it is not a straight-forward, episodic novel. It utilises to the fullest the technique of stream of consciousness to reflect the tortured mind of Pak Hassan.
I won the Hadiah Sastera Negara for adaptation in 1984/85, the first recipient in that category.
I had to create two "Pak Hassan" - the real one and his alter ego, Tuk Selampit. I had known Wan Hanafi Su for some time, one of the best talents from Terengganu and a logical choice to play Pak Hassan.

Tuk Selampit was a difficult choice. A graphic artist from Kelantan, who never before acted on stage was tested, he was superb. He became a respectable stage actor and a comedian.
When a production company, Balang Rimbun, tried him to direct a play, he won best director for Sanggul Beracun at TV3's Anugerah Skrin two years ago.

Sabri directed the telemovie version of HHTSS. Wan Hanafi is now 62, reprising the character he played on stage almost 30 years ago. Bohari Ibrahim was hardly 24 when he played Paman Bahari in 1984; he is now 54, the only other actor from the original cast. The producer, Syahid, was not even born when the play was first staged.

Wan Hanafi has matured and stamped his incredible mark in the telemovie. Amerul Affendi is a gem, playing Mat Junuh and Mardiana Alwi excels as Senah.

Zul Huzaimy and Nam Ron (two of the most respected young actors) are perfect in their roles as Mansor and Ramli respectively.

But watch Norseha Hamid as Fatanah, Ramli's wife.

She says little, but you can see her gestures and behaviorial tick to portray her sadness and sympathy for the man she admires, Pak Hassan.

That is HHTSS -- about a tormented soul of a man who outlived the glory of the great days of oral tradition.

nst



Versi ketiga Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman

SEBUAH naskhah besar yang pernah mencandukan pembacanya, Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (HHTSS) sejujurnya telah berada di tangan karyawan yang selayaknya. Skrip adaptasi novel nukilan Sasterawan Negara ke-10, Dr. Anwar Ridhwan itu sudah 20 kali dipentaskan dalam versi teater sejak awal tahun 1984.

Dahulu, di tangan Datuk Johan Jaaffar yang ketika itu masih muda, pementasan HHTSS pernah dianggap antara pementasan teater terbaik sekitar tahun 1980-an. Ketika itu pemeran watak utama sebagai Pak Hassan dilakonkan oleh Wan Hanafi Su manakala Sabri Yunus diberikan watak Pak Hassan semasa muda.

Tahun 2013, di bawah arahan bekas pelakon teater itu sendiri Sabri Yunus, HHTSS diadaptasikan pula daripada skrip drama pentas ke versi supertelefilem.

Novel HHTSS merupakan pemenang Hadiah Pertama Sayembara Menulis Novel Yayasan Sabah-Gapena 1979.

“Sebelum ini ada ura-ura naskhah itu hendak diangkat menjadi filem digital tapi beberapa kekangan tak dapat dielakkan. Saya cukup gembira apabila pihak Astro memasukkan HHTSS ke saluran Astro Best.

“Jika selama ini pembikin lain membuat adaptasi daripada novel ke drama atau filem, saya pula lebih selesa menganggap supertelefilem HHTSS ini sebuah karya yang diadaptasi daripada skrip teater ke drama TV,” jelas Sabri yang sengaja kembali ke negeri asal Pak Hassan dan tanah kelahirannya sendiri di Kelantan untuk penggambaran drama itu dua tahun lalu.

Mengekalkan kisah Pak Hassan, sang penglipurlara pada hujung usia, di tangan pengarah Sanggul Beracun dan Parut Asyikin itu, HHTSS turut diberi terjemahan peribadi oleh Sabri.

“Saya tidak mahu menjadi sekejam penulis novel berkenaan,” jelas Sabri saat disoal tentang penghujung cerita yang memberi sedikit kejernihan kepada kehidupan keluarga Pak Hassan, Senah dan Mat Junuh yang cukup tragis itu.

Diterbitkan oleh Balang Rimbun Sdn. Bhd., drama yang diberi taraf supertelefilem tersebut masih mengekalkan dua pemegang watak asal versi teater iaitu Wan Hanafi Su sebagai Pak Hassan dan Bohari Ibrahim sebagai Paman Bahari.


“Sebenarnya saya ada satu rahsia. Saya tidak membuat banyak persediaan untuk watak Pak Hassan kali ini. Alasan saya, Pak Hassan itu sendiri sudah sebati dalam diri saya.

