Menghargai Kejayaan

UPSR 2013 catat keputusan terbaik


PUTRAJAYA - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud hari ini.

Beliau berkata seramai 466,167 calon menduduki UPSR pada tahun ini dan pencapaian keseluruhan telah meningkat sebanyak 0.04 mata Gred Purata Nasional (GPN).

"Ini merupakan keputusan UPSR terbaik dalam tempoh empat tahun iaitu sejak tahun 2010 di mana GNP telah meningkat dari 2.31 mata pada tahun 2010 kepada 2.30 mata (2011), 2.31 mata (2012) dan 2.27 mata pada tahun ini. (Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian lebih baik).

"Ini satu pencapaian yang membanggakan. Saya mengucapkan tahniah kepada semua guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang baik pada tahun ini," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR di sini hari ini.

Abd Ghafar berkata seramai 42,646 calon UPSR tahun ini berjaya memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran, peningkatan sebanyak 0.21 peratus berbanding tahun lalu.

Abd Ghafar berkata, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di Sekolah Kebangsaan (SK) meningkat iaitu sebanyak 0.17 mata Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi BM Pemahaman dan 0.03 mata GPMP bagi BM Penulisan berbanding tahun lepas.


Selain itu, beliau berkata mata pelajaran BM di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) turut menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 0.14 mata GPMP (BM Pemahaman) dan 0.19 mata GPMP (BM Penulisan) berbanding tahun lepas.

"Prestasi yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah menyumbang kepada pencapaian keseluruhan UPSR yang baik pada tahun ini," katanya.

Bagi Bahasa Inggeris (BI) di SK, Abd Ghafar berkata prestasi keseluruhan menurun sebanyak 0.06 mata GPMP berbanding tahun lepas, dengan peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 0.2 peratus, Gred ABC menurun sebanyak 2.9 peratus manakala Gred D dan Gred E pula meningkat sebanyak 3.0 peratus berbanding tahun lepas.

Di SJK, katanya prestasi keseluruhan BI meningkat sebanyak 0.12 mata GPMP dan peratusan calon mendapat Gred A dan Gred A,B dan C turut meningkat sebanyak 4.2 peratus dan 2.1 peratus, Gred D meningkat 1.0 peratus dan peratusan calon memperoleh Gred E menurun sebanyak 3.0 peratus berbanding tahun lepas.

Bagi mata pelajaran Matematik, Abd Ghafar berkata ia menurun sebanyak 0.03 mata GPMP berbanding tahun lepas dan peratusan calon mendapat Gred A dan Gred A,B dan C masing-masing menurun sebanyak 1.2 peratus dan 0.08 peratus, Gred D menurun 0.2 peratus dan Gred E meningkat 1.0 peratus.


Bagi Sains, beliau berkata, ia menurun sebanyak 0.02 mata GPMP berbanding tahun lepas dan peratusan calon yang mendapat Gred A kekal pada 22.6 peratus seperti tahun lepas.

"Peratusan calon mendapat Gred ABC menurun sebanyak 0.2 peratus, Gred D menurun 0.7 peratus dan Gred meningkat 0.9 peratus,” katanya.

Sementara itu, Abd Ghafar berkata, mata pelajaran Bahasa Cina (Pemahaman) menurun 0.04 mata GPMP dan peratusan calon mendapat Gred A turun sebanyak 3.0 peratus dan Gred A,B dan C juga menurun sebanyak 0.1 peratus, Gred D meningkat 0.2 peratus dan Gred E menurun 0. 1 peratus berbanding tahun lepas.

Bagi Bahasa Cina (Penulisan), beliau berkata ia turut menurun sebanyak 0.02 mata GPMP, dengan calon yang mendapat Gred A dan Gred A,B dan C masing-masing menurun 0.1 peratus dan 0.5 peratus manakala Gred D menurun sebanyak 0.3 peratus dan Gred E meningkat 0.9 peratus.

Abd Ghafar berkata, bagi Bahasa Tamil (Pemahaman), mencatatkan peningkatan sebanyak 0.21 mata GPMP berbanding 2012 dan peratusan calon mendapat Gred A dan Gred A,B dan C masing-masing meningkat 7.2 peratus dan 5.4 peratus manakala Gred D dan Gred E menurun sebanyak 5.4 peratus.

"Prestasi keseluruhan Bahasa Tamil (Penulisan) menurun sebanyak 0.06 mata.

Peratusan calon mendapat Gred A dan Gred ABC masing-masing menurun sebanyak 3.9 peratus dan 0.5 peratus. Peratusan calon mendapat Gred D menurun sebanyak 0.1 peratus dan Gred E meningkat sebanyak 0.6 peratus," katanya.


Sementara itu, Abd Ghafar berkata pencapaian calon secara keseluruhan di bandar dan luar bandar pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan prestasi yang sama dengan perbezaan gred purata sebanyak 0.04 mata.

Beliau berkata, seramai 25,685 calon UPSR bandar mendapat semua A dalam semua mata pelajaran manakala 16,960 calon di luar bandar.

"Peratusan calon yang mendapat pencapaian Cemerlang (semua gred A dalam semua mata pelajaran) di bandar meningkat sebanyak 0.20 peratus dan di luar bandar meningkat sebanyak 0.27 peratus berbanding tahun lepas.

"Ini menunjukkan jurang pencapaian cemerlang antara calon di bandar dan di luar bandar semakin mengecil iaitu sebanyak 0.07 peratus," katanya.

Bagi pencapaian calon berkeperluan khas tahun ini, Abd Ghafar berkata calon mendapat keputusan Cemerlang menurun sebanyak 0.08 peratus, iaitu 12 orang berbanding 25 calon pada tahun lepas.

"12 calon yang mendapat pencapaian Cemerlang terdiri daripada tiga calon rabun, dua calon spastik dan tujuh calon lain-lain kecacatan," katanya. - Bernama

Sumber : Sinar Harian

Dua Murid Khas Gembira Cemerlang UPSR


KEPALA BATAS, 14 Nov (Bernama) -- Dua murid aliran khas dari sekolah berasingan di negeri ini gembira dan bersyukur apabila berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Muhammad Hamizan Mohd Hawari yang mengalami masalah disleksia memperoleh 5A manakala Nur Afifa Abdul Halim yang cacat penglihatan mendapat 4A 1C , masing-masing turut diumumkan sebagai pelajar terbaik Pulau Pinang bagi aliran pendidikan khas.

Muhammad Hamizan dari Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini berkata beliau membaca buku dan mengulang kaji pelajaran lima hingga enam jam setiap hari.

"Saya selalu membaca buku bagi meningkatkan daya ingatan untuk semua mata pelajaran kerana mempunyai masalah disleksia," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Bapanya Mohd Hawari Rafiaae, 40, ketika ditemui semasa menemani anak sulungnya itu berkata beliau memang tidak menyangka anaknya mampu mencatat keputusan cemerlang kerana sebelum ini anaknya mengalami masalah kurang tumpuan semasa belajar.

Mohd Hawari berkata Muhammad Hamizan kebiasaannya tidak boleh memberi tumpuan dalam satu-satu aktiviti yang dilakukan termasuklah ketika belajar kerana anaknya itu sering berimaginasi seorang diri selain mempunyai sifat hiperaktif.

"Pada awal persekolahannya, dia dimasukkan ke kelas pendidikan khas tetapi ketika berada dalam tahun lima, guru sekolahnya menasihati saya agar menempatkannya di dalam kelas integrasi yang turut menempatkan pelajar normal.

"Peringkat awalnya, dia hanya mencatat keputusan yang biasa sahaja tetapi dia menunjukkan peningkatan apabila memperoleh keputusan 5A semasa peperiksaan percubaan UPSR," katanya yang bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Kulim, Kedah.

Sementara itu Nur Afifa berkata beliau menggandakan usahanya untuk mengulang kaji pelajaran dua bulan sebelum peperiksaan bermula bagi memastikan dia memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR.

Nur Afifa yang belajar di Sekolah Rendah Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam berkata beliau bersyukur kerana tinggal di asrama dan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran.

"Saya dan rakan-rakan lain di sekolah ini diberi perhatian yang khusus daripada guru-guru ketika berada di dalam kelas agar kami dapat memahami dengan baik setiap mata pelajaran yang diajar," katanya yang bercita-cita menjadi guru.

BERNAMA


2013 UPSR : SRK Sultanah Asma maintains high prestige school status
By JOHN TIONG


 foto hiasan

ALOR STAR: Once a year, some special pupils of Sekolah Rendah Kebangsaan Sultanah Asma here enjoy the good grace of warm hugs and roses from the headmistress Hajjah Sobah Hj Omar herself. These are straight A scorers of the UPSR examinations who uphold the school's reputation as a school of high prestige, an honour given by the Education Ministry.

This year, 25 students of the 104 who sat for their UPSR examination were rewarded for their hardwork, a stalk of rose and a warm hug from the headmistress Hajjah Sobah Hj Omar. They represent 24.04 per cent of the number of students who sat for the examinations in the school last September.

Eighty-eight per cent of the students passed their examinations making the school one of the top 10 in the state. Only two schools in Kotar Setar have achieved a 100 per cent pass - SJKC Boon Hwa and SJK Tamil Ladang Jabi.

Hajjah Sobah said she was most happy about the English results that saw an improvement of more than 17 per cent over last year's results.

"English has always been a killer subject for many pupils in UPSR but this year's 43.41 per cent pass in grade A in the school is a vast improvement over last year's 26 per cent," said Hajjah Sobah who added that the school also achieved a hundred per cent pass in its written Bahasa Malaysia paper with 94 getting straight As. Seventy six got As for their Comprehension in Bahasa Malaysia, followed by the written Bahasa Malaysia paper. Forty nine got As for their mathematics, while 43 and 27 got As for their English and Science papers.

Hajjah Sobah said in maintaining itself as a top scorer in UPSR examinations, the school would also be able to continue to get the school of high prestigue fund from the Education Ministry. It received RM1.2 million over the last two years.

New Straits Times




















Comments