14 Nov 2013

Suara Kita

Shabery lancar buku antologi ungkap tema kemerdekaan
Oleh Azizul Osman (azizul@abnxcess.com)


PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini melancarkan buku antologi yang dapat mengungkap tema kemerdekaan negara yang ke-56, Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Penerbitan buku Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) itu katanya adalah tepat pada masanya di mana ideologi kemerdekaan difokuskan dalam penerbitan antologi tersebut.

“Ia sepatutnya dilihat daripada perspektif yang boleh dirangkumkan apakah ideologi kepada pergerakan yang bernama pergerakan merdeka. Kita merdeka bebaskan diri daripada British tetapi selepas itu kita kata apa makna kalau kita merdeka tetapi hasil bumi kita dikaut oleh orang lain,” katanya.

Shabery berkata demikian dalam ucapan perasmian buku itu yang diadakan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini.

Menurut Shabery, buku itu juga merupakan sebuah antologi yang mengungkap tema kemerdekaan negara melalui garapan puitis seribu sajak yang disumbangkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Buku setebal 1,424 halaman itu menghimpunkan karya lebih 519 karyawan dan penyumbang idea antaranya Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Datuk Baharuddin Zainal (Baha Zain), dan juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Lebih menarik ia juga turut memuatkan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta merupakan penerbitan antologi paling tebal di Malaysia.

Sumber : ABN News

Jabatan Penerangan Iktiraf Sumbangan Penyair Tanah Air


Pelancaran buku ‘Suara Kita Antologi Seribu Sajak Merdeka’ oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bertempat di perkarangan menara Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 19 September lalu adalah bukti kerajaan sentiasa mengiktiraf penyair tanah air.

Penerbitan buku setebal 1351 muka surat itu diterbitkan oleh Jabatan Penerangan dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak merakamkan suara hati rakyat Malaysia (penyair) terhadap erti kemerdekaan dan kebebasan yang dinikmati sejak merdeka hingga kini.

Ahmad Shabery dalam Sekapur Sirih buku itu menyebut, “antologi ini bukan hanya merakam perasaan rakyat Malaysia terhadap kemerdekaan bahkan tanpa kita sedari sajak-sajak yang dikumpul itu memainkan fungsinya sebagai penjana yang memugar belantara patriotisme dan nasionalisme Malaysia”.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman dalam Seulas Pinang buku itu pula menyebut, “karya ini tepu dengan pernyataan patriotisme yang dapat menyubur dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, khususnya generasi Y”.

Didik masyarakat mengenai mesej kenegaraan


Puisi moden atau sajak adalah medium penting yang boleh dimanfaatkan untuk mendidik masyarakat mengenai mesej-mesej kenegaraan. Melalui medium sajak inilah penyair akan berbicara untuk mengetuk minda dan hati khalayak masyarakatnya menghayati perjuangan kemerdekaan, perjuangan membangun negara bangsa serta semangat cintakan negara.

Mesej berkaitan perjuangan bangsa melalui sajak sudah terserlah sejak Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) lagi. Jika dilihat karya-karya penyair Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50), ia sarat dengan tema dan mesej-mesej tentang semangat patriotisme, kemiskinan dan kemunduran bangsa, perjuangan kemerdekaan dan pembangunan.

Siapa yang tidak mengenal Usman Awang yang menulis tentang merdeka melalui Tulang-Tulang Berserakan dan Kemala melalui puisinya Lagu Kemerdekaan. Demikian juga Baha Zain dengan puisinya Ini Tanah Air Kita, Suhaimi Haji Muhammad melalui puisinya Di Tanah Merdeka Ini, A Samad Said melalui puisinya Pada Tanah Yang Indah, A.Lattif Mohidin melalui puisi Tanah Ini Akan Mencintai Aku dan ramai lagi sasterawan besar tanah air.

Penyair di era 70an hingga kini juga tidak ketinggalan menghasilkan puisi moden tentang kecintaan terhadap tanah air. Sekadar menyebut beberapa nama antaranya Lee Keok Chih puisinya 31 Ogos, Ismail Jusuh puisinya Bicara Merdeka, Arbak Othman melalui puisinya Kemerdekaan Di Tanah Air Ini, Hasidah Disan puisinya Hati Anak Merdeka dan Talib Samat puisinya Negeri Abadi. Apa yang pasti, mesej mengenai nilai-nilai patriotisme terungkap jelas melalui sajak-sajak mereka itu.

