Banjir ii

Mangsa banjir di Pahang meningkat semula


KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pahang yang sebelum ini dilaporkan menurun, kembali meningkat kepada 39,177 berbanding 32,808 orang petang tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan sehingga pukul 9 malam ini membabitkan Kuantan, Pekan, Temerloh dan Jerantut dengan bilangan mangsa banjir meningkat, Rompin dan Maran menurun manakala Lipis dan Bera kekal dengan jumlah sama.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 34,504 orang yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, di Pekan 3,356 mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan, Temerloh (485 - enam pusat pemindahan), Jerantut (478 - 11 pusat pemindahan), Rompin (173 - lima pusat pemindahan), Maran (83 - dua pusat pemindahan), Bera (65 - enam pusat pemindahan) dan Lipis (33 - dua pusat pemindahan).

Katanya kesemua mangsa daripada 11,253 keluarga itu ditempatkan di 97 pusat pemindahan membabitkan 77 kampung.

Sementara itu, beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Km62 Jalan Kuantan-Rompin dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau. - Bernama

Sinar Harian
 '

Banjir belum surut di 5 negeri
Oleh AMRAN MULUP, ZAMZURINA AHMAD, MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB, ISWAN SHAFIQ MAT ISA, IFQDAR RAHMAN dan Mohd. Aimy Ahmad


KUALA LUMPUR 6 Dis. - Banjir yang melanda Pantai Timur, Johor serta Melaka belum menampakkan tanda-tanda akan pulih apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan kini sebanyak 49,638 orang.

Jumlah mangsa banjir itu mencatatkan peningkatan berbanding 40,563 semalam disebabkan penduduk di Pahang yang dipindahkan semakin bertambah manakala mangsa di Kelantan menurun.

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 39,177 malam ini berbanding 32,808 mangsa yang direkodkan petang ini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, mereka yang dipindahkan sehingga pukul 9 malam ini membabitkan Kuantan, Pekan, Temerloh dan Jerantut dengan bilangan mangsa banjir meningkat, Rompin dan Maran menurun manakala Lipis dan Bera kekal dengan jumlah sama.

"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 34,504 orang yang ditempatkan di 41 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut jurucakap itu, di Pekan 3,356 mangsa ditempatkan di 24 pusat pemindahan, Temerloh (485 - enam pusat pemindahan), Jerantut (478 - 11 pusat pemindahan), Rompin (173 - lima pusat pemindahan), Maran (83 - dua pusat pemindahan), Bera (65 - enam pusat pemindahan) dan Lipis (33 - dua pusat pemindahan).

Katanya kesemua mangsa daripada 11,253 keluarga itu ditempatkan di 97 pusat pemindahan membabitkan 77 kampung.

Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan menurun kepada 7,167 orang malam ini berbanding 7,337 orang petang tadi.

Menurut laporan portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini berikutan ramai mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehingga pukul 9 malam ini, 1,764 keluarga telah dipindahkan ke 69 pusat pemindahan iaitu 31 di Kemaman, 33 Dungun, tiga di Hulu Terengganu dan dua di Marang.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri pula ketika dihubungi memberitahu, beberapa jalan utama khususnya di daerah Kemaman yang terjejas teruk akibat banjir masih ditutup untuk laluan kenderaan.

Antara jalan tersebut adalah Jalan Chukai-Air Putih, Jalan Kemaman-Kuantan serta jalan menuju ke bandar Kemaman berhampiran balai bomba dan penyelamat daerah.

Di KOTA BHARU, jumlah mangsa banjir di Kelantan sehingga pukul 9 malam ini semakin berkurangan iaitu sebanyak 1,762 orang berbanding 2,381 orang pada petang ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, semua pusat pemindahan di jajahan Kuala Krai telah ditutup berikutan 407 orang yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan telah dibenarkan pulang.

Jajahan Pasir Mas iaitu di Rantau Panjang yang merupakan jumlah tertinggi mangsa dipindahkan telah berkurangan iaitu seramai 1,638 orang berbanding 1,696 orang pada sebelah petang.

Keadaan cuaca yang baik sejak semalam menyebabkan paras air sungai semakin surut namun di Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 10.26 meter (bahaya 9 meter).

Sementara itu di JOHOR BAHRU, banjir di negeri ini semakin pulih apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di tujuh daerah menurun kepada 1,507 setakat pukul 9 malam ini.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat sedikit malam ini berbanding petang tadi apabila daerah Pontian membuka tiga pusat pemindahannya bagi menempatkan 391 mangsa.

Pusat-pusat yang dibuka semula adalah Surau Tampuk Laut Benut, Dewan Haji Arshad dan Balai Raya Parit Stan.

Menurut portal MKN, daerah-daerah lain yang masih dibuka pusat pemindahan banjir pada pukul 9 malam ini adalah Batu Pahat (436 mangsa); Kota Tinggi (145 mangsa); Segamat (527 mangsa) dan Ledang (lapan mangsa),

Di MELAKA, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Melaka masih kekal 25 orang.

Penolong Setiausaha MKN negeri, Mejar Jafri Mohamed berkata, sehingga 5 petang ini, kesemua mereka daripada lima keluarga dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin yang dipindahkan sejak kelmarin masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu.

Katanya, paras air Sungai Kesang berdekatan rumah mangsa yang melimpah, kini berada pada paras 3 meter, iaitu di bawah waspada.

"Mangsa masih belum dibenarkan pulang sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.

Utusan Online


Comments