Cerita Pendek Yang Mengharukan

Detik-detik terakhir sebagai sang matador bagi Torero Alvaro Munera.
Dia termangu dan tunduk di depan lembu yang ditentangnya.
Katanya. "Seketika saya menatap lembu itu. Dalam mata itu tak ada
tanda-tanda bahawa ia bersalah. Tatap matanya persis meminta. 
Persis menangis memohon keadilan. Keadilan dari
dalam diri saya. 
Ia seperti doa, yang satu memohon yang satu memaafkan"



Di tengah perang pada Jun 1944.
Seorang gadis kecil berbangsa Perancis menerima rawatan
dari doktor Amerika Syarikat.
Gadis itu terperangkap dalam pertempuran penaklukan tentera bersekutu



Anak gajah ini telah kehilangan ibunya.
Ia sudah tidak punya sesiapa
Melainkan di depannya sang penyelamat yang
menyelamatkan nyawanya.
dan kepada penyelamat itu
ia melepaskan rasa terima kasih
pilu dan mengharukan....

Si ibu sedang tenat dan diberi bantuan oleh penyelamat
di dekat ibu yang terbaring si anak kecil memerhati
berharap kepada sang ibu pulih kembali
berharap semuanya tidak berakhir


Foto ini berjodol Kiss Of Life dan  telah memenangi  Pulitzer Prize.
J.D Thompon berusaha sedaya upaya membantu memberikan pernafasan 
kepada Randall G Champion yang tidak sedarkan diri dan tergantung di tali keselamatan.
Champion terkena kejutan elektrik pada talian voltan tinggi.
Champion terselamat dan akhirnya meninggal dunia pada 2002 kerana
serangan jantung pada usia 64 tahun.
Thompson masih hidup



Kejadian berlaku di Brazil. Diceritakan bahawa seorang budak apabila ditanya mengapa dia
memberi makan pada anjing.
Budak itu menjawab anjing itu tidak ada siapapun  yang menyayanginya 
dan kelaparan.
Apabila diberitahu bahawa terlalu banyak anjing di sini dan ia tidak akan
mengubah apa-apa.
Budak itu membalas
"Setidak-tidaknya ia dapat mengubah nasib anjing ini"



Pasukan penyelamat di Denmark telah berjaya menyelamatkan
kucing ini dari rumah yang sedang terbakar
Bagaimana lelaki itu memeluk kucing itu
dan bagaimana ekspresi kucing itu
adalah segala-galaanya
yang memberitahu hati kita....

1946. Senyum si yatim piatu,
Werfel budak lelaki yang berusia 6 tahun dari Austria
sedetik sesudah menerima sepasang kasut baru
sumbangan American Red Cross.


Comments

Post a Comment