“Dulu saya masih muda, berusia sekitar 30-an untuk menjadi Pak Hassan yang telah tua, sekarang saya tidak perlu membuat perubahan terhadap bentuk karakter itu,” beritahu Wan Hanafi Su yang dipuji Johan Jaaffar dalam satu diskusi usai pratonton HHTSS di Finas, Isnin lalu.

“Saya menikmati buah tangan Sabri Yunus ini dengan rasa bahagia, saya menghormati kerja Sabri dan saya juga kagum dengan lakonan yang ditunjukkan oleh setiap pelakon HHTSS. Kegilaan Wan Hanafi Su nampaknya semakin bertambah,” ujar Johan.


Mencelah dari kerusi panel diskusi di Auditorium P. Ramlee, Finas itu, Sabri pula menyahut:

“Saya tidak banyak mengarahkan pelakon-pelakon saya. Mereka mengalir bersama karakter. Kepada Wan Hanafi, saya kata saya mahu dia jadi Pak Hassan Sabri Yunus, bukan Pak Hassan Johan Jaaffar.”

Turut dibintangi Zulhuzaimy Marzuki, Mardiana Alwi, Nam Ron, Amerul Affendi dan Hushairy Hussain, HHTSS boleh ditonton menerusi saluran Astro Best bermula 1 Jun.

Kosmo Online



Wan Hanafi Su: Saya bukan nak glamor

Pada usia 63 tahun, pelakon berkaliber Wan Hanafi Su masih aktif memenuhi undangan berlakon sama ada cabang seni drama, teater mahupun filem.

Bukan saja sebagai periuk nasi, bidang seni juga sudah menjadi darah dagingnya, sejak dulu.

Bagi anak kelahiran Besut, Terengganu yang mengagumi aktor Hollywood, Marlon Brando dan Al Pacino ini, dia akan terus berlakon selagi kesihatannya mengizinkan dan diterima peminat.

Bermula dengan watak pembantu dalam drama Panggung RTM berjudul Kalut pada 1978, Wan Hanafi Su yang juga pemegang Sijil Seni Kreatif dari Universiti Sains Malaysia terus tidak menoleh ke belakang lagi untuk menggilap bakat lakonan sedia ada.
Foto

Kehebatannya di pentas lakonan turut diiktiraf apabila diangkat sebagai Pelakon Lelaki TV Terbaik (Anak Pengayuh Beca) pada Anugerah Seri Angkasa 2005.

Terbaru, pelakon filem Bunohan dan Jogho ini dicalonkan dalam kategori Top 5, Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman pada Anugerah Skrin (ASK) 2013.

Dia turut terpalit kontroversi berlakon babak ranjang dengan Marsha Milan Londoh dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob.

Selain Wan Hanafi Su, kategori itu turut menyaksikan persaingan sengit dengan barisan pelakon berpengalaman iaitu Datuk Rosyam Nor (Fatihah Untuk Abah), Faizal Hussein (Fatihah Untuk Abah) dan Sharnaaz Ahmad (Di bawah Langitmu).

Ikuti temubual Wartawan RAP, Ramlah Zainal (ramlah@mediaprima.com.my) bersama Wan Hanafi Su mengenai pencalonan dan harapannya pada ASK 2013 sekali gus perkembangan terkini karier seninya khusus untuk ruangan Verbatim minggu ini.

Pada masa sama, pelakon berkarakter ini turut berkongsi pandangannya mengenai bidang seni tanah air.


RAP: Adakah anda menaruh harapan tinggi untuk menang dalam kategori yang dicalonkan iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama pada ASK 2013?

HANAFI: Kalah atau menang soal kedua kerana apa yang penting lakonan saya dalam drama itu dilihat dan dinilai oleh penonton dan barisan juri. Saya juga sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan diri dan kini hanya serahkan pada ketentuan Tuhan.


RAP: Siapakah calon Top 5 dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama ASK 2013 yang memberikan saingan paling sengit pada anda?

HANAFI: Sebenarnya, saya pernah dicalonkan dua kali dalam ASK iaitu kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik sebelum ini. Berbanding calon lain yang disenaraikan dalam Top 5, saya melihat pelakon Faizal Hussein yang beri saingan sengit pada kategori utama ini. Kehebatannya sudah teruji dalam Bunohan dan saya tidak ralat jika dia yang menang kategori berkenaan.


RAP: Kenapa anda tertarik untuk berlakon watak Pak Hassan dalam naskhah Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman?

HANAFI: Saya sudah kenal dengan karakter Pak Hassan sebelum cerita ini diangkat ke kaca TV lagi. Sebelum ini naskhah Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman adalah projek teater Dewan Bahasa dan Pustaka dan pernah dipentaskan pengarah Sabri Yunus pada 1983. Hanya selepas 26 tahun, barulah cerita ini dijadikan drama TV untuk saluran Astro. Justeru, bila ditawarkan Sabri untuk berlakon watak Pak Hassan dalam di kaca TV, saya sukar untuk menolak peluang keemasan diberikan itu.


RAP: Boleh berkongsi cabaran bawa watak Pak Hassan dalam naskhah ini?

HANAFI: Saya turut berdepan dengan cabaran merealisasikan watak Pak Hassan yang hidup pada zaman penjajahan Jepun itu. Watak Pak Hassan juga berat kerana dia memiliki anak lelaki yang cacat dan anak perempuannya pula dirogol.

Lebih menarik, saya juga dikehendaki menyanyi lagu rebab untuk menjiwai watak Pak Hassan dalam cerita ini. Naskhah ini memang berat kerana ia juga percubaan saya merealisasikan watak Pak Hassan dari pentas ke medium TV.



RAP: Secara peribadi adakah anda berasa puas bawa watak Pak Hassan dalam drama itu?

HANAFI: Terus terang saya berasa puas dapat bawa watak Pak Hassan dalam drama Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman itu. Boleh saya katakan watak itu adalah ‘masterpiece’ sepanjang berkecimpung dalam bidang lakonan.


RAP: Bagaimana pula dengan projek drama baru ketika ini?

HANAFI: Setakat ini, tawaran berlakon tidak pernah putus sampai sekarang. Saya juga baru selesai penggambaran drama Air Mata Pak Dogol arahan Zain Ibrahim untuk RTM.


RAP: Selepas Bunohan, adakah anda terbabit dengan projek filem baru?

HANAFI: Selepas beraksi dalam filem inggeris, Prince Of City, saya akan berlakon dalam satu lagi projek filem Inggeris terbitan produksi dari Singapura. Setakat ini, ia masih dalam proses pra-produksi. Saya juga ditawarkan watak tukang gantung orang dalam filem berkenaan. Tidak ketinggalan, saya juga baru selesai penggambaran video klip untuk filem genre seram Penanggal bersama penyanyi Asmidar. Saya bawa watak peniup seruling dalam video klip berkenaan.


RAP: Bila sudah berlakon drama dan filem, ramai pelakon tidak berminat lagi untuk terbabit dengan pementasan teater? Komen anda?

HANAFI: Sama seperti drama dan filem, pentas teater adalah salah satu cabang seni yang sudah sebati dalam diri. Setiap kali ada kelapangan, pasti saya akan kembali mengubat rindu di pentas teater. Selepas pementasan Bangsawan Raja Indera Putera, saya terbabit dengan Teater Muzikal Islam yang memaparkan Kerajaan Umar Abdul Aziz yang dipentaskan pada 12 hingga 13 November lalu.



RAP: Selepas menang anugerah adakah anda lebih selektif dari segi watak ditawarkan?

HANAFI: Sudah menjadi cara saya, sejak dulu untuk melihat dari segi skrip dan watak yang ditawarkan terlebih dulu sebelum terima tawaran projek berkenaan. Saya juga tidak mahu terima tawaran berlakon kerana mengejar duit semata-mata.

Maklumlah, saya berlakon bersandarkan minat dan bukannya untuk mencari glamor dan populariti.


RAP: Sebagai pelakon berpengalaman luas pasti ada nasihat yang ingin anda kongsikan pada pelakon baru di luar sana?

HANAFI: Nasihat saya kepada pelakon baru supaya berikan yang terbaik pada watak yang diberikan sama ada watak utama atau pembantu. Jangan sia-siakan peluang yang diberikan pengarah pada anda untuk bermain dengan watak itu.

MyMetro


Comments

  1. Boleh saya tahu bagaimana untuk dapatkan telefilem ini?

    ReplyDelete

Post a Comment