Demikian juga, sajak-sajak yang terkandung di dalam antologi seribu sajak terbitan Jabatan penerangan itu menyuarakan mesej yang sama. Sajak-sajak yang termuat dalam buku itu bukan sahaja disumbangkan oleh penyair-penyair tanah air, tetapi juga dihasilkan oleh negarawan, agamawan, ahli politik, mahasiswa, ahli korporat serta penyair dari seberang.

Antara nama besar dalam dunia sastera tanah air yang puisi mereka dimuatkan dalam buku itu termasuklah Sasterawan Negara iaitu A. Samad Said, Baha Zain, Usman Awang dan Kamala. Nama-nama besar lain seperti Lim Swee Tin, Rejab F.I., Aziziz Haji Abdullah, Siti Zainon Ismail, Suhaimi Haji Muhammad, Zurinah Hassan, Khadijah Hashim, Arbak Othman, A.Aziz Deraman dan banyak lagi.


Manakala, negarawan yang sajak mereka dimuatkan di dalam buku itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohammad (Damainya Negeriku, Erti Kemerdekaan dan Perjuangan Yang belum selesai), Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi ( Negaraku Terbilang) dan Dato’ seri Najib Tun Razak (Negarawan Merdeka) serta beberapa tokoh lain.

Hakikatnya, dunia sastera tanah air kita tidak ketandusan penyair yang bersemangat untuk merakamkan hal-hal berkaitan perjuangan bangsa tersebut untuk dikongsi dan dihayati bersama oleh khalayak. Justeru, usaha yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan itu bukan sahaja dapat menambah bahan penerbitan berkaitan karya sastera yang ada kaitannya dengan tema kemerdekaan, nasionalisme dan patriotisme tetapi juga dianggap sebagai satu pengiktirafan kepada para penyair tanah air.

Mohd Ayop Abd Razid
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan, Putrajaya.
Forum BH 2 Oktober 2013

Sumber Klik

Poems to reflect on Merdeka
By LAVANYA LINGAN | news@nst.com.my


FROM THE HEART: Information Dept launches anthology of more than 1,000 poems


PUTRAJAYA: THE Information Department created history when it launched a compilation of more that 1,000 Merdeka-themed poems yesterday.

Its director-general Datuk Ibrahim Abdul Rahman said the book Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka reflected the voices of Malaysians from all walks of life.

"For the first time in the history of modern Malay literature, a collection of poems with a single theme has been published. With 1,424 pages, this is also the thickest anthology in Malaysia."

The poems by 519 contributors, ranging from the country's leaders to national laureates to common people, were compiled by the department and Karyawan Negeri Perak.

Prominent contributors include Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, former prime ministers Tun Abdullah Ahmad Badawi and Tun Dr Mahathir Mohamad, National Laureates Datuk Baharuddin Zainal and Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah, and former New Straits Times group editor-in-chief Datuk A. Kadir Jasin.

Other contributors include religious leaders, public and private sector workers, students, housewives, farmers and fishermen

"Each line in the book is rich with aesthetic value and readers can enjoy the richness of the analogies presented by the writers."

Communications and Multimedia Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, who launched the book, said the perception of Merdeka should go beyond history.

"When we speak of Merdeka, all we can think of is what happened 56 years ago. That should not be the only thing that crosses our mind. We should look beyond history."

He said the real significance of Merdeka was when there was movement with a direction and it was about how Malaysians appreciated the meaning of independence.

The compilation of the Merdeka-themed poems, he said, was one way to appreciate the meaning of independence.

"The poems are words that come from the writers' hearts. It is their reflection of what independence means to them and the country."


Shabery also suggested that the poems be digitised so that they could be read on different platforms such as iPads, smartphones and computers.

"They can also be made into short stories and dramas to reach a wider audience."

The book's editor-in-chief, Zabidin Ismail, said the book was initially scheduled to be launched in 2007, in conjunction with the 50th year of Merdeka, but was put on hold because of a lack of funds.

"We started to compile the poems from March to May 2007. It is an achievement for us to be able to present this book today, after a five-year wait."

Zabidin said this was the first time the Information Department had published a poem compilation.

"We only publish books on the country's policies. Publishing this book is a new phase for the department."

New Straits Times

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

© 2011 mimbar kata, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena